Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Manusia lebih diagungkan dari ALLAH SWT yang MAHA ESA..!!!


Sejak dua menjak ni kita dapat lihat sesuatu fahaman baru yang boleh ditafsir sebagai pemesongan pemikiran UMMAH di negara ini.Sikap dalam MENDEWA-DEWAKAN Manusia itu dapat dilihat sehinggakan kepada siapa Manusia itu patut takut dan gerun diketepikan.Maksudnya sikap kita sebagai HAMBA ALLAH SWT itu yang patut di UTAMAKAN tidak lagi menjadi asas sesetengah dari kita.Pelbagai Fatwa-fatwa baru yang dikeluarkan dalam menyuruh manusia MENGAGUNGKAN Manusia dari MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.

Adakah ini sikap dan cara yang kita inginkan????

Jika kita lihat dalam Rukun Negara sendiri ada menyebut :

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Jika kita lihat diatas ini maka apakah kita tidak sedar bahawa kita sebenarnya meletakan kesetian itu lebih kepada Manusia dan penciptaan Allah Swt dan kita hanya disuruh PERCAYA kepada TUHAN..???Bukankah sepatutnya kita meletakkan segala pengharapan,kesetian dan keyakinan kita hanya kepada Tuhan iaitu ALLAH SWT semata..Begitu juga ketika kita bersembahyang adakah hanya ketika itu baru kita mengaku dan menginsafi bahawa kita dibawah kekuasaan ALLAH SWT namun bila kita tidak berada dalam solat maka kita kembali kepada fitrah manusia yang lupa dari siapa dan apa dia dicipta..!!

Sememangnya telah menjadi lumrah dari zaman Nabi SAW dahulu yang mana,Manusia dan Kezaliman lebih ditakuti dari Keadilan dan Kebenaran...!!

Sedarlah manusia dari kalangan apa dari darjat apa dan dari keturunan siapa pun kamu,kamu masih manusia yang dicipta yang bermaksud ada kuasa ALLLAH SWT yang mengawal kamu dan bila-bila sahaja kamu boleh diazab ataupun dikurnia kebaikkan...

Oleh itu TAKUT dan SETIA juga TAAT semata kepada ALLAH..semua manusia hanya meminjam sesuatu dari ALLAH SWT dan tiba masanya mereka yang berkuasa juga akan sama,Hilang Kuasa dan kembali kepada Tuhan Pencipta...

Tiada yang Kekal walau siapa pun kamu,Sebesar manapun KUASA kamu,SEGAH manapun nama kamu dan SETINGGI mana pun DARJAT kamu namun kamu hanya lahir dari setitik air yang HINA ( As Sajdah ayat 8 )..!!

Bila Roh meninggalkan Jasad maka kamu hanya sekujur tubuh yang tak punya apa-apa...!!!



0 comments: