skip to main |
skip to sidebar
Doa Kami...
Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60
Posted by
Siti Aishah Shaik Ismail
on Isnin, 2 November 2009
at
1:31 PTG
Oleh ZIEMAN dan ARIFFUDDIN ISHAK
SUASANA sepi di kawasan Taman Sri Ukays di sebuah rumah banglo milik Tuan Hj Yahya di Lorong 2C menjadi kecoh malam tadi apabila bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).
Seramai 35 anggota JAIS telah datang ke premis tersebut dalam 3 buah van pada jam 9.45 malam. Kedatangan mereka diiringi lebih 25 orang polis beruniform dalam kereta patrol.
Pada ketika itu, Dr Asri sedang memberi ceramah kepada lebih 300 orang jemaah. Ceramah yang bermula pada jam 8 malam itu terpaksa dihentikan setelah pegawai JAIS datang menyerbu.
Alasan yang diberikan oleh pihak JAIS ialah mereka menerima aduan dan terpaksa membuat penangkapan kerana memberi ceramah tanpa tauliah.
Menurut anak tuan rumah, Norman Hj Yahya, pegawai penguatkuasa JAIS telah memasuki banglo dan memaklumkan kehadiran mereka adalah untuk menahan Dr Asri kerana memberikan ceramah agama tanpa tauliah.
Namun, seramai 50 orang jemaah bertindak menghalang penguatkuasa JAIS dan tidak membenarkan Dr Asri ditahan. Untuk meleraikan keadaan, Dr Asri ditempatkan di dalam sebuah bilik di dalam banglo tersebut.
Senario menjadi sedikit tegang apabila penyokong Dr Asri tidak membenarkan pihak JAIS mahupun polis memasuki bilik Dr Asri.
Sejurus selepas itu, kelihatan Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungip mengadakan perundingan bersama 3 orang peguam.
Kesemua mereka bertanya kepada JAIS atas alasan apa Dr Asri hendak ditahan. Dan jawapan yang diberikan oleh Ustaz Sharom Maarof, Pegawai Penguatkuasa Agama, "Dia tidak ada tauliah..."
Tiga orang peguam terpaksa menjadi orang tengah dan berbincang dengan pihak polis dan JAIS namun pihak JAIS enggan meninggalkan premis tersebut dan berkeras ingin membuat penangkapan juga.
Suasana berterusan menjadi tegang bila beberapa pegawai JAIS dan polis mengugut untuk menggunakan kekerasan seandainya penyokong-penyokong Dr Asri berkeras tidak mahu melepaskan Dr Asri.
Setelah keadaan berlarutan hingga 3 jam, Dr Asri akhirnya dibawa keluar dari biliknya dengan diiringi oleh beberapa orang polis dan pegawai JAIS untuk dibawa ke balai Polis Ulu Kelang untuk diambil keterangan.
Dr Asri dibawa ke balai polis menaiki sebuah van tepat jam 12 malam. Di balai polis tersebut, hanya peguam sahaja dibenarkan memasuki kawasan balai polis sementara pihak media dan penyokong Dr Asri hanya menanti dengan setia di luar kawasan balai.
Setelah hampir 1 jam, Dr Asri dibebaskan tanpa diambil apa-apa keterangan.
Namun kelibat pegawai JAIS dan van JAIS yang membawa Dr Asri ke balai polis langsung tidak kelihatan pada ketika itu. Dr Asri kemudiannya dibawa balik ke rumah Hj Yahya untuk sebuah sidang akhbar.
0 comments:
Catat Ulasan