Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Mencari Pemimpim yang sebenar..!!

Dalam beberapa hari ini heboh diperkatakan oleh ramai orang akan apa yang berlaku kepada Pakatan Rakyat dalam soal memperkasakan Rakyat dan membina imej baik di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri.Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama dibuat di Ipoh baru-baru ini meggambarkan bahawa ia sesuatu yang baik dan juga sesuatu yang dinantikan oleh Rakyat bagi menjadikan PR sebagai salah satu Gabungan Parti yang dapat memimpin Rakyat di negara ini.

Namun apa yang berlaku dalam jangka masa yang singkat ini ia dapat ditafsirkan sebagai pemandu arah kepada Rakyat dalam memilih Pimpinan yang ada.Rakyat yang dahulunya cukup lantang menyatakan bahawa akan teguh bersama PR dan juga yang dahulu tidak memilih PR akan memilih PR atas kerana semangat juang sesetengah Pimpinan yang ada yang dengan Tulus dan Jujur bangkit dalam menyatakan Hak Rakyat kini menjadi Lesu dan juga hampir terkulai.Kepercayaan mereka dalam meneguhkan iktikad yang ada untuk memilih PR dalam PRU 13 nanti,kini mula dipersoalkan.Namun mengapa dan apakah yang sebenarnya membuatkan ia kini menjadi persoalan..??

Jika di Perak,Rakyat di negeri ini dikurniakan oleh Allah swt seorang pejuang dan juga barisan Pejuang yang baik dalam merialisasikan harapan rakyat tersebut.Dato Seri Nizar yang bertindak sebagai `kepala' sejak dari awal telah berpenat lelah dan tidak jemu-jemu untuk bersama dengan rakyat bagi menerangkan akan apa yang berlaku dalam usaha mereka bagi mengembalikan Hak Rakyat di Negeri ini.Beliau yang juga merupakan ahli politik dan pemimpin yang baik dan mampu untuk mengasingkan diri dari politik dan tuntutan sebagai seorang pemimpin islam yang sepatutnya.

Ini jelas dilihat setiap kali Beliau mengadakan Kuliah-Kuliah yang mana Beliau mampu untuk membawa pemikiran manusia untuk lupa kepada dunia sebentar dan mengigatkan kepada Rakyat agar sentiasa mengingati asal dan juga tanggungjawab kita sebgaia hamba Allah swt dan penghuni dunia ini.Namun apakah ramai lagi pemimpin yang mampu menjadi seorang Pemimpin..??

Dengan jelas kesemua ahli politik yang ada sewajarnya memikirkan akan permintaan segolongan
rakyat yang mana mereka sebenarnya bukan sahaja mahukan Pemimpin yang Adil,Amanah dan Jujur juga yang mampu membela nasib mereka didunia ini namun yang paling penting buat mereka ialah seorang pemimpin yang mampu memimpin mereka di dunia dan Akhirat.

Sesuatu bahasa dan perbuatan yang dikeluarkan dari seorang pemimpin itu akan sentiasa dinilai dan ditafsir oleh pengikut mereka tersendiri.jika baik ia maka baiklah pengikutnya dan jika rosak kepalanya maka pastilah ekornya juga turut merasa tempiasnya.

Kerana itu sya suka menyatakan akan bahawasanya apa yang berlaku sekarang adalah sebagai satu petanda dari Allah swt yang mana sebaik-baik Pemimpin di Muka Bumi ini tiada satupun yang mampu menandingi kesempurnaan Allah swt dalam mentadbir Alam semesta ini.Kerana apa yang harus kita ingatkan ialah sesungguhnya jika Allah swt tidak mengurniakan Qudratnya kepada manusia maka apakah mungkin manusia mampu melakukannya..renung dan fikirkanlah..!

Persoalan ini sya tinggalkan buat kesemua Pemimpin bagi memikirkannya..??

Ingatlah janganlah kamu menjadi sebahagian dari mereka yang menjadikan Politik sebagai salah satu landasan buat kamu menaikkan nama dan juga demi kepentingan semata.Jangan juga kamu jadi Pemimpin Plastik kerana kelak apa yang kamu kerjakan di dunia ini pastilah akan dipertanggungjawabkan keatas kamu...!

Berfikirlah menggunakan 'AKAL',kerana yang membezakan Manusia dengan Binatang ialah 'AKAL'..!!

0 comments: