Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Ceramah Pakatan Rakyat Perak

Gambar Program Ds Nizar di Manjung dan Sitiawan pada 3/7/09.Dato Seri Nizar menyampaikan Kuliah Maghrib dan mengimamkan solat Isyak di Surau Fasa 1E Manjung.Dato Seri Nizar menyampaikan kuliahnya sempena sambutan Israk Mikraj.Lebih dari 100 jemaah memenuhi ruangan surau tersebut.Selepas itu Dato Seri Nizar menjamu jamuan yang telah disiapkan oleh pihak penganjur.

Setelah selesai beliau menghadiri pula Program Ceramah bersama - sama dengan YB Dato Ngeh Ko Ham , YB S. Manikavasagam ( MP Kapar) dan beberapa lagi pemimpin PR yang lain.Dalam Majlis yang mana dibuat sempena memohon untuk Kempen BUBAR DUN PERAK, sejumlah tandatangan dari Rakyat setempat telah dikumpulkan dan diserahkan kepada Dato Seri Nizar.Lebih dari 1000 Rakyat tempatan telah datang bagi mendengar penjelasan tentang beberapa isu setempat.

Majlis diakhiri dengan wakil Kelab Penyokong Pas mengalungkan Bunga kepada ketiga-tiga Pemimpin Pakatan Rakyat tersebut dan juga tanda sokongan kepada Kempen Bubar Dun Perak.

0 comments: