Kementerian Pelajaran akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah, seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah memandangkan ia tidak sesuai dengan tahap umur pelajar yang masih terlalu muda.
"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini.
Laporan media sebelum ini memaparkan penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah, yang antara lain memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.
Penggunaan klip video ini menimbulkan bantahan daripada sebilangan ibu bapa kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah apabila klip video itu turut memaparkan gambaran yang berlaku di alam ghaib.
Ini la adat hidup didunia sekarang yang benar itu dilarang sama sekali tetapi yang mengasyikkan dan melalaikan itu yang disokong bagai nak gila.Bila manusia dah tak takut pada Tuhan ini la jadinya,bertindak mengikut hukum akal tidak lagi berlandaskan hukum Al-Quran.Bagi pihak-pihak yang menidakkan paparan video tersebut hanya kerana masih memikirkan soal keduniaan,Ingatlah mungkin itu apa yang akan anda alami nanti.....
Sama-sama kita renungkan....Lu pikir la sendiri.....

0 comments:
Catat Ulasan