Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Program sekitar Perak

Hari ini Team Perak Express berada di dua lokasi Program sekitar Negeri Perak.Program yang pertama kami bergegas ke Bukit Gantang untuk mengikuti aktiviti Dato Seri Nizar yang mana hari ini merupakan hari Beliau bersama Rakyat di Kawasan Parlimen.Seperti biasa Dato Seri Nizar akan meluangkan masa bersama Rakyat di Pasar Minggu Changkat Jering yang mana sempena Ramadhan ini turut diadakan juga Bazaar Ramadhan disana.Dato Seri meluangkan masa hampir satu jam untuk bersama-sama dengan Rakyat.

Selepas selesai merakam aktiviti Beliau disana kami terus bergegas pulang ke Ipoh bagi menghadiri Forum Khas yang bertajuk `SIAPA SPEAKER SAH DI PERAK ‘yang dianjurkan oleh DAP Negeri dengan kerjasama dari pakatan Rakyat.Forum ini telah diadakan di Hotel Excelsior di Ipoh.Hampir 300 orang hadir untuk mendengar penerangan dari pada ahli panel yang mana dijemput Khas bagi menerangkan isu ini dalam skop Perundangan.Antara isu yang disentuh oleh para Speaker ialah mengenai Keabsahan Ganesen yang menyatakan bahawa Beliau adalah Speaker yang SAH,namun didalam Forum ini ia telah disangkal oleh para Speaker yang membalas hujah tersebut mengikut perundangan yang sedia ada.Forum berakhir sekitar jam 10.30 malam.


0 comments: