Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Antara LILIN dan NAWAITU,Mana yang Benar..???




Isu Dato Seri Nizar dan beberapa Pemimpin PR yang Bergama Islam memegang lilin selepas sidang Media di banggunan DAP Ipoh sehari selepas Kematian Mendiang Teoh terus dipolitikan oleh sesetengah dari Rakyat dan beberapa Pemimpin yang dalam PR sendiri.Mungkin kerana ia dilakukan oleh Pemimpin PR lalu ia diperbesarkan dan dicanang sehari-hari sehingga keluar la satu lagi FATWA SEGERA dari yang HARUS dan HARAM..!!

Berkatalah semua bahawa memegang lilin itu HARAM disisi AGAMA..bukan aku mahu mempersoalkan isu tersebut bagi aku ada ramai yang lebih MAKLUM dan ARIF mengenai isu ini dan biarlah mereka yang mengulasnya dari pandangan ISLAM.

Kalau Ia bercanggah dari sudut ISLAM bagaimana pula dengan tindakan PAKLAH dahulu yang sujud bertafakur di TUGU NEGARA walaupun telah ada sebelum itu satu FAKTA yang dikeluarkan oleh Para Ulamak yang mengatakan perbuatan itu HARAM namun ia tetap diadakan .Tiada pula suara-suara sumbang baik ulamak PAS atau Umno yang mahu memperbesarkan isu tersebut..!!!Semua pakat senyap macam TIKUS,sebab apa sebab itu Kerja Kerajaan yang buat cakap lebih nanti poket Kosong...!!!

Bab adat orang melayu yang sambut Hari Lahir dengan Kek dan LILIN apa macam pulak..??Terang-terang ajaran atau cara itu sebenarnya perbuatan orang kafir so sampai sekarang ia masih jadi ikutan kita jugak..!!Tiada pulak ULAMAK yang berani tegur bab ni..semua MENIKUSKAN DIRI...

Lepas ni aku syorkan pulak kalau kata rumah korang TAKDE API jangan pasang atau sentuhpun LILIN tu pasal nanti kalau ada terniat lain susah pulak...yelah sebab LILIN ni untuk acara Keugamaan jer...!!

Bukak la MINDA korang tu ALLAH SWT memandang kepada NIAT manusia tu...

5 comments:

Unknown berkata...

salam, saya bukan nak berpihak pada sesiapa. Tapi pada saya pasang lilin pada masa balack out isu lain. Tapi sejak dari sekolah kita di ajar dgn cara2 kita menghormati org mati yg berlainan agama dari kita. Kalau sekadar menghadirkan diri pada sya tidak salah. tetapi jika sampai nak pegang lilin, tunduk pada gambar jenazah sampai 3 kali..ni pada saya meragukan.. sugguh kita lihat ulamak pun bercanggah ...kalau kita ragu2 lebih baik kita elakkan..jgn perbuatan kita yg salah menjadi ikutan pada umat islam yg lain, yg tidak berapa arif tentang hal ini. Kita jgn beri teladan yg bertentangan pada pengikut dan mengelirukan pengikut. Pada saya perkara ini takde kena dgn politik. Jika salah tetap salah. Saya juga tidak bersetuju dgn perbuatan meletak bunga ditugu negara. Jgn kerana kita sokong seseorg semua perkara yg dia lakukan kita kena setuju.. jgn sampai matlamat menghalalkan cara..

lebaikudin berkata...

two wrongs doesn't make one right..aku bukan memihak UMNO atau PKR,tapi kalau benda meragukan atau akan menimbulkan fitnah,baik ditinggalkan,baik Pak Lah yang tafakur kat Tugu Negara atau Nizar sepatutnya sedar sensitiviti dan kecenderungan khurafat dan bidaah,ada 1001 cara untuk menerangkan kepada pihak yang terlibat untuk tidak turut serta memegang lilin,aku rasa diorang tak kisah,sebab kehadiran pada upacara sudah lebih dari memadai..Wa'llahua'lam..

RadenMas berkata...

di malaysia mana ada Ulama Syumul yang ada ini semua memang tak layak dipanggil Ulama.dah tak ada rotan akar pun jadi lah.Ulama malaysia iman nya banyak yang terbalik itu bukan Ulama.Ulama adalah orang yang ikhlas berjuang dan mentauhidkan agama Allah tidak mengharapkan kedudukan atau pangkat apa lagi imbuhan atau upah..itu lah sebenarnya Ulama tapi hari ini Ulama nya lebih takut ISA dari takut pada Allah.saya minta Ulama semua ini pergi blajar ngaji dulu tak cukup lagi Ijazah PHD..Master..tu..Ilmu Allah terlalu luas di bandingkan dengan Sijil kamu...kalau kita pandai sebenarnya kita masih bodoh...lagi.

Prof. Era Pasca berkata...

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah “sesuatu yang meragukan” tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam. Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini, Khamis.

renung2kan selamat beramal

Unknown berkata...

PALESTIN:


Pergolakan di negara Palestin sudah tidak asing lagi bagi diri saya sejak saya berumur 9 tahun sehingga sekarang Bumi Palestin sentiasa bergolak baik sesama fahaman mereka sendiri atau dengan Rejim Zionis,Apa yang terjadi diBumi Palestin adalah bala dan azab Allah swt kerana mereka tidak mahu mengambil ikhtibar sejarah kaum kaum yang terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah swt yang telah difirmankan didalam Al Quran nur karim maka selaraslah firman Allah "Berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah(Jihad ikhlas)dan janganlah kamu berpecah belah"(jihad silaturrahim dan perpaduan)di Palestin mereka menganut berbagai Mahzab dan bertelagah serta berselisih pendapat sesama mereka sendiri berbunuh bunuhan fitnah menfitnah serta caci mencaci masing masing mahu menegakkan kebenaran Mahzab masing masing yang jelasnya sudah nyata semua yang terjadi benar belaka yang tidak benar adalah diri manusia itu sendiri terlalu taksub.Maka Allah limparkan bala dan Azab keatas mereka dan keturunan mereka diatas perbuatan kufur mereka sendiri.Rejim Zionis mengambil kesempatan diatas perpecahan umat di Palestin untuk memperluaskan negaranya dengan merampas tanah serta harta benda dan membunuh rakyat Palestin.Bala dan Azab Allah tidak mengira dan kenal siapa kerana Allah lebih mengetahui setiap kejadiannya.Adakah Allah sebegitu kejam...?.Tidak Allah tidak sekejam itu dan tidak pernah mau memberikan sebarang pertolongan keatas Palestin walaupun jutaan Umat Islam bersolat hajat Rejim Zionis tetap teguh sehingga kini malah semakin luas jajahannya.Mengapa Allah sengaja biarkan mungkin ada hikmah disebaliknya mungkin Allah inginkan Negara Negara Islam lain melihat serta memikirkan kebenaran kalam nya dan kebesarannya.Mengapa Allah tidak hancurkan Zionis sedangkan Allah pernah menghantar sang Ababil memusnahkan musuh Islam.Terjadinya semua itu adalah atas kehendaknya dan pengajaran pada Umat Islam bahayanya perpecahan dan kekufuran Umat.Maha suci Allah dengan zatnya yang maha Pengasih bangsa Zionis adalah bangsa yang berjaya.Cendiakawan cendiakawan zionis telah berjaya mencipta berbagai ciptaan dan teknologi yang diguna pakai oleh Umat Islam pada hari ini.Lampu Letrik,talipon,Kapalterbang,Satelite,motokar,internet dan berbagai lagi ciptaannya termasuk dari kisah sang Ababil zionis telah mencipta Bom Nuklear dan pesawat pengebom untuk menghancurkan Umat Islam pada hari ini.Dimana mereka dapat Ilham atau Idea bernas ini semuanya dikutip dan dikupas didalam Al Quran nur karim kalam Allah penuh mujizat.Mereka adalah bangsa yang tidak pernah mahu berputus asa serta tekun mencari dan mengali segala Ilmu didalam Al Quran.Maka zat Allah yang maha Pengasih tidak memilih agama atau bangsa asalkan mahu berusaha maka Allah bukakan Ilham untuk mereka mencipta (AlKhalid).Sedangkan Umat Islam seumur hidup mengaji,bertarranum,bertajuwit,bersolat,mereka gagal menjumpai mujizat Allah tadi yang ada Umat Islam jumpa Ilmu kebal.Pengasih,Pelaris,dan berbagai Ilmu yang mengarut.Sedangkan Yahudi mencipta Ilmu yang boleh dimunafaatkan oleh manusia. Umat Islam mencipta Ilmu perpecahan dan kekalutan.Subahanallah...Mana kah perginya cendiakawan cendiakawan Islam Para Ulama Para Ustaz yang hafiz dan hafal Al Quran,yang bertasaauf,bertarikat,bertakblih apa yang dapat Umat Islam hari ini banggakan dan apa yang dapat mereka mereka ini lahirkan serta zahirkan Al Khalid tadi hanya lah perpecahan Umat serta perbalahan sesama sendiri.Alhamdulillah hir robbil alam min.Mengapa lah dunia yang indah ini dicipta Allah untuk kita nikmati sementara waktu di jadikan Neraka.Tidak mustahil apa yang terjadi dibumi Palestin akan terjadi di Bumi Malaysia ini jika Umat Islam dimalaysia mahukannya dan Allah juga mengkhendakinya akan turunlah segala Azab dan Bala sebagai satu pengajaran dan jika itu saja cara dapat menyatukan umat Islam di malaysia maka kami bermohon kehadrat Allah turunkanlah azab dan bala.mu Ya Allah Tuhan seru Sekalian Alam.AMIN YA ROBBIL ALAM MIN.