Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Mursyidul Am akan SAMAN Media yang putar balik kenyataan beliau..

Utusan Malaysia lapor -
TG Nik Abdul Aziz jawab balik dalam HarakahDaily -

TG Nik Abdul Aziz cakap lagi -
Info TPU

Sya :

Nampaknya ini salah satu lagi usaha untuk memburukan Tuan Guru Nik Aziz dan usaha ini yang dilakukan melalui pihak Media kongkongan UBN akan memakan diri mereka sendiri.Tuan Guru akan menyaman pihak media yang menokok tambah kenyataan beliau.kalau dulu Tuan Guru asyik diam je bila kena hentam dengan media yang memutarbalikan fakta sekarang takde maaf bagimu lagi...so kepada yang berkenaan nantikan surat saman tu yer...!!!

3 comments:

tok iskandar berkata...

Delegasi Mufti Perak bawa politik UMNO di Mesir

Dewan Pemuda PAS Perak

Kaherah 5-11 Ogos 2009 Ketika majlis diadakan bersama pelajar di Kaherah, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani mempertahankan akta ISA dan perlu dikekalkan.

Terdapat beberapa maklumat lain yang tak perlu dinyatakan disini menurut saudara AKMAL KAMARUDIN Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak

Dewan Pemuda PAS Perak kesal dengan sikap delegasi yang mengheret pelajar ke kancah politik murahan UMNO dan BN yang kian pudar dalam politik tanah air. Diharapkan para penuntut tidak termakan dengan umpan yang lunak dari pihak delegasi.

Ketua delegasi Dato’ Dr. Abdul Rahman bin Haji Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak. Delegasi ini juga turut disertai oleh Y.B Kapt. (B) Mohd Osman bin Mohd Jailu, ADUN Changkat Jering, Y.B Jamaluddin bin Mohd Radzi ADUN Behrang serta Pegawai Kanan Kerajaan Negeri.

CD krisis DUN Perak dan Buku Kemelut Politik Perak serta Cenderahati sebuah kotak pencil yang ada lambang umno pada kertas pembalut di edar ketika majlis bersama pelajar di Kaherah.
Sikap Mufti Perak yang terus mempertahankan akta ISA amat dikesali kerana seperti yang sedia maklum, ISA telah menyeksa tahanan dengan siksaan yang kejam tanpa dibicarakan dan hanya mengikut budi bicara Menteri Dalam Negeri samaada dibebaskan atau terus ditahan. ISA juga menyebabkan ramai yang menanggung dosa kerana menyokong akta zalim ini.

Penderitaan keluarga tahanan terus menjadi bahan mainan kerajaan BN. Keluarga tahanan terus diabaikan tanpa pembelaan, malangnya penentang akta kejam ini dilayan dengan gas pemedih mata, gari, dipukul, dinafikan hak Allah untuk menunaikan Solat, dimaki hamun, dan barmacam-macam lagi bentuk hukuman yang dikenakan terhadap penentang akta ISA.

"Mampukah kau ketawa ketika kau di mahligai indah sedangkan fuqara' menangis di lokap yang sempit"

Semoga para pelajar terus tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang dalam perjuangan menimba ilmu Allah SWT di bumi Anbiya'

sumber tranungkite.net

Tanpa Nama berkata...

Tuan Guru belum saman akhbar ker?????????????????????? Bila nak saman????

Tanpa Nama berkata...

Mursyidul Am yang melebihi kuasa Allah??????????????? Takebeer!!!!!!!