Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Isu anak haram Pasir salak perlu diberi tindakan!!!

Penggunaan perkataan 'bastard' (anak haram) oleh Datuk Tajudin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang dilemparkan terhadap M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) di Dewan Rakyat semalam terus menjadi isu yang dimainkan ahli Parlimen pembangkang hari ini.


Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Barat) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memberi perhatian serius terhadap isu ini kerana tindakan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu dianggap menyalahahi peraturan mesyuarat.



"Semalam Pasir Salak kata 'bastard' dua kali kepada Ipoh Barat, macam mana kita boleh benarkan perkara ini berlaku?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.



Beliau mahu Perdana Menteri memastikan supaya tindakan Tajudin itu tidak terus berulang pada masa akan datang.



Semalam, dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2009, Tajudin melemparkan perkataan kesat itu setelah Kulasegaran mendakwa bahawa masyarakat India di kawasannya 'benci' kepadanya.


Bagi rakyat mereka mahu melihat keadilan dilaksanakan jika ahli dari pembangkang yang membuat silap maka cepatlah keputusan yang dibuat akan tetapi jika dari pihak kerajaan mereka macam tak nampak je,Bak kata Tuan Speaker pada Ahli Parlimen Batu Gajah Maaf Saya tak nampak.....Itulah hakikatnya...


Lu Pikir La Sendiri!!!!!!

0 comments: