Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Pas sedang melangkah kebelakang????

Permuafakatan dengan Umno dan Bn yang dilaungkan oleh Tuan Guru Hj hadi pada muktamar Pas yang baru berlalu dilihat dari pelbagai perspektif yang agak kurang menyenangkan.Ini kerana dalam Ucapan Permulaan nya sahaja PAS telah cukup memeningkan kepala sesetengah dari Rakyat yang bukan sahaja penyokong Pas namun jugak kepada penyokong Pakatan Rakyat.

`mereka dengan bangga nyer, mengatakan pintu perbincangan belum tertutup lagi….. PAS bersedia untuk berbincang dengan sesiapa saja, asalkan untuk kepentingan negara."........

Macam mana pulak ini boleh berlaku,bukan ke melihatkan yang PAS masih mahu ditipu dan terus ditipu!!!!Bukan untuk menidakan perubahan sesuatu Parti itu namun ia dilihat sebagai satu lagi cara yang kurang BIJAK dalam menguatkan lagi Sokongan terhadap PARTI PAS dan PR.

Ketelanjura Tuan Guru yang menyamakan Suara Mursyidul AM mereka sebagai suara peribadi dalam bab Penyatuan ini dilihat terlalu kasar dan kurang sopan kerana sepatutnya mereka tahu siapa dan apa yang perlu diikuti sebelum mereka mengetepikan seorang PENASIHAT yang berjaya mengekalkan kemenangannya dalam jangka masa yang lama.Namun Keteguhan dan KETEGASAN Tuan Guru Nik Aziz harus dipuji walaupun Pemimpin Parti itu sendiri yang tidak mahu menerima pandangan Beliau namun beliau masih dengan Pendirian yang sama.

Apa yang boleh ditafsirkan ialah PAS sebenarnya sedang melangkah kebelakang apabila menimbulkan kembali isu Perpaduan ini sedangkan RAKYAT sendiri sudah tidak percaya dan yakin terhadap UBN lagi.Jangan nanti PERPADUAN yang ingin dicapai namun kekalahan pula yang dinikmati oleh PAS di MANIK URAI!!!!

Apa yang perlu dilakukan PAS sekarang ialah melebihkan FOKUS mereka untuk Pilihanraya MANIK URAI dari memikirkan mengenai Perpaduan yang dapat kita lihat UBN sedang giat mengambil ruang yang dibuka oleh PAS ini untuk menjarakkan PARTI PAS dari PR.

Kuatkan Jentera Rapatkan SAF teguhkan IKATAN dalam PAKATAN jangan biarkan RUANG itu diisi MUSUH kerana AKHIRNYA ia PASTI membinasakan....!!!!!

Don’t paly….play….
Berjaga-jaga!!!
UMNO kita throw away…Kasi UBN mimpi cukup la ek...
Manek Urai kita punya semula!!!

Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!!Lawan tetap Lawan!!!!

4 comments:

Pak Oncu berkata...

WAHAI MANGKOK MANGKOK HAYUN (yg telus @ ikhlas usah baca) DALAM PAS TOLONG LAH BACA DI LINK DI BAWAH INI DAN FAHAM KAN APA YG MEREKA NI TULIS,,,,,,

http://mt.m2day.org/2008/content/view/22948/84/

kasut ku larrie berkata...

BILA INGAT SUDAH KUAT...

bila ingat sudah kuat,
mulalah rasa diri hebat,
cakap ketua tidak lekat,

lu memang tak beringat,
sejarah lama masih terpahat,
bila lemah mereka rapat,
bila kuat mereka sekat,
bila kuat mereka lipat,

janganlah dibuat2,
rundingan dgn parti karat,
mereka pernah khianat,
kenapa perlu rapat2,
kenapa terhegeh hegeh dekat2,
apa yang lu dapat!

tolonglah dengar pilihan rakyat,
jangan dikhianati amanat rakyat,
jangan fikir sudah kuat,
lu lupa jalan yang berkat..

kita sudah ada sepakat,
3 parti yang sudah rapat,
teruskan muafakat,
berganding bahu untuk kesejahteraan rakyat.

http//kasutkularrie.blogspot.com

zman berkata...

Salam,

PAS bukan melangkah kebelakang tapi melangkah kelubang!Dan lubang ini akan ditimbus oleh ahli ahli PAS sendiri.Saya tak paham ape lebihnya 'berbincang dgn Umngok ni.Sudah jelas lagi bersuloh.

kelate berkata...

mari kita,penyokong2 PAS dan PR tunjukkan jalan keluar untuk barua ameno najis dua org tu...

atau PRU 13,kita gigit jari...