Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Dato Seri Nizar di Bidor

30 Ogos 2009 Dato Seri Nizar meluangkan masa untuk bersama-sama dengan Rakyat di Bidor Perak.Beliau yang hampir seharian di Pejabat Pas Perak terus bergegas ke Bidor untuk bersama Rakyat yang menanti kehadiran Beliau sejak dari awal lagi.Beliau yang tiba sekitar jam 8.40 malam dibawa terlebih dahulu ke tempat program yang pertama di Bidor yang mana ia menghimpunkan Rakyat berbangsa India dalam satu majlis makan malam ringkas anjuran DAP.Ketibaan Dato Seri turut disambut oleh Yb Lim Kit Siang yang mana beliau juga turut hadir pada majlis itu.

Kerana ketibaan Dato Seri agak awal Beliau dibawa terlebih dahulu ke satu lagi program yang dianjurkn oleh DAP di kawasan yang sama.Ketibaan Beliau disambut dengan baik dan mendapat tepukan gemuruh oleh para hadirin yang hadir.Antara isu yan disentuh oleh Beliau ialah isu 2 september yang mana sidang dun Negeri Perak akan diadakan.

Selesai itu Dato Seri dibawa kembali ke tempat program pertama yang mana beliau merupakan penceramah terakhir sebelum majlis bersurai.Antara yang turut sama hadir ialah TKM2 Pulau Pinang,Yb Kesavan,Yb Sivanesan dan beberapa pimpinan yang lain.Dalam program tersebut Dato Seri turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk setempat.

0 comments: