Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Anwar kini penasihat ekonomi S'gor-Malaysiakini

Menteri besar Selangor mengumumkan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan".

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat lantikan rasmi akan diserahkan kepada bekas menteri kewangan itu selepas jawatankuasa exco bermesyuarat minggu depan.

Bercakap dalam sidang media semalam, beliau berkata Anwar akan mengambil peranan penasihat seperti Lee Kuan Yew yang menjadi menteri mentor bagi Singapura.

"Beliau akan memandu kita dalam soal ekonomi dan berhubung terus dengan pejabat menteri besar.

"Pakatan Rakyat juga bersetujua lantik Anwar jadi penasihat ekonomi sebab beliau ada pengalaman dari segi tersebut," kata Abdul Khalid selepas menggulung perbahasan bajet negeri itu.

Beliau, yang juga wakil rakyat PKR Ijok, membuat pengumuman pelantikan Anwar ketika berucap dalam persidangan DUN berkenaan.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Abdul Khalid berkata pelantikan itu dibuat memandangkan Anwar berpengalaman sebagai menteri kewangan dan juga sebagai pengarah dana dan penasihat sebuah bank Islam terbesar di dunia.

Beliau menjelaskan, usaha ini juga selari dengan hasrat negeri itu untuk menjadikan Shah Alam sebagai pusat pelaburan dana Islam.

"Masa menteri kewangan dulu, dia berpengalaman bangunkan perbankan Islam," katanya, sambil menambah kerajaan negeri masih belum menggunakan sepenuhnya kebolehan Anwar.

"Kelayakan beliau tidak boleh kita persoal. Beliau setuju untuk diberi elaun tetap sebanyak RM1 sebulan."

Jelasnya bayaran itu sebagai tanda keikhlasan Anwar untuk berkhidmat dalam kerajaan negeri itu.

0 comments: