Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Saya mahu bersihkan Nama-Yusri


* "Saya adalah seorang bapa kepada anak-anak saya... seorang suami kepada isteri saya dan seorang anak kepada ibu-bapa saya dan hasil dari tuduhan tersebut, mereka-mereka ini menanggung malu... saya tidak akan membiarkan perkara ini berlaku terhadap diri saya dan keluarga saya, saya masih menghormati diri saya sendiri dan juga mereka-mereka yang mendampingi saya dan oleh kerana itulah saya tampil hari ini untuk membersihkan kembali nama saya yang telah dicemarkan oleh mereka-mereka yang gila pada kuasa, dan juga miskin politik..!"

Itulah kata-kata Yusri Isahak ketika tampil dipentas PAS untuk membersihkan namanya yang telah diburukkan oleh orang-orang yang berkepentingan didalam UMNO demi untuk survival politik mereka.

* "Saya terpaksa tampil dipentas ini kerana hanya disinilah saya diberi ruang untuk membersihkan nama saya dari hinaan dan cercaan pihak-pihak yang berkenaan."

Yusri yang juga bekas rakan kongsi Rohaizat akhirnya terpaksa memilih pentas PAS di Permatang Pasir setelah dia dikhianati oleh bekas rakan kongsinya iaitu calon BN N11, Rohaizat. beliau telah dituduh sebagai individu yang bertanggung jawab dalam hal penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah yang berjumlah ratusan ribu ringgit.

Apa yang menyedihkan beliau ialah, kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh beliau seorang sahaja tetapi mengapa bekas rakan kongsinya dan juga sahabatnya menuduh kononnya hanya beliau yang bertanggung jawab sepenuhnya keatas kesalahan tersebut.

* "Saya tidak menyatakan bahawa saya tidak bersalah dalam kes tersebut tetapi apa sebenarnya yang berlaku ialah, perkara tersebut berlaku setelah mereka kami (Yusri dan Rohaizat) berbincang bersama. perkara ini berada didalam pengetahuan Rohaizat dan Rohaizat berbohong dengan mengatakan bahawa beliau tidak tahu berkenaan dengan hal ini..!" tegasnya...

Inilah yang berlaku didalam UMNO dan tidak salah kalau kita katakan bahawa UMNO adalah parti pengkhianat. mereka-mereka yang berada didalam UMNO akan mengkhianati sesiapa sahaja hatta rakan baik demi untuk mencapai apa yang mereka citakan.

Orang kalau dah gila babi, gila kuasa, mana la reti nak pakai otak... mana la reti nak fikir benda baik ke benda buruk ke... kesan yang orang lain terima, janji matlamat tercapai. ini mentaliti orang-orang UMNO. khianat mengkhianati dah jadi macam makan nasik. kalau tak khianat, tak kenyang... silap hari bulan boleh mampus.

Elok benamkan cepat-cepat parti gila babi macam UMNO ni... habis semua orang susah dek gila babi UMNO..!

Sumber TPU

0 comments: