Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Irene Fernandez, Dibebaskan Dari Hukuman Penjara !!



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Pengarah Tenaganita Sdn Bhd, Irene Fernandez dari hukuman penjara 12 bulan setelah mengenepikan sabitanya atas kesalahan menerbitkan denga niat jahat satu berita palsu pada 1995. Pada ketika itu, Mahkamah Majistret mendapati Irene didapati bersalah kerana menerbitkan memorandum mengandungi berita palsu berhubung pendatang tanpa izin di kem tahanan. Dia didakwa menerbitkan memoandum bertajuk "Abuse, Torture and Dehumanised Treatment of Migrant Workers at Detention Camps" (Penderaan, Penyeksaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja Pendatang Asing di Kem Tahanan).

[Nampaknya, mahkamah Malaysia semakin dibersihkan. Kini ramai individu yang menjadi pembela rakyat dibebaskan daripada mahkamah atas segala pertuduhan yang dibuat terhadap mereka. Bermula dengan keputusan Mahkamah Seysen Kuala Lumpur membatalkan permohonan pindah mahkamah dalam Kes Anwar Ibrahim, kemudia diikuti pula dengan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Blogger Raja Petra Kamarudin. Kini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pula melakukan keadilan yang sama dengan membebaskan Irene Fernandez. Semoga dengan ini integriti mahkamah akan lebih disanjungi serta diterima oleh seluruh rakyat hendaknya. Apapun hanya kes Altantunya sahaja kini yang masih menjadi perhatian dan kekeliruan dikalangan pemerhati].

0 comments: