Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Kerajaan Negeri Perak Beri RM6 juta Kepada Pelajar IPT Anak Perak






IPOH, 14 Nov (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menyediakan sebanyak RM6 juta bagi rangsangan kepada pelajar-pelajar Sekolah Tinggi dan di Universiti dalam dan luar negara.

Dalam ucapan pengulungan Perbebelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di sini semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berharap nilai galakan tinggi itu dapat menghasilkan lebih ramai pelajar berjaya dan menjadi aset negeri dan negara nanti.

Sehingga kini katanya, sebilangan besar daripada pelajar ke Sekolah Tinggi dan Universiti telahpun diberikan imbuhan sebanyak RM1,000 setiap orang.

Sementara itu beliau menegaskan, sasaran wang saguhati tersebut tertumpu kepada pelajar yang pendapatan keluarga mereka di bawah RM1,500 sebulan.

Katanya, pemberian wang tersebut adalah sebagai ucapan terima kasih dan syukur daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang dipilih rakyat untuk memerintah sekarang

Harakahdaily

0 comments: