Apa kejadah sejak mula jejak bandar Port Dickson sampai le ke hujung jalan ke Pasir Panjang, Teluk Kemang tak sudah-sudah dengan LALAT. Duduk dihurung lalat, berdiri dihurung lalat, tidur dihurung lalat, makan dihurung lalat, dalam kereta ada lalat, angkat ketiak ada lalat, bukak baju nampak lalat ? hmm..itulah gambaran sebenarnya, diluar jangan kira, lalat di mana-mana. Sudahnya bukan setakat penduduk di DUN Bagan Pinang, seluruh Port Dickson dah pening mengalahkan lalat. Hey..Isa ! Ini isu dah makan bertahun-tahun !, orang BN dihurung lalat, orang PR pun dihurung lalat, bukan sedikit, bukan 1-2 ekor, kalau ditimbang dengan 'kati' UMNO entah berapa ribu 'kati' kita dapat di sini !! Memang hebat fenomena LALAT ! Betul-betul macam PALAT.
Antara PALAT dan LALAT, LALAT di bandar pelancongan ini lebih teruk dari PALAT. Jika dulu bandar PD amat dikenali sebagai bandar pelancongan antarabangsa. Apa tidaknya, semua bangsa datang menjemur bodi dipantai sambil menikmati budaya Malaysia yang Indah dan Nyaman ! Wass..up ! Wass..up !! Itu dulu, sejak Isa menjadi MB hinggalah di-ex MBkan, lalat makin ketara di PD. Kesian mek-mek saleh yg derita dihurung lalat ketika menjemurkan bodi di pantai PD.
Tinjauan selama 6 hari di beberapa kedai makan dan restoran juga di hotel2, memang LALAT sudah menjadi sahabat setia di sini. Jika dulu ada peniaga boleh dapat belasan ribu sehari berniaga makanan, tetapi kini tidak lagi. Ada peniaga jajaan pinggir jalan terpaksa menambah bilangan pekerja khusus mengibas lalat di meja makanan dari dihurung lalat,kesannya perniagaan kecil itu terjejas teruk, angkara lalat !
Kelmarin ketika menemubual seorang peniaga tempatan di bandar Port Dickson yang enggan namanya dipublishkan di blog, mendakwa beberapa pemilik hotel telah beberapa kali mencadangkan maskot terbaik bagi produk pelancongan Port Dickson adalah LALAT. Ketika ditemubual, gerai jajaan beliau terus-terusan dihurung lalat. Lalat di sana-sini !
Dan itulah ISU paling besar Port Dickson sejak zaman Isa Samad menjadi MB sehinggalah dicalonkan semula sebagai calon BN di sini, dalam DUN Bagan Pinang. Jangan sampai penduduk di sini mencadangkan Isa pula sebagai maskot baru - BAPA LALAT !
Sedutan berita dari akhbar Umno, Berita Harian Isnin 12 Mac 2007 Nasional m.s. 8 ;
"Cuma, saya pernah nampak beberapa pelatih PLKN pitam atau muntah ketika berkawad di tengah panas. Walaupun ada pegawai kesihatan, ia patut dielak," katanya. Mohd Rosli ditemui ketika menjemput anaknya selepas tamat latihan dari Kem Syruz, Nibong Tebal di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (Pisa), di sini, semalam.
Mohd Hatta adalah antara 31,696 pelatih Kumpulan Satu Siri 4/2007 seluruh negara yang tamat latihan di 78 kem, kelmarin dan semalam. Pelatih PLKN, Mohd Syafik Syahid, 18, berkata dia dan rakannya gembira kerana mendapat peluang mengikuti program itu khususnya aktiviti lasak tetapi penyediaan makanan di Kem Syruz kurang memuaskan.
Dia berkata, pelatih juga terpaksa makan bersama hurungan lalat di dewan makan, selain sesetengah masakan tidak benar-benar empuk, khususnya ayam dan ikan.
"Kita mengadu hari ini, masakan esoknya bagus tetapi berulang lagi hari seterusnya. Banyak lalat, makanan tak berapa masak," katanya.\
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20070312091542/Article/
1) Lalat di PD [ link ]
2) Lalat Oh Lalat [ link ] oleh Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang
3) Taip 'lalat di PD' google sendiri !
1 comments:
Salam ...Sya,
....lalat banyak...tentu "tahilalat" pun banyak....aaaaaaaaarrr!
Catat Ulasan