Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Kesayuan Selubungi Pengkebumian Teoh..

Lebih 1,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengkebumian Teoh Beng Hock di Alor Gajah, Melaka.

Upacara bermula jam 9.45 pagi dan keranda mendiang Teoh dijangka dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih.

Turut hadir ialah tunang mendiang, Soh Sher Wei dan anggota dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Suasana cukup sayu dengan kain-akin rentang di pasang di sekitar rumah mendiang yang menuntut keadilan terhadap kematian Teoh Khamis lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.

Semua pemimpin utama Pakatan memberi penghormatan terakhir pada jam 10.18 pagi, diikuti oleh exco kerajaan negeri Melaka dari MCA, Datuk Gan Tian Loo.

Kira-kira About 10 anggota polis berada di situ untuk memantau keadaan dan mengawal lalulintas.

Manakala pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar pada kira-kira jam 9.30 pagi tadi.-Malaysiakini

2 comments:

DR 1221 berkata...

Salam.
(nyala lilin)Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, melaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”

(al-Kafirun ayat 1-6)

Jaringan Luar Pemerhati Media berkata...

Hi sya reformis

Aku adalah pengendali blog Jaringan Luar Pemerhati Media. Terima kasih kerana sudi mengeluarkan sambungan link tersebut.

Moga kau dapat memaklumkan kepada semua jaringan Bloggers Network kepada blog kami.

Ya, kau kenal siapakah Abror Rivai? Oh! Akhdhor Rivai kau kenal tak? Ha! Itulah pasal. Jangan asyik reformis saja. Kau kena support mereka tau. Aku pun support mereka.

Oh! Maklumkan hal ini kepada Mat Saman Kati ya. Kirim salam sama dia.