Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




jemputan untuk semua Bloggers PAS di Perak..moh ke dusun kita..!!!

Program Santai Bersama Bloggers PAS.

Jika anda seorang bloggers, dan memiliki nombor keahlian PAS, maka ANDA dijemput ke program tersebut. Program santai bersama pimpinan ini akan diadakan pada 15hb. Ogos 2009.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri Perak ini akan diadakan di kawasan kebun buah-buahan Pak Khalil, Gopeng Perak.

Di maklumkan, program ini akan bermula pada jam 3 petang hari tersebut yang jatuh pada hari Sabtu.

Di antaran tujuan utama program ini dibuat adalah bagi mengumpul dan mengenal pasti bloggers-bloggers PAS yang aktif menulis terutamanya melalui blog dari Negeri Perak. Dan kemungkinan besar selepas ini, akan diwujudkan satu Sekretariat khusus bagi memantau selain mengerakkan bloggers-bloggers yang dikenalpasti boleh bersama menyampaikan misi dan visi PAS negeri kepada khalayak rakyat Perak melalui blog.

Maka dengan ini, wak menjemput semua blogger-blogger PAS dari BloggersNetwork serta dari Perakini, juga blogger-blogger PAS yang bergerak sendiri khususnya dari Perak agar dapat hadir ke Program Santai bersama Bloggers PAS ini .

InsyaAllah, beberapa program yang lebih besar akan dirancangkan selepas perjumpaan kelak. Jumpa semua di sana. Mohon dapat disebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan dan sahabat.

Email wak - albanjari_online@yahoo.com
Tel - 012 402 6129

3 comments:

Yoptanjung berkata...

Salam, ngape blogger pas aje dijemput, teman ni bloggers ygtakada no keahlian tapi menyokong perjuangan PR takkan tak leh pg kut. Tambahan lak teman dok kat tg tualang dekat bebeno dgn gopeng.

Unknown berkata...

Salam....Yoptanjung!

Senang aje tu....just pergi ambil borang keahlian PAS...isi dan pergilah melantak buah2 tu...anda memang pun dijemput dan memenuhi syarat...apa tunggu lagi Yop?
......aaaaarr kami yang di Tanjung ni .....cuma boleh lihat gambarnya aje!

Siti Aishah Shaik Ismail berkata...

hahahhaha yop entry ni pun sya copy paste jer....

Sya pun bukan blogger pas,tapi bloggers yang menyokong pakatan rakyat.so redah je...yang penting niat kita untuk kenal mengenali antara satu sama lain..so tang PAS tu boleh dikecualikan kot...hihihihihi...

ok yop jumpa kat sana yer...