Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Jelajah Perak-Ds Nizar dan Datin Seri di Melaka



22.7.09 -6.00ptng : Dato Seri dan Datin Seri tiba di Plaza Tol Ayer Keroh dan dibawa ke Markaz Pas Kg Perdu.Dato Seri Nizar berjemaah bersama-sama dengan para penduduk tempatan.Selesai solat Maghrib Berjemaah Dato Seri menyampaikan Tazkirah beliau.

8.45 malam: Dato dan Datin Seri dibawa ke sebuah Gerai yang dimiliki oleh seorang Ahli Pas kawasan untuk menjamu selera.Jamuan yang dibuat sempena kehadiran Khas Dato Seri ke Melaka.Penduduk setempat tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama beliau.

9.20 malam: Dato dan Datin seri dibawa ke sebuah Dewan Sekolah Cina swasta di Bandar Melaka bagi bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain dalam satu Program Khas Memperingati Kematian Teoh Beng Hock.Antara yang hadir ialah Yb Hatta Ramli,Yb Tian Chua,Yb Lim Kit Siang,Chegu Bard,Sdr Shamsul Iskandar dan beberapa Pemimpin yang lain.Suasana sedih menyelubungi wakil keluarga Mendiang Teoh setiap kali nama anak muda yang menjadi Mangsa Kezaliman ini disebut.Hampir 5000 orang memenuhi ruang Dewan tersebut.

11.00 malam: Dato seri dan Datin dibawa ke lokasi terakhir ceramah beliau di Bukit Katil yang mana dari awal sudah ramai yang menunggu kehadiran Menteri Besar Rakyat ini.Dianggarkan seramai lebih dari 3000 orang memenuhi kawasan ceramah.Pelbagai isu disentuh oleh beliau untuk dikongsi bersama oleh Rakyat Melaka termasuk Penerangan mengenai isu di Perak.Satu Majlis pelancaran Menyokong Pemansuhan ISA turut diadakan dan acara simbolik pelancaran Program dengan memakaikan Dato Seri pelilit lengan yang bertulis MANSUHKAN ISA.

12.00 : Ceramah yang berakhir sekitar 12.00 malam disambut meriah oleh penduduk yang hadir.Dato dan Datin Seri berangkat pulang ke Ipoh.

Terima Kasih kepada pihak pengurusan perjalanan kami di Melaka yang banyak membantu dan memberi ruang buat Team Perak Express bergerak dalam menyelesaikan tugas.

0 comments: