Pakatan Rakyat akan mengadakan Himpunan Perdana di Stadium MPPJ Kelana Jaya malam esok. Berikut adalah butiran acara tersebut:
Tempat: Stadium MPPJ Kelana Jaya
Tarikh: Hari Selasa, 30hb Jun 2009
Masa: 8.30 malam
Ketua Srikandi KEADILAN & MPP KEADILAN
Pakatan Rakyat akan mengadakan Himpunan Perdana di Stadium MPPJ Kelana Jaya malam esok. Berikut adalah butiran acara tersebut:
Tempat: Stadium MPPJ Kelana Jaya
Tarikh: Hari Selasa, 30hb Jun 2009
Masa: 8.30 malam
Gambar sekitar Program Dato Seri Nizar di Muar Johor semalam.Dato Seri yang datang dari Kuala Lumpur diarak ke tempat ceramah dari Plaza Tol Pagoh.Lebih dari 5 kenderaan dan 4 buah Motosikal Berkuasa Besar mendahului Konvoi sempena kedatangan Dato Seri Nizar ke Muar.Konvoi bergerak hampir 20 Kilometer sebelum sampai ke lokasi tempat ceramah iaitu di Markaz Pas Kawasan Bakri Muar Johor.
Ketibaan Dato Seri nizar disambut dengan paluan kompang dan juga perarakan masuk ke Markaz tersebut sambil di beri tepukan gemuruh oleh lebih dari 5000 RAKYAT sekitar Muar.Mereka yang hadir tanpa mengira Bangsa dan sambutan sebegini hanya pernah berlaku pada awal perasmian Markaz tersebut kira -kira 16 tahun yang lalu dengan kehadiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz,namun ia diserikan kembali dengan kehadiran Wira Negeri Perak dan Menteri Besar Rakyat ke tempat tersebut.
Ketibaan Dato Seri Nizar juga disambut oleh Ketua DPPMNJ Dato Mahfuz Mohammad,Dr Boo Cheng Hau ( Adun skudai),Hj Anwar salleh ( Pengerusi PKR Johor) dan Yb Dr Sheikh Ibrahim Salleh ( Adun Sg Sabung).
Kalungan Bunga juga dibuat oleh wakil Penduduk India di sana.Cendrehati juga disampaikan oleh Pengerusi Pas Negeri kepada Dato Seri Nizar.
Semangat dan juga Aura beliau amat menarik perhatian apabila Dato seri sentiasa mendapat perhatian dari semua lapisan terutamanya dari kalangan Anak Muda di Johor yang mana boleh dikatakan sambutan itu sebenarnya diluar jangkaan.
Apapun sambutan Rakyat di Muar memang Best...!!!Gambar lanjut akan di publish kemudian.
Penampilan Khas oleh Pyan Habib,Lanteran Jiwa dan Mat Saman Kati.. Anjuran Blogger Network@Perak dan Lanteran Jiwa..
Mesti gempak punya!!!!
Ahli Parlimen Bukit Gantang Mohammad Nizar Jamaluddin dan empat Ahli Parlimen lain diarah keluar dari Dewan Rakyat sebaik sahaja Nizar mengangkat sumpah pagi tadi.
Speaker Pandikar Amin Mulia mengeluarkan arahan itu selepas Nizar melaungkan “Hidup Rakyat” setelah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak tepat jam 10.00 pagi tadi.
Selain Nizar, empat Ahli Parlimen iaitu N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Ngeh Koo Ham (DAP-Pantai Remis), dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) juga diarahkan keluar.
“Kesalahan” mereka berlima, menurut Pandikar, adalah kerana memakai lilit kepala ‘Bubar DUN’ Perak di dalam Dewan.
Pemakaian lilit kepala dan tangan menuntut DUN Perak dibubarkan adalah sebahagian daripada kempen wakil Pakatan Rakyat dalam usaha memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan.
Perak diheret dalam krisis perlembagaan paling buruk dalam sejarah negeri itu setelah Perdana Menteri Najib Razak dikatakan mendalangi rampasan kuasa bagi menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nizar.
Najib turut berada di dalam Parlimen pagi ini apabila Nizar diusir.
“Bagaimana kita boleh bersidang di dalam Parlimen, sedangkan berlaku kezaliman dan kekejaman di DUN Perak, dimana Speaker yang sah dihalau keluar oleh polis diatas arahan Speaker haram,” Nizar memberitahu sidang media di luar Dewan.
Beliau merujuk kepada insiden dimana polis mengheret keluar Speaker Perak V. Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri dan mengurung beliau di dalam sebuah bilik pada bulan lalu.
Polis bertindak demikian di bawah telunjuk BN bagi membolehkan parti itu menabalkan N Ganesan dari MIC sebagai Speaker baru, sungguhpun beliau bukan seorang wakil rakyat atau melalui proses pengundian telus di dalam DUN Perak.
Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata tindakan Speaker Parlimen menghalau Nizar dan rakan-rakan lain adalah keterlaluan.
“Tindakan kami tidak menyalahi mana-mana aturan Dewan Rakyat. Tidak ada aturan khusus yang melarang pemakaian lilit kepala. Kami meminta Speaker supaya tunjukkan dimana kesalahan kami,” kata Khalid.
Di luar Dewan, anggota-anggota keselamatan Parlimen dikerah bertindak keras dan mengarahkan semua tetamu menanggalkan lilitan kepala ‘Bubar DUN’.
Keselamatan di Parlimen amat ketat hari ini dengan tetamu dan Ahli Parlimen perlu melalui beberapa kolum keselamatan dari susur masuk ke Parlimen menuju Pintu Utama bangunan itu.
Persidangan dua minggu Dewan Rakyat bermula hari ini.
Don’t paly….play….
Berjaga-jaga!!!
UMNO kita throw away…Kasi UBN mimpi cukup la ek...
Manek Urai kita punya semula!!!
Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!!Lawan tetap Lawan!!!!
Gambar sekitar peristiwa di Balai Polis Ipoh dan sidang Media di Pejabat DAP Negeri Perak.Dato Seri Nizar dan beberapa pimpinan parti,telah bergerak menuju ke Balai Polis Ipoh namun kesemua yang ditahan pada 7 MEI lalu diarah balik tanpa sebarang penjelasan yang munasabah.Akibatnya ramai yang mersa marah dengan sikap Polis RAJA di Malaysia yang mempermainkan kesemua mereka.Ini boleh dilihat seperti satu lagi mainan politik dari UBN…!!!!!
PADA POLIS RAJA DI MALAYSIA SATU AYAT YANG PALING DEKAT MENGGAMBARKAN PUAK-PUAK BALACI NI IALAH
Copyright © 2009 Bicara Nukilan Siti Aishah |Designed by Templatemo |BloggerTemplate Converted by BloggerThemes.Net