Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Perak Tubuh Sekretariat Blogger Sebar Dasar Kerajaan Negeri




Kerana tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka.

"Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini," katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.

Mohammad Nizar berkata seketariat itu, yang diketuai oleh setiausaha akhbar beliau, Anuar Hashim, dapat menepis tomahan, kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri menerusi media arus perdana.

Walaupun kami blogger tahu akan ada rasa tidak puas hati dikalangan beberapa orang akan tetapi kami akan terus berjuang menegakan kebenaran dan merubah kegagalan.

Kepada semua Blogger-Blogger ayuh kita bersama-sama merealisasikan impian Pakatan Rakyat dengan menjadi Penyumbang berita dan penerangan kepada rakyat.

4 comments:

Mr Joker berkata...

Majlis Minum Petang Bloggers Di Shah Alam

Perkara - Jemputan ke Majlis minum petang bloggers (sempena kongres PKR)

Tempat - Restoran Kasih, Shah Alam (Belakang TESCO Melawati)

Hari dan waktu - Sabtu (29hb.November,2009) jam 6 petang.

Berminat sila hubungi matcomot di nombor - +6016 231 9911

Semua bloggers dijemput menyertai majlis.

Dr. Abdul Wahab Arbain berkata...

Salam sya,
nampaknya semakin ramai bloggers yg bersemangat?

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

salam dr...memnag bagus kalau semua orang bersemangat tetapi ada yang bersemangat diluar tempat dan bidangnya....agak malang bila yang bersemangat untuk menjatuh dan main tikam dari belakang...sya cuma harap mereka-mereka ni insaf dan buat sesuatu kerana tanggungjawab bukan kerana.........!!!!!

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

topeng perak...tq insyaallah saya akan hadir..