tengahari tadi satu sms masuk ke telefon bimbit.sms yang berbunyi lebih kurang begini ” ada satu team blogger,berjumpa MB untuk membuat satu lagi team blogger Perak yang baru”.sessi pertemuan dengan MB Perak ini berlaku diantara jam 2 ptg ke 3.30 petang.
aku pelik dengan sikap blogger ini,kami telah menjemput mereka untuk hadir.apa yang perlu dibuat hanyalah mengisi borang pendaftaran beserta sekeping gambar yang telah di scan.tujuan gambar adalah untuk di tampal pada kad media.
amat mendukacitakan,blogger ini menolak mentah mentah pelawaan tersebut.beliau hadir ketika program 22.11.2008.tetapi tidak menyertai ahli blogger yang lain.sombong betul.
amat memalukan,setelah penat lelah memikirkan satu pakatan blogger selama berbulan bulan,tiba tiba muncul satu tema baru yang begitu sombong dan tidak mahu bersatu.seolah olah parti mereka adalah pemenang mutlak ketika pilihanraya umum tempoh hari.
sikap ego begini amat mencemarkan sebuah parti yang melaungkan ISLAM.aku bertambah pelik,bagaimana mereka boleh bertemu MB tanpa temujanji.adakah ada dia antara pegawai MB perak menjadi dalang di dalam pertemuan ini.
adalah ditegaskan bahawa,BLOGGERS NETWOR@PERAK bukan bermotifkan politik.ia di asaskan adalah untuk membantu kerajaan perak dalam menyampaikan maklumat,menjadi check n balance dan membuat khidmat masyarakat kepada seluruh penduduk perak
di harap team blogger petang tadi,dapat membuang ego,bodoh dan sombong kalian.adalah lebih baik bersatu.tiada guna berkopiah,jika orang lain berkopiah putih,sedangkan kita berkopiah biru.
Pada blogger tersebut lu fikir la sendiri.....adoiyai!!!!!
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?
7 tahun yang lalu
3 comments:
Salam..
Tak Apa,, mungkin group diorang mempunyai lain cara, baik kita berlapang dada....tetapi apa pun adalah lebih baik kita bersatu, ibarat penyapu lidi, kalau satu mudah dipatahkan, tapi kalau seikat boleh bermacam-macam guna pon boleh....
Manjung Mari
saya rasa jalan penyelesaiannya adalah kita berjumpa dan jernihkan keadaan yg mana nampak semakin keruh..walaupun saya pon ada rasa terkilan dgn keadaan in boleh berlaku..tapi sebaiknya kita selesaikan sebelom ia menjadi penyakit yg tak boleh diubati..
memaafkan adalah lebih mulia dari memohon maaf..
wallahaualam
apapun para pemimpin kerajan maya akan bermesyuarat dan akan memutuskan apa nak buat...so tunggu je la...
Catat Ulasan