26 / 7 / 2009
10.00 pagi : Siri jelajah Dato Seri bermula hari ini dengan kunjungan santai bersama isteri dan anak-anak ke program Hari Keluarga Pas Kawasan Lumut.Beliau yang hadir bersama-sama keluarga tiba di Teluk Senangin dalam keadaan hujan renyai-renyai.Ketibaan Dato dan Datin Seri yang dinanti oleh keseluruhan mereka yang hadir.kesinambungan PR yang masih meneruskan tradisi mengumarahkan program sesama sendiri menampakan kesepakatan yang baik.Kehadiran ahli Ketiga-tiga parti memeriahkan majlis.
Dato dan Datin Seri berangkat pulang sekitar jam 11.00 pagi kerana perlu memenuhi jadual program yang telah diundang.
2.00 Dato dan Datin Seri tiba ke Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Ihsan Sg Siput dalam satu Program melancarkan Tabung Ekonomi Nurul Ihsan.Program yang dihadiri lebih dari 300 orang disertakan bersama Anak-Anak Yatim di sekolah tersebut juga dari Rumah Anak-Anak Yatim Al-Raudhah turut memeriahkan suasana.Hidangan gulai kawah untuk makan tengahari sememangnya membangkitan selera tetamu yang hadir.
seramai 68 orang anak-anak yatim yang mendiami rumah tersebut dan seramai 12 tenaga pengajar yang diamanahkan bagi membantu menguruskan anak-anak yatim ini.Menurut salah seorang Ustaz yang ditemui menyatakan bahawa Nurul Ihsan menanggung perbelanjaan sebanyak 15,000 sebulan bagi seluruh tanggungan isi Rumah tersebut.Dato Seri juga merasmikan Klinik Bekam yang dibuka di kawasan tersebut.
Selesai merasmikan Program tersebut Dato dan Datin Seri berangkat pula ke Taman Meru.
5.00 petang : Dato dan Datin Seri hadir ke satu Majlis Hi-Tea yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Tambun.Sambutan yang menggalakan sememangnya telah dijangka dan sebelum Program Hi-Tea bermula Dato Seri sempat menyampaikan Tazkirah beliau dan solat Asar berjemaah di Surau Islamiah Taman Meru 2c Jelapang bersama tetamu yang hadir.
Dato dan Datin Seri meluangkan masa di Majlis tersebut.Majlis turut dihadiri oleh DR.Khairuddin dan beberapa lagi pimpinan PAS dan PR.Tetamu yang hadir pada Majlis Hi-Tea tersebut dianggarkan seramai 200 orang.
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan