Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




UBN Berjuang Demi Kepentingan Sendiri-Dato Mahfuz Omar



Batu Gajah : Malam tadi berlangsung satu Ceramah Khas penerangan isu-isu semasa oleh beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat di Taman Juta Ria,Batu Gajah.Antaranya yang hadir ialah Yb Sivakumar,Yb Chan Ming Khai,Yb Khalil Idham Lim dan juga penceramah jemputan iaitu Dato Hj Mahfuz Omar.Turut sama hadir ialah Ust Radzi yang merupakan antara Pimpinan kawasan.Kami difahamkan bahawa permit bagi ceramah ini hanya dikeluarkan oleh pihak berkuasa sekitar jam 10 pagi.

Ceramah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ust Radzi yang mana Beliau mengupas mengenai isu pemberian Geran Tanah kepada penduduk di Kg Pisang Hilir yang akan diberikan sedangkan penduduk kawasan Kg Pisang Sungai masih tidak memperolehi hak mereka.Ia dikhabarkan juga telah diwar-warkan untuk diberikan akan tetapi sehigga saat ini ia masih tinggal janji.Beliau juga turut mengupas mengenai beberapa lagi isu setempat yang masih menjadi tidak dikotakan oleh Kerajaan UBN.
Selepas itu ia diteruskan dengan penceramah kedua yang mewakili PKR iaitu Yb Chan Ming Khai ( Adun Simpang Pulai )yang mana dalam ucapanya,Beliau menggariskan penjelasan mengenai Mengapa PR meneruskan proses bagi membubarkan Dun negeri Perak yang sepertimana dinyatakan oleh Beliau yang ia dilakukan bukan kerana menunjukkan bahawa Kerajaan PR `Gila Kuasa',namun ia adalah sebagai salah satu cara bagi Menegakkan Keadilan dan mencari kebenaran dalam suasana Politik di Negeri ini sekarang.Beliau menambah selagi mana Hak Rakyat tidak dikembalikan selagi itulah proses ataupun tuntutan ini akan dibuat dan diteruskan.
Yb SivaKumar meneruskan sesi ceramah malam ini dengan menceritakan kepada Rakyat tentang apa yang berlaku pada sidang dun yang lalu dan apakah yang dilakukan oleh UBN kepada Adun-Adun PR yang tidak diceritakan dan dilaporkan oleh Media kongkongan UBN.Beliau dalam kenyataannya juga ada menyebut bahawa tindakan Pihak berkuasa Polis yang menghalang dan cuba mencampuri Hak Adun-Adun untuk memasuki adalah melampaui batas sama sekali.

Beliau juga menyifatkan tindakan Polis yang melarang mereka membawa masuk alat-alat perakam dan juga Telefon Bimbit ke dalam Dewan adalah sebagai buki bahawa Kerajaan UBN takut akan kebenaran yang akan diberikan kepada Rakyat hasil dari rakaman-rakaman yang diambil.
Yb Khalil Idham Lim yang mana turut hadir juga turut berkongsi cerita mengenai isu dan keadan Politik semasa.Beliau juga turut menyatakan bahawa selepas sahaja Zambry membentangkan Budjet Negeri Perak,Beliau telah diundang oleh Astro Awani untuk berdebat dengan Zambry dalam isu Budjet Negeri Perak.Namun Beliau yang menyifatkan ia sebagai perangkap kepada PR yang mana sekiranya Beliau menerima pelawaan tersebut ia membuktikan bahawa Budjet Coca-Cola Zambry telahpun diterima oleh Adun-Adun PR yang lain dan ia sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh pihak UBN bagi mengaburi mata Rakyat.

Menyentuh isu Budjet ini juga Beliau menyatakan sekiranya Zambry merasakan bahawa Kerajaan yang ada hari ini SAH,maka mengapa mereka takut untuk membahaskannya.

Ini sekaligus menyatakan bahawa mereka sendiri dengan jelas tidak mempunyai keyakinan terhadap Kerajaan yang mereka ada sekarang.
Penutup kepada ceramah malam ini ialah Dato Hj Mahfuz Omar yang merupakan penceramah jemputan yang turut mengupas dan berkongsi pemikiran Beliau mengenai isu politik semasa.

Berbicara soal budjet Negeri Perak,Beliau menyatakan bahawa Kerajaan Zambry merupakan Penyamun yang mana ia sama sepertimana ketika mereka mahu merampas Negeri Perak dahulu.`Jika UBN mampu meluluskan Budjet dalam masa 20 minit,maka mereka juga mampu untuk menghabiskannya dalam masa 20 saat'.UBN turut disifatkan sebagai parti Politik yang tidak bertamadun apabila corak pentadbiran mereka itu seolah-olah membawa dan menjadikan Rakyat yang ada semakin mundur dan kurang cerdik.Mereka juga menonjolkan satu pemikiran yang KUNO dengan menyatakan bahawa Kekuatan Fizikal itu adalah yang sewajarnya sedangkan pada zaman yang semakin maju ini kretiviti dan pemikiran secara inovasi itu sepatutnya yang diberikan kepada Rakyat dalam menjadikan mereka golongan yang mampu berfikir dalam soal pentadbiran Negara.

Beliau juga menyatakan bahawa UBN sebenarnya berpolitik adalah berasaskan kepada kepentingan diri dan imej mereka semata tanpa memikirkan nasib dan masa depan Rakyat di Negara ini.

*lagi sambungan kepada ucapan para penceramah boleh didengar di dalam PerakExtv.



1 comments:

mulutlancang berkata...

Beliau juga menyifatkan tindakan Polis yang melarang mereka membawa masuk alat-alat perakam dan juga Telefon Bimbit ke dalam Dewan adalah sebagai buki bahawa Kerajaan UBN takut akan kebenaran yang akan diberikan kepada Rakyat hasil dari rakaman-rakaman yang diambil.
==============================
Terbukti jelas : Hasan Ali sebiji buat perangai seperti mereka tatkala dia buat Roadshow!