Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Tanya Mengapa mereka Tak Pangkoh PR,bukan Salahkan Mereka..!!!

Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

SYA :

Adoiyai ni lagi satu steatment yang paling aku benci nak dengar.Bukan kerana marahkan pengundi muda tapi marahkan Setiausaha Pas Kelantan yang sesedap hati jer kata macam tu pada pengundi muda.Aku nak bagi ingat pada semua jangan jadi orang orang yang suka menyalahkan orang lain pada kesilapan diri sendiri tapi bila menang pulak pandai hangpa puji sana sini yer.

Persoalannya sekarang bukan apa yang dah berlaku tapi apa yang akan korang lakukan untuk masalah ini..???setakat cakap GAH tapi HABUK takde baik tak payah..!!!

Bab pengundi muda tu kesal memang kesal tapi aku tak suka hangpa salahkan orang, sepatutnya hangpa cari kelemahan sendiri bukan tibai orang lain...ada FAHAM..!!!

6 comments:

Che Ahmad berkata...

ya betul... persoalan yang perlu dijawab selepas ini ialah:

Mengapa pengundi muda kurang sokong PAS di MU?

Kemudian:

Adakah sebab di atas berpunca dari kurangnya usaha PAS semasa berkempen atau pun kerana isu yang lebih besar? Apa yang PAS boleh lakukan untuk menarik sokongan golongan pengundi muda ini semula?

Bukannya menyalahkan 'SIKAP POLITIK' orang muda.

http://cheahmad.blogspot.com/

Skuadron berkata...

bt0l tu kak sya..sy stuju dgn kak sya..bg sy d manik urai,pas tidak b0leh menyalahkn pengundi muda mcm tu skli..jdkan pengajarn,seharusnya mainkan peranan kepada golongan muda.tumpukan phtian jga kpd g0longan muda..mantapkan juga jentera pemuda..bla da maj0riti kurang,slhkan pengundi pulak..pengundi xbersalah..p0st m0rtem dlu kslhn sndiri

mountdweller berkata...

Dasar manusia dari rebung sudah menjadi buluh. Patah ditimpa dahan, dahan yang salah. Yang ko membesar di bawah batang balak tu kenape?

lebai-mangkuk berkata...

Jika kaum cina sudah berkuasa dalam bidang ekonomi dan berkuasa pula dalam bidang politik, apa yang ada tinggal untuk orang melayu? Sedangkan kedua2 kuasa inilah yang akan menentukan siapa yang berkuasa memerintah negara.

UMNO bukan lah parti yang sangat baik, se tidak2 nya sudah berjaya mempertahankan kuasa politik melayu selama lebih 60 tahun.

tok iskandar berkata...

Takziah kepada kaum keluarga Teoh Beng Hock.Kematian mengejut beliau yang merupakan setiausaha politik exco Selangor,Ean Yong Hian Wah,telah menggemparkan seluruh rakyat di negara ini.

Menurut laporan laman web
malaysiakini.com,beliau terbunuh selepas dipercayai terjatuh di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.

Kini timbul pelbagai spekulasi sama ada beliau dibunuh ataupun membunuh diri?Apapun rakyat tertanya-tanya mengapa beliau ditahan begitu lama untuk disoal-siasat.Ramai yang mempersoalkan prosedur soal-siasat yang dilakukan oleh pegawai-pegawai SPRM.Laporan akhbar mendedahkan Teoh dipanggil memberikan keterangan oleh SPRM pada petang Rabu dan dibenarkan keluar dari ibu pejabat SPRM itu pada kira-kira 3.45 pagi semalam.

Satu lagi pertanyaan yang perlu dijawab oleh pihak SPRM,apakah ketika disoal-siasat,Teoh ditemani oleh peguambelanya.Di warung kopi dan gerai-gerai makan,orang ramai yang berang tertanya-tanya jika beliau membunuh diri,mengapa seluarnya koyak rabak?Mereka turut mempersoalkan layanan pegawai SPRM terhadap mendiang Teoh.Itu belum lagi persoalan sama ada beliau dibenarkan mandi,makan dan minum atau menukar pakaian.Tok bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS,Salahuddin Ayub,pelik setelah selesai disoal-siasat pada pukul 3.45 pagi,mendiang teoh meminta untuk berehat di pejabat SPRM.Kebiasaannya,sesiapa sahaja setelah disoal-siasat akan pulang ke rumah.

Kematian misteri mendiang Teoh telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan menjadi rentetan siri-siri kematian misteri sebelum ini seperti kematian Kugan di dalam lokap.Sebelum kebimbangan dan ketakutan rakyat tercetus,eloklah satu suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh seperti yang dicadangkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum rakyat hilang kepercayaan terhadap SPRM dan sebelum kredibilitinya tercemar,eloklah Suruhanjaya di Raja ditubuhkan segera bagi menyiasat kematian mendiang Teoh.

Kenapa Khir Toyo yang sedang menerima tekanan hebat daripada Pakatan Rakyat Selangor berhubung istana mewahnya yang dianggarkan RM24 juta dan mereka yang terlibat dalam skandal PKFZ tidak disoal-siasat seperti mendiang teoh.Demikian luahan rasa penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.Mendiang Teoh adalah seorang warganegara Malaysia.PDRM perlu bersikap telus dan adil menyiasat kematian misterinya tanpa mengambil kira warna kulit,agama atau latar belakang politiknya.Itulah harapan kaum keluarga mendiang teoh dan kita semua berkongsi harapan yang sama.

Pegawai-pegawai SPRM yang telah terlibat menyoal-siasat mendiang Teoh,perlu ditahan reman untuk disoal-siasat oleh polis.Tok nasihatkan eloklah kerajaan BN akur dengan cadangan Pakatan rakyat supaya suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh kerana rakyat tidak mahu lagi insiden mata lebam Anwar,kematian mengejut Kugan dalam lokap polis dan terkini kematian misteri mendiang Teoh di bangunan SPRM berulang lagi.

Jika kerajaan BN gagal berbuat demikian dan dilihat oleh rakyat cuba menyembunyikan sesuatu,percayalah saat-saat tumbangnya kerajaan BN semakin hampir.

Undi tak percaya rakyat akan diberikan kepada setiap pemimpin BN dalam PRU yang akan datang dan mereka akan kecundang seorang demi seorang,percayalah.

Che Awe Donde berkata...

org muda

org muda sekarang dia bukannya sokong mana-mana parti membabi buta, tapi sokongan mereka adalah bersebab antaranya:

1. jika mereka anak jati manek urai (MU)maka sudah tentu apa yang dijanjikan oleh BN itu rasional juga,seperti jambatan contohnya. kerana apa ? ialah kerana mereka semua kebanyakan kerja diluar kelantan, tiap2 tahun balik MU, dengan keretalah katakan, kalulah mereka tengok selama 5 penggal PAS sampai sekarang tidak boleh mengusahakan satu jambatan 2 hala yg selesa, jalan2 kampung yng selesa.biarlah pembinaan itu adalah tangggungjawap pusat, tap kerajaan PAS tidak boleh lepas tangan semahunya,PAS kena proaktif.

jadi org muda rasa tidak salah merekA BERI SOKONGAN PADA BN utk memenuhi keselesaan kehidupan ditempat mereka dengan kemudahan prasarana yg sempurna, mereka persetan semaua, apa itu yg dipanggil rasuah politik.

PAS jangan sahaja mengharapkan org muda sokong pas kerana agama semata, tapi zaman sekarang kebendaaan tidak boleh ditolak samasekali oleh org muda yg sentiasa mobile, merdeka minda dan tindakan.

jadi kerajaan PAS kelantan kenalah proaktif kenal pasti keperluan kemudahan asas setiap kawasan di kelantan terutama kawasan pendalaman, buat dengan sewajarnya, guna konsep gotong royong jika kos yang terlibat adalah besar.RAKYAT KELANTAN ADALAH KEBANYAKAN BURUH MAHIR YNG PERNAH BEKERJA DI SINGAPURA PADA TAHUN 1980AN, LIBATKAN MEREKA SEMUA UNTUK PEMBANGUNAN DALAM PROJEK GOTONG ROYONG KEMUDAHAN ASAS.

kalu itu pun susah PAS nak buat, maka jangan hairanlah jika berlaku lagi PRK dikelantan terutama dikawsan pendalaman, isu ini akan sentiasa memberi peluang dan kelebihan kepada BN untuk mengeksploitasikan isu ini disamping dengan sogokan rasuah wang politik atas alasan yng rasional.


PIKIR2 LAH PEMIMPIN PAS DAN PR JAGALAH AMANAH YG RAKYAT SERAHKAN KEPADA KAMU DENGAN PENUH KEBIJAKSANAAN DAN TIDAK MELETAKAN KEPENTINGAN DIRI MENGATASI SEGALANYA.

SEKIAN TQ