Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Profile Zambry-Cakap Tak serupa Bikin...!!!

Universiti :
Ph.D (Pemikiran Politik)
Uni. Temple, Amerika Syarikat (1995)
Cemerlang(Distinction)
Pengkhususan::Politik Kontemporari
M.A
Uni. Temple, Amerika Syarikat (1992)
Pengkhususan : Falsafah Politik & Perbandingan Agama
M.A
Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
Pengkhususan : Pemikiran Islam
Kepakaran :
Akademik: Ekonomi Politik | Pemikiran Politik | Politik Kontemporari Asia Tenggara | Pemikiran Politik Malaysia | Politik Islam Pentadbiran : Mengurus Universiti | Pusat Pemikir | Pakar Runding Politik : Organisasi Politik | Penyelidikan Politik


Sya : Cuba korang baca dan renungkan apa yang tak kena dalam profile si zambry ni.. Kalau nak ikut belajar kat Universiti Islam,Belajar bab Islam,Pentadbiran Pusat Pemikir Islam,Akademik Politik Islam..tapi tak tahu dan faham mengenai Hukum-Hukum Islam tentang RAMPASAN KUASA yang dia buat sehinggakan apa yang penting bagi dia dan UBN ialah KEPENTINGAN PARTI MENGHALALKAN CARA walaupun ia bercanggah dengan Hukum Islam itu sendiri. Kepakaran yang dia tulis lagi ialah PAKAR RUNDING dan duduk dalam Pentadbiran PUSAT PEMIKIR,kalau betul la dia ni seBAGUS macam ni, maksud sya kuat berfikir dan Pakar sangat la kenapa BAB apa yang RAKYAT Perak nak dia tak boleh FIKIR ek...Oppss lupa pulak dah terlalu lama berfikir akhirnya yang tinggal OTAK bukan AKAL pasal tu dia jad macam ni kot...!!!
Jawapannya Lu Orang Fikir La Sendiri...!!!!!

Rayuan Dato Seri Nizar didengar 5 november 2009


PUTRAJAYA 30 Sept. - Mahkamah Persekutuan menetapkan 5 November ini bagi mendengar rayuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap perisytiharan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Pada tarikh itu, panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff akan mendengar tiga persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh peguam bela Mohammad Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan.-utusan


Sya :

Oppss aku nak betulkan ayat Utusan Meloya kat atas ni bila dia kata Mahkamah Mengekalan Zambry sebagai Menteri Besar..??Memang Tak Boleh Pakai ler Utusan meloya ni,mahkamah hanya menahan kuasa Dato Seri Nizar dari menjalankan tugas Sebagai Menteri Besar tapi takde pulak Sya dengar makhamah istiharkan zambry sebagai Menteri Besar...!!!Kalau nak jadi pengampu pun baca Fakta la..jangan main tulis jer...ADOIYAI!!!!

Antara 2 mana jadi pilihan..????


isa samad calon BN bekas seorang Perasuah

atau


  • NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR
  • PROFESION: AHLI PERNIAGAAN
  • UMUR: 45 TAHUN
  • TARIKH LAHIR: 14/5/1964
  • KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
  • NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI
  • ANAK:6 ORANG
    • AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN
    • FARAH WAHIDAH 18 TAHUN
    • MOHAMAD FADLI 14 TAHUN
    • MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN
    • FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN
    • MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN
  • JAWATAN DALAM PAS:

    • PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)
    • TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)
    • SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)
    • EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005)
    • PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005)
    • TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004)
    • KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001)
    • BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)


  • LAIN-LAIN JAWATAN:

    • PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA
    • TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN
    • PENGALAMAN KERJA:
    • PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.
    • PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.
    • PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.
    • EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.
    • PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.
    • PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

  • sya harap semua pengundi di Bagan Pinang tahu memilih mana Intan mana kaca...lakukan perubahan.

  • Dari Rakyat Kepada Rakyat!!Kuasa Di Tangan Anda..Jika perubahan yang anda inginkan maka hanya anda yang mampu mengubahnya...

SAH..Isa Samad calon BN di Bagan Pinang..!!


Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan Ditangguh Lagi..!!!!

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) menangguhkan keputusan permohonan semakan kehakiman bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak atas keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengosongkan dan mengadakan pilihan raya kecil tiga DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang ke 22 Oktober. - Utusan

Calon Pakatan Rakyat Diumum Malam Ini...!!!


Dewan Harian PAS pusat akan bermesyuarat petang ini untuk memuktamad pemilihan calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober depan.'

Nama calon tersebut akan diumumkan malam ini bertempat di markas PAS Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Had Awang.

Calon BN pula akan diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini di Markas Gerakan BN di Batu 6, Bagan Pinang.

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Mesyuarat petang ini akan memuktamadkan pemilihan untuk diumumkan malam ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Keputusan Status 3 Katak Esok..!!!


Esok bertempat di Mahkamah Tinggi Ipoh akan diputuskan keputusan dari kes yang difailkan oleh YB Sivakumar mengenai status 3 orang adun yang meninggalkan PR.mereka ialah Jamaluddin,Osman dan Hee Yit Foong.

Semua persoalan akan terjawab pada esok hari...sama-sama kita nantikan apa yang akan berlaku esok..!!

Kerajaan nak kurangkan MAUT..???


MARANG 28 Sept. — Kementerian Dalam Negeri akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan agensi yang berkaitan bagi mencari jalan terbaik untuk mengatasi kemalangan serta tragedi yang semakin meningkat setiap kali musim perayaan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan mendapatkan maklum balas daripada agensi terbabit bagi mengkaji punca sebenar kemalangan terus meningkat walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dan kempen telah dilakukan.

“Sedih, kecewa dan kadangkala hilang akal tak tahu apa lagi nak buat untuk menangani gejala ini.

“Amat menyedihkan tiap-tiap tahun tragedi berulang... saya berharap pihak berkenaan dapat melihatnya sekali lagi dalam post mortem dan yang paling penting lihat lokasi di mana kemalangan itu berlaku dan beri tumpuan kepada kawasan itu,” katanya. - Bernama


Sya :

Dimana silapnya OPSS SIKAP 20 kali ini.sehingga hari terakhir hari ini statistik kemalangan maut meningkat dari 208 ( 2008 ) kepada 261 ( 2009 ) itu antara beberapa cakap-cakap yang keluar dari beberapa individu yang merangka dan cuba melaksanakan kempen ini.

Bagi sya usaha itu memang baik untuk mengingatkan manusia supaya berhati-hati akan tetapi jangan la kita cuba melebihi TAKDIR ALLAH swt pula.Setiap perkataan yang keluar menyalahkan dan kekesalan dalam usaha mengurangkannya kadar kemalangan dilihat seolah-olah kita menolak takdir Allah swt kepada kita.Memperbandingkan sesuatu yang bukan kerja kita sedikitpun nak masuk campur melainkan ia semuanya ketentuan TUHAN...!!Mungkin kita semua telah berusaha bagi menolak segala kemungkinan apalagi apabila ia melibatkan kematian akan tetapi bila berbicara soal TAKDIR tiada siapa yang mampu untuk menentukannya.

Takdir merupakan sesuatu yang telah ditetapkan allah swt kepada setiap hambanya ketika di LUH Mahfuz lagi.Takdir bagi apa yang sya tahu ia tidak dapat dielakkan namun dengan berkat doa kita ia mungkin akan meringankan takdir yang telah ditetapkan kepada kita.Namun untuk menolakannya ia bukan kuasa kita.Siapa yang nak mati dan siapa yang tahu bahawa kita akan MATI hari INI..???Melainkan hanya Allah swt sahaja.

Firman Allah swt dari ayatnya iaitu :

145. Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.( Ali-Imran )

8. Al Waaqi’ah:

060. Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-kali, tidak dapat dikalahkan,

Ayat diatas jelas menunjukkan bahawa kita semua terletak dalam takdir Allah swt,oleh itu perbuatlah apa sahaja akan tetapi bila kita berbicara soal MATI ia bukan kerja kita.yang penting dan lebih baik ialah kita ingatkan manusia mengenai kematian dan usaha untuk kembali kepada Allah swt dengan Iman dan Takwa.

hapuskn Peraturan Borang 2 dalam Undi POS..kenyataan bersama Bloggers !!

1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah dikemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.

2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut :

* ''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara, maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut :

3. Adalah amat malang bagi Malaysia, walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil. Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti tidak telus dan rahsia, wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos, undi pos tidak relevan, kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang. Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut. Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.

Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :


MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2


Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut :

1. TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat. Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin.

2. PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara, sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa. Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2, satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami. Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini, boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut, Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.


Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain, menjadi lebih baik dari yang baik. Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.



Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan disiarkan Berita Harian 7 Sept berkata peraturan Borang 2 tidak akan dimansuhkan. Alasan Pengerusi SPR ialah kerana peraturan tersebut adalah undang-undang. Memang benar, peraturan tersebut adalah undang-undang. Persoalannya apakah peraturan tersebut sememangnya rigid dan tidak boleh diubah lagi atau dimansuhkan? Penulis agak hairan kenapa dan mengapa SPR begitu bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan 2? Penulis mempunyai sebab dan pandangan tersendiri kenapa peraturan Borang 2 perlu dimansuhkan.

Inilah borang yang jadi igauan kepada setiap pengundi Pos yang berlainan ideologi.



Sehubungan itu, penulis sekali lagi menegaskan Borang 2 harus dimansuhkan dalam sistem pengudian Pos. Penulis bukan meminta undi Pos dihapuskan. Penulis hanya menyarankan agar SPR mansuhkan Borang 2 dalam sistem undi Pos. Hasrat ini hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik. SPR perlu melakukan perubahan ini, disamping dapat meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Cadangan kenyataan bersama mengenai undi Pos

Nota : Kepada penulis2 blog yang BERSETUJU SILA TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA di bahagian komen untuk disenaraikan sebagai salah seorang penyata bersama. Blogger yang bersetuju disarankan agar copy-paste kenyataan bersama ini di blog masing2. Ditakdirkan kenyataan ini mendapat sokongan 50 orang penulis blog.InsyaAllah. kenyataan bersama ini akan dipanjangkan kepada peringkat media dan SPR. Selain itu, penulis blog juga disarankan agar memberi cadangan berkaitan dengan isi kenyataan bersama yang perlu dibuang dan perlu ditambah bagi tujuan penambaikan, sebelum dipanjangkan kepada pihak tertertentu.

Sekian wasalam.

Sumber : Sini dan Sini

Rumah Terbuka Dato Seri Nizar di Bukit Gantang

Semalam bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen B.Gantang di Dun Kuala Sepetang telah diadakan satu Majlis Rumah Terbuka sempena dengan kedatangan Syawal yag mulia ini.Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan kehadiran tetamu dikalangan Rakyat turut menambah meriah Majlis ini.Dato Seri Nizar yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gantang tiba bersama-sama dengan Isteri Beliau iaitu Datin Seri Fatimah Taat kira -kira jam 9.20 pagi dan sememangnya kehadiran mereka itu dinantikan oleh seluruh tetamu yang hadir.Turut hadir sama ialah beberapa Pimpinan PR ynag lain antaranya ialah Yb Zainuddin,Yb Hussin Din,Yb Nga Ko Meng,Yb Tai,En Ismail yusof dan beberapa lagi lain.Pengerusi Gerakan Pokok Assam taiping iaitu Mr Teoh turut hadir bersama isteri di majlis ini.

Rumah terbuka kali ini menghidangkan juadah makanan yang banyak dan menyelerakan bagi menjamu selera Rakyat di Bukit Gantang.Dari cendol sehingga Nasi Tomato semuanya mendapat sambutan dari yang hadir dan apa yang menambah baik Majlis semalam ialah kehadiran tetamu dari pelbagai bangsa dan latar belakang yang menunjukan kesepaduan yang baik.Layanan tiada istilah VIP dan kegembiraan Rakyat dapat mendampingi Pemimpin kesukaan mereka dilihatkan sebagai satu lagi usaha dalam menyemarakkan istilah PEMIMPIN RAKYAT yang mana tiada jurang antara RAKYAT dan Pemimpin mereka.Sesi bergambar bersama pimpinan yang hadir juga meniggalkan satu IMPAK yang besar kepada Rakyat yang hadir dan usaha ini seharusnya diteruskan.

Menghiasi Majlis lagi ialah penyampaian duit Raya oleh Datin Seri Fatimah Taat yang disumbangka Oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin sendiri untuk diberikan kepada 300 kanak-kanak yang hadir pada majlis semalam.Dianggarkan melebihi 10,000 orang tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Sepanjang Majlis berlangsung Dato Seri dan Datin Seri meluangkan masa mereka bersama-sama dengan Rakyat dan mendengar keluhan juga berkongsi cerita bersama mereka.Dato Seri yang tidak melepaskan peluang untuk melayan Rakyat dengan menghidangkan Cendol Special dan Kuewtiaw goreng yang mana ia dihidangkan oleh Beliau sendiri.

Kira-Kira jam 1 petang Dato Seri dan Isteri berangkat pulang bagi menghadiri 2 Majlis yang lain.Majlis seterusnya ialah di Simpang iaitu Majlis Perkahwinan Imam dikawasan tersebut.Dato Seri dan Datin seri sempat juga singgah di sebuah rumah seorang penduduk cina berhampiran yang baru kematian ibunya beberapa hari yang lalu.Beliau meluangkan sedikit masa bersama keluarga itu bagi bertanya khabar.Selepas itu kami bertolak pula ke Gunung Semanggol untuk ke Majlis rumah Terbuka dan Perkahwinan anak kepada Yb Ramli Tusin Adun Gunung Semanggol.Selesai menjamu selera Dato dan Datin Seri berangkat pulang ke Ipoh.

Jemputan Ahli Parlimen B.Gantang untuk Rakyat


MENU
Sate Ayam Bukit Gantang

Koay Teow Goreng Kuala Trong

Bihun Sup Simpang

Laksa Kuala Sepetang Lemang & Rendang Changkat Ibol
Nasi Tomato YB & Daging Masak Hitam/Ayam Masak Merah

Cendol Jelapang

Sirap Pandan Changkat Jering
Teh Tarik Sg Mati

Seluruh Rakyat di Jemput Hadir,Meramaikan Majlis ini..!!

Politik SEMPIT dalam pemikiran AHLI POLITIK.!!!!


Inilah yang dikatakan fenomena ahli POLITIK yang suka main POLITIK sehinggakan bila sudah memegang kuasa dan pangkat semua dilupakan.tak abis-abis isu ketidaksefahaman antara pemimpin PR yang ada.Ada sahajalah bunyi-bunyi yang sumbang yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti Pemimpin -Pemimpin PR yang lain.Penyakit yang dulunya ada pada pihak MUSUH kini dah dilihat menular ke dalam DIRI beberapa individu dalam kepimpinan PR.Semua mula nak tunjuk KEISTIMEWAAN untuk menjadi HERO dan bukan HERO yang tolong RAKYAT tapi HERO yang sibuk nak melobi diri sendiri utuk pegang KUASA.

Aku bukan nak mengata atau nak tibai sesiapa tapi aku nak semua Pemimpin PR yang ada buka mata dan sedar la sikit tentang apa yang hangpa dapat la ni.Korang ingat siapa yang bagi korang kuasa sampai dapat duk selesa lagu ni.Korang kena ingat dari ILMU ALLAH swt yang diberikan pada akal manusia untuk mengundi tu la maka adanya kepimpinan dan orang yang nak di pimpin.Orang yang bagi hangpa kuasa la ni ialah RAKYAT..!!!!

Apsal yang korang ni BUTA HATI sangat ek.Tak reti nak tengok mana yang baik dan tak baik.Kalau dulu sebelum dapat kita duk kata kat orang bagi peluang,tapi la ni bila dah dapat semua harapan RAKYAT korang buang dalam BAKUL SAMPAH yang korang perjuangkan ialah DARJAT dan juga KUASA..!!!!Korang jadi BISU,PEKAK dan BUTA dalam menggalas AMANAH sebenar yang RAKYAT nak korang buat..!!Woi aku nak bagi hangpa ingat yer korang rasa kalau takde RAKYAT korang ni ada apa ek,apa pun takde jangan berangan la...

Dulu hangpa duk kata kat UMNO duk tipu dan mainkan perasaan RAKYAT tapi la ni akibat dari segelintir yang GILA kUASA dan TAMAK HALOBA habis semua terpalit dengan TAIK yang dibawa sehinggakan asas perjuangan sebenarnya pun hilang tah kemana...!!!Korang jadi kan RAKYAT ni macam BATU LONCATAN bagi mencapai sesuatu akibatnya RAKYAT juga yang merana..Hati dan Perasaan RAKYAT hangpa mainkan,sehinggakan RAKYAT duk susah juga..

Aku rasa dah sampai masanya PEMIMPIN dalam PR mengenali apa maksud PAKATAN RAKYAT,rujuk la sesuatu benda tu dulu sebelum semua pakat melatah nak tunjuk HERO..!!Bukan RAKYAT yang perlu ditarbiyahkan sekarang tapi Pemimpin yang ada yang perlu diingatkan kembali asas dan perjuangan sebenar mereka.INGAT..!!!!Rakyat memandang gerak diatas,KUASA sebenar yang akan menentukan hala tuju parti politik dalam negara ni datang dari ALLAH swt kepada RAKYAT dan RAKYAT TUAN dalam ISU ni so jangan nanti RAKYAT menyampah ,apa pun korang TAK dapat..Ada FAHAM!!!!

Aku tak kata semua pemimpin PR perosak tapi yang dah nampak gaya macam nak jadi PARASIT tu baik di buang atau diubatkan sebelum jadi PARAH..!!Bukan nak melemahkan,tapi nak mengingatkan..ADOIYAI!!!!

Bonus Raya Tak DAPAT lagi..Apa Cerita ni..?????

DULU...

IPOH – Seramai 1,975 siak serta bilal di seluruh negeri Perak bakal menerima bonus khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kesemua siak dan bilal bakal menerima RM500 setiap seorang sebagai sagu hati daripada pihak Kerajaan Negeri.

Menurutnya, bonus berkenaan adalah sebagai penghargaan terhadap pengorbanan mereka selama ini.

HARI INI.....

Hari ni dalm buletin 3suku tadi ada dikeluarkan isu bayaran tertunggak alaun ataupun bONUS khas aidilfitri kepada BILAL dan SIAK di Negeri Perak,akan tetapi lain pula ceritanya hari ni apabila mereka menafikan ada menerima bayaran tersebut.Kata kerajaan ia telah dikeluarkan ppada 9 september 2009 namun kenapa pihak yang sepatutnya dapat tapi tak dapat,si Zambry pulak ketika dihubungi mengatakan bahawa dia tak tahu dan dimana silapnya...Emm ini la maknanya RAKYAT di DAHULUKAN sampai apa yang sepatutnya RAKYAT dapat pun dia tak tahu dah dapat ke BELUM..Kalau yang nak masuk poket sendiri mesti dia akan UTAMAKAN..Itulah nasib Rakyat.....

PRK lagi di N9..?????


Belum pun pilihanraya kecil Bagan Pinang bermula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi baru menerima satu lagi Surat Perletakan Jawatan dari Adun Johol, Barisan Nasional.

Punca pengutusan surat tersebut kerana ADUNnya sedang bersabung nyawa; akibat penyakit kanser tulang tahapan ketiga/genting.

Ini menandakan Negeri Sembilan bakal menempuhi satu lagi pilihanraya kecil; selepas selesainya pilihanraya kecil Bagan Pinang kelak.

Pun begitu, MKT PKR Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata, SPR sedaya upaya cuba menyelamatkan BN dengan menolak surat perletakan jawatan itu.

Sumber adukateruna

Sya : Nampaknya SPR akan cuba mempertahankan kerusi ini untuk tidak di istiharkan kosong bagi menyelamatkan maruah Parti komponennya iaitu UMNO dan BN.Sudah pasti kerelaan Adun ini yang nak meletakkan jawatan akan terus dipaksa untuk tidak meneruskan impian itu kerana bagi UBN kini setiap kali Gendang PRK berbunyi mereka akan memekirkan kekalahan yang bakal tiba..So sama-sama kita nantikan sama ada ia akan kosong atau TIDAK..!!!

Jemputan kem Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Bukit Gantang..

Sumbangan Daging sempena Hari Lebaran di Bukit Gantang

Hari ini giliran Rakyat di Parlimen Bukit Gantang pula menerima bantuan daging sempena hari lebaran yang akan menjelang esok hari.Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin menyumbangkan 3 ekor lembu sebagai agihan bantuan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar Dun di dalam Parlimen Beliau.Lokasi pertama ialah di Batu Hampar Dun Terong yang mana disana dua ekor lembu telah disembelih sendiri oleh Dato Seri Nizar.Selepas itu Beliau ke Markaz Pas Batu 6 bagi program agihan sumbangan barangan keperluan kepada beberapa penduduk yang kurang berkemampuan.Turut hadir sama ialah Ust Idris Ahmad dan YDP Bukit Gantang.Dato Seri juga sempat menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada penduduk yang hadir pada majlis tersebut.

Kami meneruskan perjalanan ke Dun Kuala Sepetang yang mana disana seekor lagi lembu telah disumbangkan oleh Dato Seri Nizar yang juga telah disembelih oleh Beliau.Selepas itu kami kelokasi terakhir di Kg Jelapang Simpang yang mana seekor lagi lembu turut di kurbankan disana.Kesemua daging-daging berkenaan akan diberikan kepada Rakyat yang memerlukan.Terima kasih juga kami ucapkan kepada Team Pusat Khidmat B.Gantang yang membantu proses perjalanan kami hari ini.

Bukan nak memuji dan mengata akan tetapi ini realitinya.Antara intan dan permata Rakyat tahu pemimpin mana yang menjadi pilihan mereka.Sikap pemimpin yang mendahulukan Rakyat dan sanggup bersama dengan rakyat dalam apa jua keadaan menambah baik hubungan antara Rakyat dan Pemimpin mereka.

Pastinya ada jua yang akan berkata BILA PULA PEMIMPIN UMNO nak buat seperti ini,pastinya ia dinantikan oleh Rakyat dalam mentafsirkan slogan mereka Rakyat DiDAHULUKAN..!!!

SELAMAT HARI RAYA SEMUA,MAAF ZAHIR DAN BATIN



Perutusan 1 Syawwal dari TGNA...

Assalamu'alaikum wa Rahmatullah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya. Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain. Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai. Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun. Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid. Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai. Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka.

p/s mAklonG, sempena hari lebaran ini marilah kita sama-sama hayati maksud Ayat 18 hingga 19 ini dalam Surah Al Hashyr yang bermaksud, A'uzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." ShodaqALLAHul'Azim.

WAllahua'alam ....

Salam Syawal buat semua..!!!



Sya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pengunjung yang mengunjungi Blog ini.Jika ada sebarang kesilapan dan terkasar bahasa Sya menyusun jari sepuluh mohon kemaafan...Semoga Ramadhan yang berlalu meninggalkan sedikit bekalan ilmu dan Rahmat Ilahi dan Syawal yang tiba membawa Seribu Keinsafan dan Keimanan...

Kepada semua yang telah dan akan memulakan perjalanan ke Kampung masing-masing Sya juga mahu ucapkan Selamat memandu , Biar Lambat Asal Selamat..!!!

Allahu Hu Akhbar,Allah Hu Akhbar,Allah Hu Akhbar
Walillahil Hamd...!!

Wassalammualikum.....

Sumbangan dari Dato Seri Nizar di Dun Pasir Panjang

Dato Seri Nizar Jamaluddin telah turun ke Dunnya pagi ini bagi menyempurnakan bantuan sempena hari Raya Aidilfitri tahun ini.Ia merupakan sumbangan dari Dato Seri sendiri yang mana 2 ekor Lembu telah diberikan dan daging-daging korban ini akan diberikan kepada Rakyat dan penduduk sekitar yang kurang berkemampuan.Apa yang menambah serinya ialah apabila Dato Seri sendiri yang menyembelih lembu-lembu berkenaan.Sumbangan yang besar ini akan dihargai oleh rakyat apabila ada pemimpin yang hadir menyampaikan bantuan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan ia pasti akan menambah gembira bagi mereka dalam menyambut lebaran yang bakal tiba.Pelbagai aksi dan ragam sempat dirakamlan oleh lensa sya yang mana satu sikap kepimpinan dan mesra rakyat yang baik ditunjukan oleh Dato Seri sendiri apabila Beliau bersama-sama dengan beberapa orang yang hadir sempat membantu menolak lori yang menghantar lembu-lembu berkenaan yang tersangkut dalam lumpur.

Selepas itu Dato Seri menziarahi 3 keluarga insan yang kurang berkemampuan dan upaya bagi menyampaikan sendiri daging qurban yang mana ketiga-tiga keluarga ini hidup serba kekurangan.Beliau juga telah meluangkan masa mendengar rintihan dan permasaalahan rakyat.

Perutusan 1 Syawal 1430 Hijrah Oleh YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin


ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR
WALILLAHIL HAMD.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillahi wasyukurillah, wasalatu wassalam 'ala Rasulillah SAW.

Segala kepujian kepada Allah SWT. Dihari raya aidil fitri ini kita kembali kepada fitrah asal-usul kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bagi memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan ini Allah SWT mewajibkan kita bersiyam(puasa) bagi memperolehi KPI sebagaimana yang telah dicapai oleh umat terdahulu (Rasul, Nabi, Aulia', Mujahidin dll) . Kesemua umat terdahulu berpuasa dan kesemua mereka menatijahkan perubahan rohani jasmani, sosio-budaya politik, perubahan minda serta peradaban. Kesimpulanya perubahan dari perhambaan kepada manusia kepada pengabbdian sepenuhnya kepada kehendak Allah SWT.

Terdahulu dari bulan Ramadzan, kita melalui Rejab yang dianugerahkan fardhu solat. Sembahyang sebagai tiang agama Islam mesti di laksanakan mengikut kaedah yang didirikan oleh nabi Mohammad SAW. Namun kepelikan berlaku dikalangan kita kaum muslimin masyarakat Malaysia, yang mana rukun puasa ini disambut, pelihara dan dilaksanakan bersungguh-sungguh sehinggalah menyambut raya aidil fitri. Segala amalan ramadzan seperti solat sunat tarawah dibuat bersungguh-sungguh. Ini bagus! Jika semangat dan sikap begini diaplikasi dalam melaksanakan tuntutan sembahyang , alangkah baiknya! Namun kaum kita sanggup mengabaikan sembahyang dalam memenuhi tuntutan puasa.


Sepatutnya dengan satu ayat sahaja (al-Baqarah: 183) perintah kita berpuasa, kita puasa sungguh-sungguh, tetapi dengan puluhan ayat yang memerintah kita solat dipandang sepi dan tidak ambil berat. Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahor, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu.

Walhal apabila Allah merujuk kepada (sebagaimana difardhukan orang-orang terdahulu dari kamu), bermakna mereka yang berpuasa terdahulu dari kita juga telah berubah. Bahkan kesemua insiden besar yang Allah muatkan didalam bulan Ramadzan (lailatul qadar, tambat syaitan, buka seluasnya pintu syurga, tutup serapatnya pintu neraka, tarawih, nuzul al-Quran, Badar al-kubra, fathul Mekah dll) semua mengajak kita berubah dan bertukar supaya lebih rapat dengan Islam. Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri (yang turun dan diungkap oleh nabi Mohammad pertama kalinya dalam peperangan Badar setelah melihat mayat Abu jahal) mengajak kita buat perubahan besar-besaran. Malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan dikalangan masyarakat melayu sehingga hilang ruh dan semangat takbir itu sendiri. Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya.


Sebagai ibadat tertua, puasa juga menuntut kita memperolehi ketaqwaan sebagai teket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak. Tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

Sempena 1 syawwaal ini saya mengajak warga Perak untuk melakukan perubahan besaran dalam pilihanraya negeri yang akan terpaksa dilakukan dalam masa terdekat ini. Kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis. Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zolim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan SPR, SPRM, PDRM, Kehakiman dll. Tolak mana-mana yang berjuang diatas prinsip perkauman dan assobiyah kerana dia (perjuangan berteraskan perkauman) tiada tempat dalam Islam. Nabi Mohammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalanganya mereka yang hidup-matinya, perjuanganya kerana bangsanya atau kaumnya.


Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Selamat hari raya maaf zohir batin. Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari.
Bertemu di Bagan Pinang!

Hidup, hidup , hidup Rakyat.!
Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah hil hamd.

PR HARUS BUKTIKAN pada RAKYAT!!!


Sudah sampai masanya Pimpinan PR menilai semula konsep dan penelitian tentang janji-janji yang telah di berikan oleh mereka kepada RAKYAT.Ini kerana UMNO dan BN sindiri telah ditolak oleh rakyat keseluruhannya,sepertimana kata pemimpin UMNO ini ( baca disini ).Apa yang dinyatakan oleh pemimpin ini ada kebenarannya.Sewajarnya kita tidak lagi berkelakuan sebagai pembangkang di negeri yang kita perintah dengan hanya memeperbanyakkan soal menyalahkan UMNO dan BN.Sememangnya ia adalah perkara yang benar apabila kita mengatakan akan keburukkan UMNO dan BN akan tetapi kini RAKYAT telah semakin bijak dan matang dalam melihat dan mentafsir mengenai polimik POLITIK di Negara ini.

Rakyat sekarang telah memberikan sedikit ruang dan kuasa kepada PR di beberapa buah Negeri dengan harapan bukan mahu melihat PR sebagai pemerintah akan tetapi meletakkan satu harapan untuk melihat PERUBAHAN dalam konsep dan cara hidup RAKYAT di Negara ini.Mereka mahukan sesuatu yang lain yang mana mereka mengharapkan ia akan lebih BAIK dari yang LAMA,maka oleh itu RAKYAT pada Pilihanraya yang lalu memberikan ruang buat PR membuktikan apa yang mereka janjikan dan menantikan sesuatu yang dijanjikan untuk dirasai.

Kita seharusnya tahu dan mengerti bahawa bukan semua pengundi yang mengundi PR ialah dikalangan ahlinya akan tetapi ia merangkumi beberapa kelompok RAKYAT yang mahukan PERUBAHAN.Jika dulu kita MINTA diberi sedikit RUANG bagi membuktikannya,sekarang RUANG itu telah diberikan dan RAKYAT mahukan HASIL untuk mereka bukan sesuatu yang SEMPURNA namun cukup bagi mereka menyatakan bahawa `TAK RUGI AKU MEMILIH MEREKA'.Kuasa UNDI RAKYAT bukan hanya untuk sehari dua namun ia diperlukan setiap masa.Oleh itu kita harus menjaga dan memperbaikan AMANAH yang telah diberikan.

RAKYAT adalah JURI dan PEMERINTAH adalah PESERTANYA,maka oleh itu TAFSIR dan FAHAMI akan apa yang RAKYAT mahukan.Buat sesuatu yang lebih BAIK dari yang LAMA.Ceritakan kepada RAKYAT tentang PERUBAHAN yang telah kita LAKUKAN dan KEBAIKAN untuk mereka,agar mereka mengerti dan FAHAMI bahawa kita sebenarnya PEJUANG PERUBAHAN buat RAKYAT..!!!!

Bloggers Bersatu dalam N31

Oleh : albanjari
Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terangganu.

Melihat akan peri hebatnya tempur yang akan digalas kelak, mungkin pertempuran itu akan berakhir dengan peperangan 3 atau 4 penjuru, blogger sekali lagi diuji. Bukan hanya calon sahaja beb, kata orang lagi, ini kubu Umno, kubu tradisi, kubu yang sering punya nasib 'ong-ong' ! Lebih-lebih lagi di situ tersergam 5 kem tentera yang kukuh berdiri. Apapun, Lawan Tetap Lawan ! Biarpun harus mengalas keringat yang lencun membasah ketika bertempur. Itulah adatnya bila anak jantan berlawan, namun jangan terlalu mudah meletakkan harapan, biarpun Umno umpama 'kerusi roda', yang cacat lagi lumpuh kakinya, tetapi tidak mustahil jika mereka menang cemerlang seterusnya meninggalkan calon Pakatan Rakyat yang sihat serta gagah di marathon yang 'senget' di hujung garisan penamat.

Maka melihat dari hebatnya medan tempur ini, melalui beberapa siri perbincangan dan rundingan gelap di ruang siber, BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan sepenuhnya, 100 % di Bagan Pinang. Kombinasi dari 4 kumpulan blogger besar ini, disatukan dibawah 1 nama. Maka dengan itu, kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak yang diketuai oleh MSK, barisan bloggers dari group Bloggers Barisan Rakyat yang dipimpin oleh Bro Zorro UnMasked, dan kumpulan Bloggers PAS Perak, yang diketuai sendiri oleh wak, albanjari, seterusnya anggota bersekutu di dalam BloggersNetwork@Malaysia sendiri akan bergabung dan digabungkan untuk turun bersama membantu calon Pakatan Rakyat meraih kemenangan seterusnya memberi 'ajar' buat Umno-BN kelak.

Begitu juga dari siri-siri perbincangan khusus, semua blogger-blogger tersebut akan dihimpunkan dibawah nama BloggersNetwork@Malaysia. Jika dilihat dari keaktifan kumpulan besar ini, Pakatan Rakyat mempunyai lebih dari 200 blogger aktif. Terima kasih wajar diberikan kepada semua pimpinan parti PR dan juga kepada Tuan Pesuruhjaya PAS Neg, Negeri Sembilan yang telah mengiktiraf tugas-tugas blogger sekarang. Begitu juga kepada Dr. Zulkefli Ahmad, YB Ravi dan banyak lagi nama-nama yang tidak dapat dituliskan di ruang yg serba terhad ini, TERIMA KASIH.

Bagi melicinkan gerak kerja bloggers di medan 'perang' ini, maka wak menyeru agar dapat disegerakan tindakan-tindakan dibawah diambil oleh bloggers Pakatan Rakyat untuk menghantar details dibawah ke kotak email albanjari, selewat-lewatnya sebelum atau pada 30hb. September 2009 bagi memudahkan pihak Seketariat BloggersNetwork@Malaysia :
1) Mengaturkan tempat-tempat penginapan khusus untuk bloggers di N31. (sejumlah bilik apartment telah pun di tempah dan telah disediakan -besar jumlahnya di Port Dickson ).

2) Menyediakan pas-pas Khas Media yang 'rasmi' bagi kemudahan blogger membuat liputan/berurusan dengan Pusat Gerakan Utama/Markas Induk.

3) Menyediakan 'full access' ke Pusat Media Bloggers yang dikawal 24 jam - Pusat ini dilengkapi dengan fasalitas dan kemudahan akses internet tahap 4 MB bagi mengelakkan 'kesesakan'.

4) Untuk pengkalan data bloggers - keselamatan.

5) Mengatur-selia kumpulan2 bloggers berdasarkan kepakaran masing-masing.
..dan banyak lagi yang tidak dapat dituliskan disini. Walaubagaimanapun satu sesi PC oleh BloggersNetwork@Malaysia akan diadakan pada hari penamaan calon, 3 Oktober kelak. Maka dari itu kepada bloggers sila emailkan details yang dikehendaki oleh pihak Seketariat dalam kadar yang SEGERA !!

a) Nama penuh atau Nama Glamer ( contoh : Aduka Taruna )
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Nama blog berserta URL

Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129

(*) Bloggers Muslimah/Wanita juga turut disediakan bilik yang berasingan di blok apartment yang telah di tempah. Jangan bimbang, semua apartment yang di tempah mempunyai kemudahan sekuriti 24 jam.

Jika dilihat dari pola pengundi muda dibawah umur 49 tahun, terdapat hampir 10 ribu pengundi di N31, 78% adalah pengundi dibawah umur 39 tahun. Ada sebab figur ini wak tuliskan di sini. Dan wak akan ulas berkaitan itu pada posting yang berikutnya.

(**) Wak akan mula berada di Bagan Pinang pada 29hb. September - 12hb. Oktober 2009, InsyaAllah..!! Jumpa wak di sana. Mohon kepada semua blog Pakatan Rakyat dapat memberi pautan kepada artikel ini diblog masing-masing dan menggunakan logo yang disediakan.

4 Tahanan ISA di BEBASKAN...!!!

Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.

Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka menunjukkan pemulihan yang positif dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Mat Sah Mohd Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) itu dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002.

Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah.

Ketiga-tiganya ditahan di kem Kamunting mulai 30 Mei 2007.

Dalam sidang medianya, menurut Bernama, Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

Cerita Benar...!!!

Paparan yang akan korang tengok nanti ialah mengenai pendedahan satu salahguna wang rakyat dan juga sikap pemimpin UMNO ni yang meletakkan satu standard yang amat hina kepada semua anggota TLDM yang tinggal di kuaters TLDM di Lumut.Kisahnya bermula disini....

Kuih Raya yang berlebelkan nama Zambry


Bungkusan ini telah ditinggalkan begitu sahaja dihadapan rumah setiap penghuni blok

Ada diantara bungkusan ini telah terbuka

Gambar diatas merupakan barangan yang diberikan oleh zambry kepada semua pegawai-pegawai dan penghuni Blok C Kuaters TLDM Lumut.Apa yang menambah marah beberapa dari mereka ialah sikap pemberi sumbangan ini yang seolah-olah satu menampakan ia sebagai satu penghinaan moral kepada anggota TLDM kerana di buat dan dilayan seperti mereka ini kurang mampu dan mengharapkan bantuan dari UBN.Cara bagaimana barangan ini yang hanya ditinggalkan dikaki hadapan pintu Kuaters itu juga dianggap sebagai satu tindakan yang memalukan dan kurang sopan.

IA juga boleh dinyatakan dan dianggap sebagai RASUAH POLITIK yang cuba di berikan oleh pihak UBN kepada mereka memandangkan Pilihanraya yang lepas Zambry yang bertanding untuk kerusi Dun Pangkor menang dengan undi POS dari anggota TLDM yang ada dan juga berkemungkinan untuk cuba MEMBELI undi bagi menghadapi pilihanraya Negeri yang akan tiba pada bila-bila masa sahaja.Barangan yang ditinggalkan juga disifatkan sebagai tiada keikhlasan kerana ada darinya telah terbuka dari bungkusan terlebih dahulu.

Dibawah ini sya nyatakan jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan bagi agenda ini..:

Anggaran kos setiap rumah dianggarkan sebanyak RM 70.00

Anggaran keseluruhan mengikut jumlah Blok adalah seperti berikut :
Blok A : RM 70.00 x 100 pintu x 39 Blok = RM 273,000.00
Blok B & C : RM 70.00 x 6 pintu x 35 Blok = RM 14,700.00
Banglo Pegawai Kanan TLDM : RM 70.00 x 30 Blok = RM 2,100.00
Kos Keseluruhan dianggarkan sebanyak RM 289,800.00


Tarikh pengagihan ini ialah pada 5 & 6 September 2009 sekitar jam 2200 hingga 0100 pagi.Disini juga timbul satu persoalan mengapa ia diberikan pada waktu ketika semua penghuni Blok ini sedang tidur dan mengapa waktu malam menjadi pilihan dan juga SIAPA yang ditugaskan untuk menghantarnya...????

Sepatutnya pengagihan ini tidak perlu diberikan kepada anggota TLDM memandangkan mereka mempunya gaji dan pendapatan yang tetap.Seharusnya ia diberikan kepada Rakyat yang lebih memerlukan yang mana lebih ramai lagi RAKYAT yang perlu DIDAHULUKAN oleh UBN...!!Ada hanya segelintir sahaja penduduk dikawasan Kg berhampiran yang menerima Bantuan dan yang lain hanya diabaikan.

Jika benar Zambry nak bagi sumbangan pada agensi kerajaan yang ada kenapa hanya TLDM sahaja..???Adakah kerana nak MENGUTAMAKAN undinya disana maka RAKYAT yang perlu DIDAHULUKAN kini DIABAIKAN..!!!

Keseluruhan kos yang digunakan duit siapa agak-agaknya..???

Islam yang makin diremehkan...!!!

Para ulama telah menerangkan tentang agama dalam maksud yang menyeluruh yang merangkumi perkara yang berkait dalam kehidupan manusia dan negara, sehingga zaman
muta akhir ini ulama telah membahagikan agama mengikut jurusan yang tertentu

Agama yang berkait dengan akidah di namakan ilmu Tauhid atau ilmu Usuluddin atau ilmu Aka'idul Iman, perkara yang berkait dengan hukum hakam di namakan Ilmu Fekah dan perkara yang berkait dengan kerohanian di namakan Tasawwuf atau ilmu Akhlak

Ulama zaman muta akhir ini membahagikan ilmu islam dan perkara fekah dalam perkara yang berkait dengan pemerintah sama ada yang berhubung dengan ekonomi, undang-undang, pentadbiran dan politik di namakan siasah syari'iyyah yang bersumber daripada kitab dan sunnah Rasullullah s.a.w

Di zaman muta akhir ini juga islam telah menjadi perhatian umum setelah ideologi-ideologi yang lain gagal menyelesaikan banyak perkara, oleh kerana itu golongan yang menentang islam terpaksa bercakap tentang islam mengikut hati perut mereka kepada golongan rakyat yang buta agama akan tetapi tidak kepada golongan yang faham agama

Ibnu Qayyim berkata "Tiada siasah melainkan menepati hukum syarak, ertinya tidak boleh menyanggah hukum syarak yang bersumber daripada Al Quran dan sunah Rasullullah s.a.w selain dua sumber ini ia tidak boleh di katakan syarak sekalipun ia telah di istiharkan sebagai hukum syarak

Umat islam di akhir zaman sering di kelirukan oleh golongan Jahula yang sering membawa fitnah dalam perkara agama dan mereka juga sering menyembunyikan perkara agama demi kepentingan golongn yang hendak mengelirukan atau hendak memalsukan islam demi politk ala Yahudi mereka

Terdapat juga golongan yang menggunakan para ulama yang mengurangkan darjat hukum agama demi kepentingan kaum yang tertentu kerana ada sumber daripada pihak atasan golongan bukan islam supaya mencacatkan hukum agama islam dengan tujuan supaya kitab panduan orang islam akan di tinggalkan kerana sudah ada undang-undang islam yang baru.

Maka akan terkuburlah ilmu dalam mencari kesempurnaan al-quran dengan hukum dan cara baru ala pemerintah dan manusia akan lebih takut dengan hukum manusia dari allah swt...!!

3 Nama calon diusulkan oleh PAS untuk PRK N31


Bekas yang dipertua PAS Teluk Kemang, Dr Rosli Yaakob tidak termasuk dalam senarai pendek calon PAS yang akan bertanding di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, 11 Oktober ini.

Sebaliknya tiga nama yang dimajukan kepada kepimpinan PAS dalam mesyuarat jawatankuasa parti itu hujung minggu lalu merupakan pemimpin-pemimpin tempatan yang dapat dijangkakan dan disebut-sebut sebelumnya.

Mereka adalah pesuruhjaya PAS negeri Zulkefly Mohamad Omar, yang dipertua PAS kawasan Ramli Ismail dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri, Kassim Tahir, satu sumber parti itu memberitahu Malaysiakini.

Pemilihan calon yang sesuai akan dibuat dalam satu lagi mesyuarat yang akan diadakan tidak lama lagi, kata sumber lagi.

Pada Ahad lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata PAS telah mengenal pasti tiga calon anak tempatan untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil DUN tersebut.

Katanya ketiga-tiga orang calon tersebut adalah pemimpin yang berpengalaman dan diyakini boleh berkhidmat kepada rakyat.

Rakyat terus miskin....


Dunia makin maju,namun isi didalamnya makin terhimpit sehinggakan sedang kita gembira meniti masa bahagia dan selesa masih ada segelintir dari kita yang menangis derita.Kerana apa,kerana mereka tiada apa untuk di kongsi yang ada hanya derita dalam melayari kehidupan ini.Apakah ini yang kita mahu lihat dalam dunia ini??

Pagi tadi aku berjumpa seorang hamba allah yang mencari bantuan untuk keluarganya sempena hari raya ini,mencari sedikit ihsan manusia sempena ramadhan ini untuk menampung hidup mereka.Bukan untuk menyambut hari raya namun kerana dimasa ini jika kena dengan gayanya maka bantuan akan diberikan oleh wakil rakyat atau sesiapa sahaja yang berkemampuan yang ingin menyumbangkan sedikit sedekah.Namun adakah mereka yang lebih memerlukan ini akan mendapatkannya??

Bila dicereritakan pada aku yang dia telah naik turun mencari bantuan dan memohon pertolongan ahli parlimen kawasannya namun ia ternyata tiada kesan dan tak dipandang langsung oleh mereka.Bila diminta mereka kata akan bagi,namun hari makan bulan hingga bertahun semuanya hanya tinggal janji..

Apakah ini yang akan kita wariskan untuk generasi akan datang...????Kemiskinan dalam arus kemodenan...Korang pikir la sendiri...!!!

Salam Aidilfitri dari Ahli Parlimen Bukit Gantang..!!



Baca lanjut disini

Pilihanraya N31 Bagan Pinang !!!


Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Forum Hari Malaysia


Forum Hari Malaysia

Tarikh : 16 September 2009

Masa : 8.00 malam

Tempat : Hotel Excelsior,Ipoh

Tetamu Khas : Dato Seri Nizar Jamaluddin
Dato Ngeh Koo Ham
Yb Chan Li Kang
YB Dr Jayakumar
Yb Zuraidah Kamaruddin

Semua dijemput Hadir...!!!


zambry TAKUT berhadapan dengan RAKYAT!!!

Permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka sematamata, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Kita tidak mahu perbuatan sekelompok kecil ini menyebabkan rakyat di Perak tidak dapat hidup dengan tenteram," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas pada Selasa lepas bahawa ia akan memohon kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran itu di Stadium Perak.

Selepas sebulan membuat pertimbangan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menolak permohonan Dewan Pemuda Pas negeri untuk menggunakan Stadium Perak bagi perhimpunan mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Penolakan itu dinyatakan melalui surat ditandatangani Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim bertarikh 10 September 2008 yang turut difakskan ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam surat tersebut, Roshidi berkata, MBI membuat keputusan itu selepas meneliti dan memberi pertimbangan terhadap permohonan daripada Dewan Pemuda Pas negeri itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab penolakan itu.

Sya :

Semua ni telah dijangkakan Zambry konon je macam berani tapi sebenarnya penakut itu pasal dia tak luluskan permintaan Pemuda Pas untuk buat perhimpunan kat Stadium Perak.Apapun ada baiknya jugak ia berlaku sebab bagi Sya takde maknanya kalau kita berkumpul kat dalam Stadium tu tiada siapa yang dengar apa yang kita nak cakap kecuali orang dalam tu jugak.Dan pastilah Rasa Hati dan Permintaan Rakyat takan didengari dan semua tu hanya akan jadi pembaziran jer..Kalau betul Pemuda PR nak buat Demo untuk Bubarkan Dun Perak pi buat kat tempat terbuka,tunjuk betul-betul maksud kita kalau setakat buat kat tempat tertutup tu sama jer macam kita menjerit dalam GUA bunyi berdengung tapi setakat dalam tu je la..kat luar takde bunyi...So ayuh pemuda kalau anda benar-benar mahukannya ayuh kita turun ke jalan dan biar DUNIA saksikannya..!!!

Berani Kerana Benar,Takut Kerana Salah-PerakExpress

Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 12 Sept 2009 di Dewan Tow Boh Keong, Jalan kampar, Ipoh.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan program ‘Makan Malam Perjuangan’ pada 12 September 2009 di Dewan Tow Boh Keong, Jalan Kampar, Ipoh. YB V.Sivakumar menghadiri program tersebut sebagai wakil parti DAP. Turut hadir untuk memeriahkan jamuan makan malam ini ialah Presiden PSM Dr Nasir, YAB Dato Seri Nizar (MB Perak yang sah), YB Dr Jayakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput) dan YB Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng). Program bermula lebih kurang jam 8-00pm dan berakhir pada jam 10.30pm. Selain daripada ceramah pemimpin-pemimpin politik, acara nyanyian lagu motivasi dan drama yang bertemakan prinsip-prinsip sosialisme juga dipersembahkan oleh ahli-ahli PSM.

Dalam ucapan YB V.Sivakumar, beliau menegaskan bahawa krisis politik negeri Perak hanya boleh diselesaikan dengan satu cara sahaja iaitu dengan membubarkan Dewan Negeri dan mengadakan pilihanraya di negeri Perak. Selagi dewan tidak dibubarkan, krisis ini akan berlanjutan. Adalah wajar untuk memberi peluang kepada rakyat untuk memilih semula sebuah kerajaan yang sah di negeri Perak. Kita mesti menghormati prinsip-prinsip demokrasi dan keluhuran perlembagaan. Rampasan kuasa yang berlaku di Perak telah menjahanamkan ketenteraman dan keadilan. Untuk menutup kesilapan yang telah mereka melakukan, banyak lagi tindak-tanduk yang bertentangan dengan nilai-nilai muri dan amalan demokrasi terpaksa dilakukan oleh Barisan Nasonal. Mereka menyalahgunakan Polis, SPRM, Mahkamah, Pejabat Setiauasaha Kerajaan Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain. Perkembangan seperti ini adalah tidak sihat bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berprinsipkan ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat’.

YB V.Sivakumar juga mencabar Barisan Nasional untuk bersetuju membubarkan Dewan Negeri Perak. Menurutnya, 28 orang Ahli Dewan Negeri Perak Pakatan Rakyat sanggup dan bersedia untuk membubarkan Dewan Negeri Perak. Manakala, 28 orang ahli Dewan Negeri Perak Barisan Nasional pula mahu mengekalkan Dewan Negeri dan tidak mahu Dewan Negeri dibubarkan. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional berkata mereka sudah mendapat sokongan rakyat. Mereka berpendapat bahawa rakyat berada bersama-sama dengan mereka sekarang. Kalau benar rakyat bersama mereka, kenapa takut unuk membubarkan Dewan Negeri? Adalah lebih mudah untuk membubarkan dewan negeri dan balik kepada rakyat merayu undi. Tidak perlu bersusah payah memerintah sebuah kerajaan yang tidak sah dan tidak dihormati oleh rakyat Perak. Tindakan Barisan Nasional merampas kuasa di negeri Perak adalah seperti perangai kebubak-budakan. Macam budak sekolah rampas roti bun daripada seorang rakan dan terus menelannya. Selepas itu, cuba sedaya upaya untuk membuktikan tindakan yang dilakukan itu adalah betul dan tidak boleh dicabari. Mereka seharusnya berasa malu dan memperbetulkan salah laku mereka dengan serta merta. Jangan cuba menutup kesilapan yang telah dilakukan dengan pelbagai tipu helah dan muslihat. Tindakan sedemikian akan memudaratkan seluruh rakyat Perak.

Menurutnya lagi, krisis politik yang berlarutan selama 8 bulan ini perlu diselesaikan dengan segera. Tumpuan perlu beralih kepada masalah ekonomi yang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Ini hanya boleh dilakukan oleh sebuah kerajaan yang sah. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk membubarkan Dewan Negeri Perak dan kembalikan kuasa kepada rakyat. Adakan pilihanraya bagi seluruh negeri Perak. Satu kerajaan yang sah akan dipilih oleh rakyat. Dengan itu, kemelut politik negeri Perak akan berakhir. Inilah harapan keseluruhan rakyat negeri Perak.

YB V.Sivakumar

Usaha memburukkan imej YB Dato Seri Nizar Jamaluddin..


-kenyataan dari Dato Seri Nizar Jamaluddin-

Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononya dari kepunyaan saya diatas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!

YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

Hukum Islam yang terus dipermainkan...

Peribadi Pemimpin Cermin buat Semua..jadi Kepala harus betul dalam mentadbir atau menjadi pemimpin,namun jika kepala sendiri melanggar hukum allah swt apakah ia masih layak menjadi pemimpin???Wahai manusia yang kamu sentuh itu Kitab suci Allah swt,yang kamu baca itu KALAM Allah swt apakah yang kamu buat itu hanya kepura-puraan???Nabi Muhammad Saw berjuang untuk kebenaran Al-Quran ,akan tetapi kamu hanya menjadi Makhluk yang mempermainkannya tanpa kamu TAKUT akan azab Allah swt..Islam itu agama allah swt,tidakah kita malu sambil kita mengaku kita islam akan tetapi dalam masa yang sama kita memainkan hukum Allah swt itu sendiri...!!!

Menjadi Hamba itu sukar,tetapi menjadi MAKHLUK itu senang..Kerana Makhluk itu tiada AKAL akan tetapi OTAK semata !!!!Otak itu tiada berguna tanpa AKAL!!!

Gempar Sri Iskandar TUMBANG..!

Angin Takda,Ribut Takda tahu-tahu TUMBANG..!!!

Gambar ini dirakamkan sekitar jam 12.00 malam tadi,sewaktu kami kebetulan lalu disana.Apa yang sebenarnya berlaku ialah sebelum ini di gantung satu BANNER yang ada wajah Najib dan Zambry dan terrulis slogan 1Malaysia diatasnya.Namun nampak gayanya SignBoard yang sebesar itupun tak mampu nak menampung BEBAN 1Malaysia dan juga KEZALIMAN UBN kepada Rakyat Perak dan akhirnya ia REBAH menyembah bumi malam ini..Apakah tanda sebaliknya,adakah 09092009 membawa seribu makna.????...hahahahahha..sama-sama kita lihat siapa yang kena...!!!

SAH ZAMBRY HARAM!!!

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Ketika menolak permohonan itu dengan kos hari ini, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.
“Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah,” katanya-. mStar

Sya : Aku suka nak umumkan bahawasanya ZAMBRY dan semua EXCO Kerajaan Negeri PERAK la ni semuanya HARAm se HARAm -HARAmnya..Siapa kata AKu tak kata tapi MAHKAMAH yang KATA..!!!!


Cakap Tak Serupa Bikin..!!!!

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemahaman yang jelas mengenai inti pati Al-Quran penting dalam membantu usaha kerajaan
membina sebuah negara bangsa yang utuh dan disegani melalui gagasan 1Malaysia.

Perdana menteri berkata dengan pemahaman yang betul itu ia dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa seterusnya membersihkan persepsi negatif Barat terhadap Islam.

"Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan lurus yang diredainya. Melalui pemahaman yang betul, Al-Quran mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara,"








Sya :

Nilaikanlah sendiri,apakah ia selari dengan apa yang dikatakan????Jika Isterinya pun dia tak mampu bimbing,apakah ia mampu jadi pemimpin buat kita????

Pikir La Sendiri....!!!