Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




MAJLIS MAKAN MALAM ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI PERAK











Semalam saya mewakili Perak Express sebagai Media membuat cover story Majlis Makan Malam dan Perasmian Laman Web yang dianjurkan oleh Angkatan Muda PKR Perak yang bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Ipoh.Mengikut jadual asal sepatutnya Majlis semalam dihadiri oleh D.S.Anwar ibrahim dan beberapa kepimpinan utama Pakatan Rakyat,namun disebabkan beberapa hal yang tak dapat dielakan maka hanya MB Perak D.S.Ir.HJ.Mohammad Nizar Jamaluddin mewakili Pas yang dapat hadir sekaligus merasmikan Laman Web Angkatan Muda Keadilan Perak.Turut hadir ialah Y.B Ngeh Koo Meng yang mewakili Dap dan Tn.Hj Ismail bin Yusoff mewakili Pkr.

Ucapan aluan tanda penghargaan kepada yang hadir turut disampaikan oleh Sdr.Shamsul Iskandar selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Majlis diakhiri dengan wakil ketiga-tiga sayap parti merasmikan Laman Web Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak.Majlis berakhir kira-kira jam 11.30 malam.

Rumusan:walaupun Majlis Makan Malam semalam dipercayai cuba disabotaj oleh sesetengah pihak,akan tetapi alhamdulillah majlis dapat disempurnakan dengan baik sekali.Saya yang mewakili Blogger turut mendapat pengiktirafan dari M.B sebagai sumber penyampai maklumat Kerajaan kepada akar umbi.Kebanyakan wakil Media yang ada semua semacam jugaklah tengok Saya,tapi saya redah je...Janji kerja jalan...Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri kerana mengiktiraf Para-Para Blogger.

1 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

Salam sya,
Selamat jalankan tugas dan tahniah. Saya tengok luna pun dah jalan tugas. J-Pemaya lelaki nampak sebok hal-hal lain. Saya baru keluar dari blog matcomot. Panas di sana tu.