Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Provokasi Azeez cetus Ketegangan...!!!

Azeez menyatakan yang Beliau dipukul sehinggakan menimbulkan kecederaan Parah yang dinyatakan oleh Pihak Pakar Perubatan sebagai kecederaan Tisu Lembut akan tetapi tidak mempunyai bukti-bukti kukuh bagi menyokong kenyataan Beliau...Namun isu ini terus diperbesarkan oleh Beliau sehinggakan mencetuskan suasana yang tidak diingini dalam PRK kali ini...


Ini apa yang berlaku apabila API Provokasi yang dimainkan oleh Azeez sejak hari penamaan calon tempuh hari meninggalkan kesan kepada Puak dan juak budak-budak BN yang kurang ditarbiahkan oleh pemimpin mereka.Akibatnya mereka-mereka ini menjadi mangsanya....!!!

Jika ditanya pada SYA siapa yang bertanggungjawab sya akan katakan AZEEZ merupakan salah satu punca ia terjadi....dan dia harus dipersalahkan...POLIS jangan jadi balaci dan hanya angguk kepala sahaja,report akan dibuat jadi TOLONG ambil tindakan bukan hanya membakul sampahkan sahaja report-report yang dibuat Pembangkang.Tak kira dari parti apa pun mereka masih RAKYAT...!!

Jika RAKYAT DIDAHULUKAN maka,aku menyeru agar siasatan di jalankan secepat mungkin...!!!Jangan Berat Sebelah jer.....

N31 Berani Membuat Perubahan..!!

11 comments:

wan berkata...

BURITin Utama TV3 td lgsung x myiarkan kes petugas PAS yg dtetak oleh pemuda Umno.Media tv ini cuba nk mberbodohkan rakyat dgn berita 100 org ahli PKR kluar parti.Yg lucunya visual mnunjukan x sampai 10 org.Apa sdh jd dgn media smakin teruk smnjak Rais Yatim mnjd Menteri Penerangan.

carisinar berkata...

CERITA PALING BODOH PERNAH AKU TENGOK. INI DIPANGGIL PROPAGANDA KATEGORI SAMPAH ! PEMUDA PAS KATA DIA KENA TETAK DENGAN PARANG, BAJU DIA KOYAK TAPI SAYANG KULIT BELAKANG TAKDE KESAN LUKA !
DIA NI PAKAI KULIT BUAYA KE !?



sepatutnya ditawarkan ganjaran sebanyak RM 8000.00 kepada sesiapa yang berjaya memberikan gambar mamat diatas SEDANG ditetak oleh Pemuda Umno

carisinar berkata...

Kalau nak tipu pun berhati-hati sikit. Saja nak cari populariti politik. Sendiri potong baju,kemudian kata Pemuda Umno tetak.

Kemudian ambil air sirap curah dan sapu di muka sendiri. Lepas itu kata orang Umno buat. Podah chittttt.....nak tipu pun biar kelas 1, jangan tipu kelas 4.


Kesan koyakan dibajunya nampak bukan kesan tetakan, tetapi kesan yang dihiris sendiri. Jika betul ditetak dengan parang,sudah tentu kulit mamat tersebut sudah penuh dengan darah dan kesan tetakan. Anda boleh melihatnya dengan jelas,tiada langsung kesan cedera pada kulit mamat tersebut melainkan bajunya yang dihiris dengan pisau. Kemudian ambil sirap sikit ,letak dibaju.

Yang menjadi mangsa adalah mamat yang berlakon tersebut. Sampai mati pun orang akan gelak kepada beliau setiap kali terjumpanya. Tapi apa nak buat lagi,mungkin mamat tersebut telah dijanjikan syurga oleh PAS.

Syabas pencacai Parti 'Islam' Semalaysia. Teruskan menipu.

carisinar berkata...

Bila UMNO kena hina, tak per..
bila kutuk UMNO, tak per...


bila kena penumbuk, semua penyokong PAS jadi pondan, lari bertempiaran...lawanlah. Atau ini skrip 'drama sebabak' ini ditulis oleh Yahudi Anwar Ibrahim.


Aduh ada kes gaduh lagi. Kali ini dakwa penyokong PAS mereka didatangi kira-kira100 orang 'pengganas' dengan membawa topi, kayu dan pedang untuk membalas dendam ekoran tindakan PAS menurunkan poster BN. Persoalannya, kenapa penyokong PAS menurun poster BN?

Nampaknya PAS sudah malu dengan diri sendiri apabila UMNO membawa sepanduk mengejek mereka. Tetapi kena ingat, perangai ini bukan bermula dari UMNO, sebaliknya dari Pakatan dengan isu semasa pilihan raya kecil yang sebelum ini. Kenapa PAS perlu gementar dengan poster UMNO itupun satu persoalan yang perlu dijawab oleh PAS?

Dulu pemimpin Pakatan menggelarkan 'BN' dengan gelaran Barang Naik, sekarang betul-betul penyokong BN sudah 'Baran Naik'. Siapa tak marah bila Menteri pun kena baling botol dan nama calon BN diburuk-burukan dengan ejekan oleh penyokong Pakatan.

Sampai berdarah member kita nie jadinya bila 'BN' benar-benar 'naik' atas kepala Pakatan.

carisinar berkata...

Bagaimana mereka kata itu perbuatan penyokong UMNO atau dari BN? Harakah menggelarkan penyokong BN sebagai 'Pengganas' dan PAS tahu itu adalah perbuatan penyokong BN kerana mereka yang memakai baju berlogo BN.
Kenapa penyokong PAS tidak digelar pengganas apabila menyerang orang UMNO dan membaling botol ke arah Menteri?

Cuba tanya Nik Aziz yang tinggal di Kelantan sekarang (sedang hirup budu Cap Tok Guru), adakah penyokong BN yang memakai baju BN melakukan perbuatan sedemikian sedangkan baju berkenaan boleh diambil di mana-mana pos BN. Percuma pula tu. Tak perlu bersusah payah membeli di kedai.

carisinar berkata...

Kata petugas berkenaan, "mereka (penyokong BN) semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita (penyokong PAS) bertubi tubi.

Kenapa penyokong PAS tak melawan? atau adakah depa semua jeniss golongan mak nyah atau pondan-pondan yang ditugaskan untuk menampal poster PAS?

carisinar berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
carisinar berkata...

Selain itu, cerita yang disembunyi sya…rakyat Bagan Pinang juga ‘bertarung’ ke atas seorang penyokong PAS semalam!..penyokong tersebut dikatakan mengganggu seorang anak gadis tempatan dengan kata-kata yang tidak senonoh. Kemudian,..orang kampung memukul dan menghalau penyokong PAS tersebut. Kemudiannya,…isu tersebut dijadikan modal untuk memburukkan jentera UMNO. Mereka menuduh Pemuda UMNO yang memukul,..sedangkan lebih 150 warga tempatan di Bagan Pinang menyaksikan tragedi tersebut sehinggakan terdengar laungan ‘Laknatlah Penyokong PAS’ dan ‘Pergi mampuslah sama Pakatan Rakyat’ oleh mereka.

wan berkata...

Woi batara,brp byk BN dh bg makan duit haram smpai kau xblh bezakan antara gambar tu? Apa yg Sya tnjukan dlm blog ni mmg btul!Ketua Pariah yg kau syang tu skrg dh dtimpa bala! Btul2 dia dh sakit skrg,wlaupun bukti video mnunjukan xder lgsung di dbelasah! karang kau plak aku belasah!

carisinar berkata...

Apa yang ko nak merepek ni wan... nampak sgt ko buta fakta

Fakta hari ini 9hb:

1... PAS Pakatan Rakyat GAGAL mengemukakan salinan polis berhubung dakwaan penyokongnya ditetak dan dipukul hingga cedera seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO dalam insiden yang kononnya membabitkan 'pedang samurai' kelmarin, apabila pihak polis membuat siasatan.

2... Pengarah Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang Pas, Salehuddin Ayub juga GAGAL mengemukakan nama lelaki yang kononnya cedera akibat ditetak itu.

3... Ketika mempertahankan tuduhan dan dakwaannya itu Salehuddin HANYA mengemukakan SALINAN laporan polis yang dibuat oleh salah seorang penyokong mereka yang MENDAKWA KERETANYA DIHALANG oleh petugas Barisan Nasional (BN).


4... Dalam laporan polis yang dikemukakan itu langsung TIDAK menyebut diserang menggunakan pedang samurai hingga cedera seperti yang di dakwa Naib Presiden Pas itu.

5... Polis telah meminta Salehuddin Ayub serta penulis portal berita Malaysian Insider (TAJAAN YAHUDI) dan Harakah Daily tampil memberi keterangan berhubung dakwaan yang mengelirukan kononnya penyokong parti itu dikasari dan diserang oleh ahli UMNO hingga mendatangkan kecederaan. (soal jawap masih diteruskan, dan diberitahu mereka tekencit dan terkucil serta terketar2 menjawap soalan)

6... Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam BLOG PEMBANGKANG menunjukkan Salehuddin telah memegang sekeping gambar berkaitan kejadian itu dengan gambaran kecederaan yang teruk ke atas mangsa.

7...Tetapi kata beliau, gambar mangsa cedera yang ditunjukkan oleh Salehuddin dan disiarkan dalam kedua-dua portal berita itu BERBEZA dengan orang yang dilaporkan kepada polis



- saya x salahkan sya, kerana beliau hanya hasil pencacai yang berjaya dibodohkan pemimpin mereka

carisinar berkata...

tak pe wan... or sya..

fakta dah diberi...
putar belit PR dah terburai...

Cuma ada sat jalan jer lepas ni untuk korang nak jawap alasan...

Alaaa alasan untuk menghalalkan cara..

iaitu, alasan yang selalu dijaja PR... POLIS DAH DIBELI... itu jer alasan yg korang leh gunakan skrg

Tapi korang mesti ingat, korang juga pernah puji dan poja menjulang bila polis membuat tangkapan atau mendakwa org kuat UBN atas tuduhan kesalahan (rasanya sya pernah membuat lapuran ini)