1.kemudahan untuk tentera tak disebut dalam bajet.Benarkan Lembaga tabung angkatan tentera kini memiliki saham di dalam syarikat minyak BHP?mengapa tiada peruntukan atau insentif untuk tentera di dalam bajet 2010.nak kata mereka semua sokong pembangkang tak logik.buktinya dalam PRK Bagan Pinang tempohari.
2.Golongan miskin sepatutnya diberikan peruntukan tambahan elaun bulanan oleh kerajaan BN tapi mereka juga tidak diberikan penekanan oleh kerajaan BN.apakah mereka semua ini menyokong pembangkang sampai dianaktirikan oleh kerajaan.
3.Minyak dunia dah cecah usd79 setong.apakah jaminan kerajaan harga minyak tidak akan dinaikkan pada masa depan.
4.kelakarnya dalam bajet 2010,kerajaan nak beri insentif termasuk lesen kepada individu yang nak bina tadika di pedalaman.insentif termasuklah nak latih guru-guru tadika dan beri pinjaman kepada mereka untuk mendirikan tadika swasta.inilah namanya anak dirumah mati kelaparan,kera dihutan disusukan.ramai yang tidak tahu prasekolah di pedalaman serba daif dan kurang kemudahan.mungkin kerajaan tak peduli kerana rakyat di sini senang ditipu dan digula-gulakan.sepatutnya kerajaan beri perhatian dengan meningkatkan prasarana kepada prasekolah ini.kerajaan sebenarnya nak tolong prasekolah kerajaan atau swasta?di tempat yang tak ada prasekolah,boleh didirikan prasekolah.penganalisis politik berpendapat sebenarnya kerajaan ingin membentu tadika KEMAS yang selama ini banyak membantu kerajaan mengukuhkan kedudukannya terutama di kawasan pedalaman seperti tanah rancangan FELDA.
5.Felda,Risda disatukan di bawah 1 konsortium.semua tahu felda mempunyai banyak dana.apakah sekarang kerajaan BN cuba memonopoli Petronas dan Felda.MP Pakatan Rakyat wajar bersuara di parlimen berhubung perkara ini.
Tok Iskandar
1 comments:
subsidi minyak akan diberikan hanya pada golongan sasaran. yang tak masuk dalam golongan tu, tunggu je lah bayar harga minyak ikut harga pasaran dunia :)
Catat Ulasan