Pegam Dato Seri Nizar,sdr Hanipa bersama-sama dengan Adun Titi Serong
Sesi rehat,Dato Seri Nizar dikelilingi oleh Penyokong PR bagi mengetahui status terkini
Sesi rehat,Dato Seri Nizar dikelilingi oleh Penyokong PR bagi mengetahui status terkini
Barisan Peguam Dato Seri Nizar yang menggulung Hujah dengan Baik sehinggakan Ghani dan Cecil Abraham hanya mampu memandang lantai
Putrajaya : Pada awal pagi semalam telah berlangsung Perbicaraan Kes Mahkamah yang melibatkan antara Dato Seri Nizar dan Zambry di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.Proses Mahkamah yang bermula seawal jam 9.00 pagi melihatkan Hujah awal yang dibentangkan oleh Dato Ambiga untuk menuntut agar 9 Hakim mendengar bagi mengadili kes tersebut telah ditolak oleh Hakim-Hakim yang ada.
Namun ia disambung semula dengan perbahasan oleh Sdr Sulaiman Abdullah yang mana ia menyaksikan 2 masa rehat telah diberikan kerana Beliau mengalami masalah kesihatan.Namun ia bersambung dan Beliau habis membahaskan hujahnya sekitar jam 2.15 petang.dan mahkamah berhenti rehat sehingga jam 3.30 petang
Selepas itu mahkamah brsambung semula dengan Hujah balas oleh Peguam zambry iaitu Ghani Patail dan Mahkamah berhenti rehat kembali pada jam 5.15 minit petang.
Pada sesi pergulungan yang mana Peguam Dato Seri Nizar hanya diberikan masa 10 Minit sahaja,dan sesuatu yang membanggakan kita semua apabila segala hujah yang dikeluarkan oleh Gahani Patail dapat dijawab dan disanggah dengan baik oleh Peguam Dato Seri Nizar sehinggakan Peguam Zambry Cecil Abraham hanya mampu tunduk memandang lantai sahaja.
Namun pada jam tepat 6.05 petang sepertimana semua orang telah mengetahui bahawa keputusan bagi kes tersebut yang mana ia sepatutnya diketahui semalam tidak diberikan dan ia hanya digantung oleh Pihak Hakin dan mengumumkan bahawa keputusan bagi Kes tersebut akan diberitahu kemudian.
Apa yang menjadi persoalannya ialah menurut Hakim yang ada bahwasanya Beliau menyatakan yang kes tersebut akan dihabiskan pada hari tersebut juga,namun setelah mendengar Hujah Pergulungan yang cukup baik dan mantap,maka para Hakim bertindak membuat keputusan bahawa keputusan kes semalam akan diberitahu pada satu Tarikh yang tidak ditetapkan.
Apakah ia melibatkan konspirasi sulit dalam keputusan tersebut,dan mengapakah ia ditangguhkan dengan jawapan yang tiada bertarikh..??
2 comments:
percaya puak puak ini jgn sekali kali...sebelum keputusan diumum dah tentu kapalselam akan memanggil hakim-hakim untuk briffing...apa lagi melepas lagi PR...
esok 8/11/09 tak mai bkt gantang ke ada jamuan kelab penyokong pas.d simpang halt
Catat Ulasan