Inilah yang dikatakan fenomena ahli POLITIK yang suka main POLITIK sehinggakan bila sudah memegang kuasa dan pangkat semua dilupakan.tak abis-abis isu ketidaksefahaman antara pemimpin PR yang ada.Ada sahajalah bunyi-bunyi yang sumbang yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti Pemimpin -Pemimpin PR yang lain.Penyakit yang dulunya ada pada pihak MUSUH kini dah dilihat menular ke dalam DIRI beberapa individu dalam kepimpinan PR.Semua mula nak tunjuk KEISTIMEWAAN untuk menjadi HERO dan bukan HERO yang tolong RAKYAT tapi HERO yang sibuk nak melobi diri sendiri utuk pegang KUASA.
Aku bukan nak mengata atau nak tibai sesiapa tapi aku nak semua Pemimpin PR yang ada buka mata dan sedar la sikit tentang apa yang hangpa dapat la ni.Korang ingat siapa yang bagi korang kuasa sampai dapat duk selesa lagu ni.Korang kena ingat dari ILMU ALLAH swt yang diberikan pada akal manusia untuk mengundi tu la maka adanya kepimpinan dan orang yang nak di pimpin.Orang yang bagi hangpa kuasa la ni ialah RAKYAT..!!!!
Apsal yang korang ni BUTA HATI sangat ek.Tak reti nak tengok mana yang baik dan tak baik.Kalau dulu sebelum dapat kita duk kata kat orang bagi peluang,tapi la ni bila dah dapat semua harapan RAKYAT korang buang dalam BAKUL SAMPAH yang korang perjuangkan ialah DARJAT dan juga KUASA..!!!!Korang jadi BISU,PEKAK dan BUTA dalam menggalas AMANAH sebenar yang RAKYAT nak korang buat..!!Woi aku nak bagi hangpa ingat yer korang rasa kalau takde RAKYAT korang ni ada apa ek,apa pun takde jangan berangan la...
Dulu hangpa duk kata kat UMNO duk tipu dan mainkan perasaan RAKYAT tapi la ni akibat dari segelintir yang GILA kUASA dan TAMAK HALOBA habis semua terpalit dengan TAIK yang dibawa sehinggakan asas perjuangan sebenarnya pun hilang tah kemana...!!!Korang jadi kan RAKYAT ni macam BATU LONCATAN bagi mencapai sesuatu akibatnya RAKYAT juga yang merana..Hati dan Perasaan RAKYAT hangpa mainkan,sehinggakan RAKYAT duk susah juga..
Aku rasa dah sampai masanya PEMIMPIN dalam PR mengenali apa maksud PAKATAN RAKYAT,rujuk la sesuatu benda tu dulu sebelum semua pakat melatah nak tunjuk HERO..!!Bukan RAKYAT yang perlu ditarbiyahkan sekarang tapi Pemimpin yang ada yang perlu diingatkan kembali asas dan perjuangan sebenar mereka.INGAT..!!!!Rakyat memandang gerak diatas,KUASA sebenar yang akan menentukan hala tuju parti politik dalam negara ni datang dari ALLAH swt kepada RAKYAT dan RAKYAT TUAN dalam ISU ni so jangan nanti RAKYAT menyampah ,apa pun korang TAK dapat..Ada FAHAM!!!!
Aku tak kata semua pemimpin PR perosak tapi yang dah nampak gaya macam nak jadi PARASIT tu baik di buang atau diubatkan sebelum jadi PARAH..!!Bukan nak melemahkan,tapi nak mengingatkan..ADOIYAI!!!!
3 comments:
Kalau nak hentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat lebih baik tak payah jadi blogger Pas atau Pakatan Rakyat. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.
Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas juga bukannya ma'sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.
Akhir- akhir ini blogger Pas semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.
Kini segelintir bloggers Pas tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato' Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.
Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.
Oleh itu saya menyeru bloggers2 Pas agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.
YDP Pas Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO. Jangan jadi bodoh .
siapa yang memperbodohkan diri sendiri.apabila kamu memperkatakan mengenai kebebasan media apakah kamu hanya memperjuangkan segala yang baik namun menyorokkan sesuatu itu dari kebenaran!!!
cukuplah menjadi si pengangguk kepala kepada setiap benda yang kononnya kita nak tunjuk yang kita ni suci tapi realitinya kita sama.bagi aku kalau hang memang bloggers pas dan takut nak tegur pemimpin itu hang punya pasal sebab hang yang penakut tapi bagi aku ini cara yang ada,biar rakyat tahu bahawa pemimpin PR lebih telus mendengar kritikkan dari pemimpin UMNO yang cepat melatah bila di kritik...
so kalau apa yang dicakap tak benar buktikan dan kalau benda tu benar apa takut berhadapan dengan kenyataan la...
Lagi satu aku nak habaq mai aku bukan bloggers pakatan rakyat tapi aku PRO PR so ada beza kat situ..
oh bila umno buat silap kita buleh kutuk kat blog,kalau pemimpin kita silap ada cara nak tegur tak boleh buat secara terbuka..memang hangni takde standard la..
jangan jadi pengampu la,berkata benar biarpun pahit..!!!
Salam Sya,
Jadikanlah diri umpama cermin yang baik,apabila kita berhadapan dengan cermin,ianya tak pernah menipu....dengannya kita memperelokkan diri!
pernahkah kita ditipu cermin?
fikir fikirkan.....aaaaaarrr
Catat Ulasan