BloggersNetwork@Perak
Bloggers wanita
Satu kenangan yang tidak akan dilupakan
KEMENANGAN ITU CUMA SATU KEMANISAN DALAM PERJUANGAN
Sesuatu yang telah dilalui itu dipanggil sejarah.Namun harus difahami bahawa sejarah dan kenangan itu berbeza maksud dan pengertiannya.Sejarah adalah apa yang kita lalui dan kita tempuhi.Kenangan ialah sesuatu yang juga kita lalui namun ia tidak akan kembali kerana ia tidak lagi sama seperti dahulu.
22 November 2009 genaplah Setahun ulang tahun kelahiran BloggersNetwork@Perak ,satu nama yang pernah gah satu ketika dahulu.Ia dizahirkan ketika Kerajaan PR mula menapak didalam beberapa Negeri di Malaysia.Kerajaan Perak memulakan langkah pertama apabila membuka pintu dan menerima kehadiran penulis-penulis bebas yang lahir dari kalangan mereka yang menulis di laman-laman Blog.Hasil usaha dari MSK maka semua Blogger yang tidak mengenali antara satu sama lain bertemu dan duduk bersama atas nama persaudaraan dan minat yang sama.Perjumpaan dan juga pertemuan yang dihadiri dan dirasmikan oleh Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin nampak teratur dan menarik dan pada hari tersebut juga lahirlah istilah satu istilah baru yang dinamakan KAMAR.
Namun ia tidak berakhir disitu,semangat dan juga keazaman rakan-rakan untuk membantu PR dan juga menyampaikan maklumat kepada Rakyat berterusan dan dikembangkan ke Kelantan Darul Naim.Pertemuan dan perbincangan bersama dengan Bloggers di sana cukup bermakna dan meninggalkan kesan yang baik.
Penubuhan Bloggers Network@Malaysia telah disempurnakan oleh Dato Paduka Hussam Musa yang pada masa itu hadir sebagai wakil Kerajaan Negeri kelantan dan bersama dengan kami untuk satu hari yang penuh makna.Hari yang mana kehadiran kami di hargai dan bermulalah satu persaudaraan dan ikatan persahabatan dengan semua rakan-rakan Bloggers.

Di Kelantan BloggersNetwork@Malaysia
BloggersNetwork@Malaysia melangkah setapak lagi apabila kali ini Pulau Pinang juga menggarap dan menyelusuri jejak yang sama.Apabila Kerajaan Perak mengiktirafnya selepas itu Kelantan dan ia membawa AURA tersendiri dan ia dapat bertapak kali ini di Pulau Pinang.Merupakan satu yang baik apabila 3 Negeri bersatu dan mengiktiraf Identiti baru ini.
Hasil dari ikatan dan kerjasama ini maka ia telah banyak mencipta kejayaan dan sejarah tersendiri yang begitu meninggalkan kesan disanubari setiap dari kami.Kejayaan yang kini dapat dilihat dalam arena politik Negara begitu membanggakan.Satu kesyukuran yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Allah swt yang bnyak memberikan kekuatan kepada kami dalam menegakkan kebenaran.

Namun hari ini pelbagai yang terjadi,pasang surut ombak di lautan turut melanda kami.Ketidak seimbangan cuaca turut menjadi tempias kepada kami.Satu ikatan yang dahulu terbina kini agak longgar ikatannya,ada ruang-ruang yang telah diresapi angin dan mula menampakan ketidak seimbangan dan sebelum ia reput dan terputus maka ia perlu diganti dan diikat kembali agar ia kembali bersatu.
Kita tidak berpecah dan terlerai tapi kita hanya kadang kala diasak taufan yang singgah sesekali ia menginginkannya.Namun walau setinggi badai sekalipun kita tetap sama.Satu pasukan yang berkhidmat untuk Rakyat dan selamanya akan bersama Rakyat.Bloggers ialah satu nama dan yang bernaung di bawahnya merupakan mereka yang berperanan mencantik dan memperelokannya dan ia ialah penghuninya.
Buangkan istilah Bloggers Pas,Keadilan,Dap mahupun apa sahaja kerana kita dahulu pernah hadir dan bertekad untuk menjadi satu gelombang baru dalam memantapkan PR.Kerana identiti kita itu hanya ISLAM,dan bersatulah untuk Islam selamnya.
Oleh itu marilah kita bersama mengembalikan sejarah itu agar ia tercipta dan berjaya kali ini.Buangkan semua keraguan dan bersatu atas nama Keadilan dan Kebenaran..!
Gambar dari blog kak luna

3 comments:
salam...
ummi orang PAS dan sudah semestinya ummi blogger PAS..untuk membuang label itu mungkin tidak..ummi bangga menjadi blogger PAS yang menyokong PR..
kita hanya boleh menyokong gagasan PR berdasarkan sifat tahalluf yg dibenarkan, bukan membunag sekali prinsip perjuangan..
itu ijihad kita, dan ummi ada prinsip..memang perjuangan kita utk rakyat..malah bukan hanya untuk rakyat malah untuk Islam juga..
jika Anwar Ibrahim tu ubah perlembagaan partinya dgn mengambil Al-Quran sbg rujukan..ummi akan setuju utk tidak akan guna label blogger PAS..
juga jika DAP tukar seluruh perlembagaan partinya dgn mengambil Al-Quran sbg fitrah perjuangan, ummi akan buang label blogger PAS..
kita sokong gabungan 3 parti atas dasar tahalluf, yg bersetuju menentang mungkar dan kezaliman, bukan bersetuju atas nama ijtihad parti..
begitu juga dalam perjuangan..jika Umno juga menentang mungkar dan kezaliman, kita juga 'mungkin' sanggup bertahalluf dgn mereka..
seperti kata TGNA..sekiranya perlembagaan umno itu ditukar dengan meletakkan Islam di atas..'mungkin' PAS akan dibubarkan..
mmg dh lama x update blog, selalu yg update tu suami (thatguy), tp sentiasa mengambil tahu perkembangan politik semasa dan skali skala menyatakan komen.
InsyaAllah perjuangan demi keadilan akan diteruskan atas apa jua nama, blogger PAS atau blogger PR.
matlamat kita tetap satu menerangkan kebenaran yg telah gelap dan busuk dikotori BN.
Salam Sya,
Jemput ke kenduri sempena Hari Raya Adil Adha pada hari Jumaat 27.nov.09 jam 3 petang hingga malam bertempat di Kawasan Bayan Baru ,(belakang Suny Char kueh Teow),penyokong PR kalau bercuti di Pulau pinang dialukan kedatangannya!
Dapat eratkan silaturahim.
Catat Ulasan