Kehadiran blogger-blogger terkemuka ke majlis pertemuan di Kelab Taman Tasik memberi peluang kepada saya untuk bersemuka dengan mereka sekaligus berusaha menguburkan segala kekeliruan yang berlegar selama ini. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi datang walau pun dari jauh terutamanya kepada rakan-rakan PerakExpress.
Sungguhpun dalam beberapa ketika ini ada tulisan di antara mereka sedikit pedas, saya percaya mereka tidak mempunyai sebarang niat buruk. Apa yang dinukilkan adalah merupakan satu hasrat untuk melihat Perubahan segera terlaksana dan rakyat dapat mengecap hasilnya.
Malah pertemuan tadi menyaksikan mereka menghujani saya dengan pelbagai soalan yang jujur dan kadangkala panas. Namun saya sendiri sebagai seorang blogger memahami gelojak hati penulis yang mahukan ruang bebas dan tidak dikongkong.
Sebarang perdebatan dan persoalan di dunia blog mencerminkan keinginan rakyat untuk mengembalikan hala tuju negara kepada landasannya yang sebenar. Sekian lama dibungkam suara-suara berani muncul mencabar naratif sang penguasa.
ANWAR IBRAHIM
1 comments:
salam....
wah panggil big brother nampak?? apasal?? dah goyang ke dengan kekuatan kami blogger pro kerajaan?
he he he...
lawan tetap lawan...
Catat Ulasan