Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Perak FA | Perlantikan Jurulatih & Persiapan Musim 2010

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Teka teki berkenaan siapa jurulatih pasukan bolasepak Perak Darul Ridzuan musim 2010 ini terjawab apabila pihak pengurusan PAFA yang bermesyuarat baru-baru ini telah melantik Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib sebagai ketua jurulatih Perak yang baru manakala jurulatih skuad Presiden musim 2009, Abu Bakar Fadzim pula sebagai penolong jurulatih.

Setiausaha Kehormat Perak FA, Tuan Haji Anuar Hashim ketika dihubungi wakil SDN turut mengesahkan bahawa pasukan Perak akan beraksi di dalam Liga Super musim 2010 nanti walaupun terpaksa menyelesaikan hutang lapuk yang ditanggung oleh persatuan.

Kita memahami bahawa bolasepak ialah sukan kegemaran rakyat negeri Perak dan pengurusan sedia ada di bawah Presiden sekarang iaitu Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin akan mematuhi pra-syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memastikan supaya skuad seladang tidak ketinggalan musim hadapan.

“Sejumlah RM 272 ribu gaji tertunggak dan RM 728 ribu bayaran KWSP perlu diselesaikan tidak termasuk tunggakan LHDN pemain dan pegawai, hutang pengangkutan serta penginapan dan jika di hitung semua itu mampu mencecah jutaan ringgit”, jelas beliau.

“Pada masa yang sama, Perak FA telah pun menghantar surat kepada kerajaan negeri yang ada sekarang untuk memohon bantuan kewangan namun masih tiada sebarang jawapan diberi. Sewaktu pengurusan PAFA terdahulu, kerajaan negeri ada menyumbangkan sejumlah RM 550 ribu bagi membantu perjalanan pasukan musim 2007/2008″ terang beliau lagi.

“Pengurusan sedia ada tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam pembayaran gaji pemain dan lain-lain perkara yang bersangkutan sepanjang mengendalikan pasukan”.

“Jika hutang-hutang tersebut sudah lama tidak mampu diselesaikan oleh pengurusan terdahulu tentulah pengurusan yang ada kini memerlukan lebih masa untuk menyelesaikannya” jelas beliau (Tuan Haji Anuar Hashim) sebelum mengakhiri perbualan.

Diharap dengan berita ini mampu menyelesaikan kekusutan yang bermain di minda para penyokong bolasepak Perak tentang status dan hala tuju pasukan Perak dalam Liga Malaysia musim 2010 nanti. - Sumber SDN

0 comments: