Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Pertembungan Ds Nizar dan Zambry di Hospital Taiping….Gempak tu!!!!

Gambar sekitar program Ds Nizar turun ke Bukit Gantang dan melawat mangsa-mangsa Kejadian Pergaduhan di Kemunting 2 hari yang lepas.

Menambah menarik situasi di Hospital Taiping ialah apabila Pertembungan DS Nizar dan Zambry di Perkarangan Wad yang mana ia nampak GEMPAK dan memang jelas yang Zambry kurang selesa dengan pertembungan itu.Si SPEAKER Haram pun sama gak tersengih-sengih macam kerang BUSUK DAAAA….!!!

Sepatutnya Ds Nizar dan beberapa Pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri Program Ceramah di Dewan Kg Expo namun atas nasihat dan memikirkan Keselamatan di sana maka ia dibatalkan bagi mengelakan sebarang kemungkinan.

Program DS Nizar disusuli dengn Sembahyang Maghrib,Isyak dan Solat Hajat di Masjid Kg Expo Kemunting Taiping.Jemaah yang hadir memang ramai turut sama hadir ialah Hj Ismail Ketua PKR Bahagian Bukit Gantang.Selepas itu Majlis diteruskan dengan program Tazkirah oleh Ds Nizar,yang mana di dalam Tazkirah tersebut beliau menyeru agar siapapun baik dikalangan ahli parti ataupun tidak, HARUSLAH mengetepikan semangat ASOBIYAH ( semangat Kebangsaan ).

Program berakhir kira-kira jam 10.45 minit malam.


0 comments: