Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




DSAI Ungkap kata dua untuk Ahli PKR!!


Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memberi kata dua kepada pemimpin dan anggotanya — sama ada setia atau keluar daripada parti itu jika tidak mahu mengikut dasar dan keputusan ditetapkan.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau bersedia untuk menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan ahli-ahli yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan oleh pucuk kepimpinan.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripa
da parti,” kata beliau

Ini dilihat sebagai pendirian tegas dinyatakan Anwar ekoran perkembangan dalam parti itu sejak beberapa bulan lalu.


Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam tadi.

Dalam ucapannya malam tadi, Anwar menambah, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,” kata beliau lagi.

sumber dari sharpshooter

5 comments:

Unknown berkata...

SIAPA PEMBOHONG DAN SIAPA YANG BETUL
Berberapa hari lepas, ada berberapa geng-geng blogger anti pembangkang mendedahkan tentang cerita bai'ah mengarut yang dibuat oleh pas kepada semua Ahli dewan negeri dan ahli dewan rakyat, dalam bai'ah tu menyebut, barang sesiapa yang meninggalkan parti pas (lompat parti) maka akan gugurlah talak tiga ke atas isterinya. det pun ada keluarkan cerita tu, malangnya det dimaki kaw-kaw oleh berberapa penyokong pas yang tahu no hp det, mereka suruh det tarik balik cerita tu kononnya det buat fitnah, "fitnah apak kau"

Dan semalam cerita yang dikatakan fitnah oleh puak-puak jumud ini di sahkan oleh ahli dewan rakyat kawasan shah alam iaitu khalid samad @ khalid gereja, dia sah kan cerita tu dalam akhbar utusan dan nst yang mana memang wujud bai'ah seperti itu dalam pas.

Siapa ada tengok Buletin Awani semalam, semasa ucapan hadi di seminar politik pas, hadi menafikan sekeras-kerasnya yang wujud bai'ah bodoh macam tu dalam pas, kata hadi lagi, majlis syura pas tak pernah mensyaratkan bai'ah macam tu kepada setiaap ahli dewan negeri dan ahli dewan rakyatnya, tapi khalid samad @ khalid gereja mengaku yang memang ada bai'ah macam tu, soalannya sekarang ni yang mana satu betul hadi atau khalid samad?

Malaysia berkata...

nmohon untuk copy paste artikel saudari , bagus sekali

TheSniper berkata...

Masalahnya adakah pemimpin parti peringkat cabang/Negeri menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat? Anwar harus tahu bahawasanya ahli2 peringkat bawahan sedang giat melakukan pembersihan keatas pemimpin yang masih berfikir dalam kerangka UMNO!

Unknown berkata...

Salam sya,

Semalam saya ada bersama, semasa ucapan tu...ramai yang menepok tangan tanda setuju....namun realitynya mudahkah ianya dilaksanakan?
.....awal ucapan pujian,ujungnya ,sesiapa yang terasa pedas...alamatnya,sendiri mau ingat!!
......aaaaaaaaarrr

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

insyaalah selagi mana ia dibuat atas dasar yang baik,maka ia akan jadi baik jika tidak maka ia seharusnya ditegah..apapun kebenaran akan mencapai maksud selagi mana ada yang memperjuangkannya..!!