Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Razak: Bidas Blogger / Pertahan Najib



Bidas blogger

Katanya, beliau memberitahu pihak polis bahawa Najib tidak terlibat dan “keterangan yang diberikannya kepada polis adalah sama dengan yang dicakapkan kepada media hari ini”.

“Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan terhadap si mati (Altantuya) dan saya ingin mengucap simpati yang tidak terhingga kepada keluarga si mati.

“Kebenaran adalah kebenaran dan tiada apa yang boleh mengubah kebenaran,” katanya yang turut ditemani oleh peguamnya.

Menyatakan simpatinya dengan keluarga mangsa, beliau berkata: “biarkan beliau (Altantuya) bersemadi dengan aman”.

Abdul Razak berkata, memandangkan perbicaraan kes tersebut masih berjalan, maka beliau dinasihatkan oleh peguamnya supaya tidak menyentuh secara khusus mengenainya demi menjaga keluhuran perbicaraan tersebut.

Abdul Razak juga mendakwa, ada dua pihak yang didakwanya menyebarkan pandangan yang tidak berasaskan fakta - iaitu blogger dan pemberi pendapat.

Beliau mendakwa, mereka ini telah membuat interpretasi tanpa berasaskan fakta dan berdasarkan khabar angin.

Oleh itu, beliau meminta mereka menghentikan perkara itu.

Dilayan baik

Beliau yang enggan menjelaskan secara spesifik siapakah blogger yang dimaksudkan itu berkata, blogger sekarang begitu berkuasa tetapi akhirnya “penulis blog tetap penulis blog” .

Tambahnya lagi, semua orang boleh menjadi blogger termasuklah pemandu teksi.

Abdul Razak juga meminta orang ramai supaya jangan mempercayai perkara itu yang yang disifatkannya sebagai satu penipuan.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Najib, Abdul Razak berkata beliau tidak mempunyai hubungan yang formal dengan Najib.

Menurutnya, mereka sering bertukar buku dan berbincang mengenai apa yang mereka baca.

Beliau juga yakin Najib akan menjadi perdana menteri yang baik.

Abdul Razak berkata, sepanjang ditahan reman, beliau telah diberi layanan yang profesional.

Mengenai perancangannya selepas itu, Abdul Razak berkata beliau akan melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Oxford.

0 comments: