Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Nukilan Makrifat Seorang Tua...

dari hati mukmin itulah datangnya anugerah tuhan 'nur' kepadanya.barang siapa yg tidak ada nur maka ia tidak boleh makrifat.walaupun orang itu cerdik sebesar langit tetapi jika tidak ada nur didalam hatinya maka ia tidak boleh makrifat.walau kaya sebesar dunia hartanya tetapi makrifat tidak akan dapat diperolehinya namun tidak ada nur didalam hatinya.walau bagaimana besar darjat orang itu dalam dunia ini,maka dunia dibawah perintahnya,namun tidak ada nur didalam hatinya ia tidak akan boleh makrifat.walau bagaimana besar alim ulamaknya,sebuah kapal kitab yg dilancarnya,tetapi jika hatinya ada setitik hitam,maka makrifat tidak akan dapat padanya....

28,mar1974
haji a talib naiem

5 comments:

IndukYati berkata...

salam semua,
alangkah benar bagai dikata..
jika Dia tak bagi,tiada siapa boleh beri,jika Dia memberi tiada siapa boleh halang..

mountdweller berkata...

Salam

Rasanya saya pernah kenal orang ini melalui Abang Ipar saya.

kulupSakah berkata...

nur sebenarnya di dalam diri sendiri tapi digelapkan nafsu lalu lupalah akan kewujudan nur ini..apakala nafsu dijinakkan, dibersihkan segala mazmumah maka terbitlah ia..nurani!

sya berkata...

salam semua..

apabila dicuci Nafsu yang 8 itu maka akan terbitlah NUR yang selama ini digelapkan oleh Dunia dan Dosa.Jika diri mengenal diri maka dia mengenal tuhanya dan barangsiapa yang telah mengenal akan tuhanya maka binasalah akan dirinya..

Aku berkata...

apabila dicuci Nafsu yang 8 itu maka akan terbitlah NUR yang selama ini digelapkan oleh Dunia dan Dosa.

>> Nak cuci nafsu tu pakai pencuci ape, nak tahu jugak ni.