Sebentar tadi telah diadakan Majlis Perasmian Gagasan 1 Malaysia peringkat Negeri di Stadium Ipoh,Perak.Sya sempat melihat sedikit acara yang diadakan dan juga mendengar ucapan Najib.Secara TOTALnya sya suka menyatakan bahawa Gagasan 1 Malaysia ini sebenarnya adalah permulaan bagi ERA PEMESONGAN AKIDAH yang cuba dibentuk oleh PEMIMPIN UMNO/BN di Negara ini.Sya berani menyatakan bahawa Gagasan ini sebenarnya berunsurkan SYIRIK semata-mata.
Najib seolah-olah menjadi TUHAN baru atas muka bumi ini apabila dia mengumumkan mahu mewujudkan satu lagi BANGSA yang dipanggil BANGSA 1 MALAYSIA.Apakah ia TIDAK bertentangan dengan HUKUM ALLAH swt..??Siapakah NAJIB yang mahu mengumumkan mahu membuat satu lagi BANGSA baru di Dunia ini dan sekaligus menidakan HUKUM dan KETETAPAN Allah swt??Apakah Najib merasakan bahwa dia sebenarnya sudah telalu BAGUS untuk mengeluarkan segala macam FAHAMAN yang secara jelas bertentangan dengan HUKUM Allah swt..??
Allah Berfirman didalam ayatnya :
Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar NIKMAT Allah swt dengan Kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan '-Surah Ibrahim ayat 28
Maka Najib telah berjaya meletakkan satu lagi kepercayaan dikalangan Bangsa di Negara ini KHASnya orang Melayu untuk berikrar dan berjanji untuk Taat Setia kepada Beliau.Kerana apabila Rakyat mengingati 1 Malaysia maka apa yang akan tersimpan dalam pemikiran kita ialah ia adalah sesuatu yang dicipta oleh seorang Manusia ynag bernama Najib Tun Razak.Maka apabila sesuatu yang baik itu terjadi atas nama 1 Malaysia maka merka akan mengatakan inilah Jasa 1 Malaysia dan inilah JASA Pemimpin kita dan seterusnya berlakulah SYIRIK terhadap Allah swt.
Diriwayatkan oleh Abdullah Bin Masud r.a katanya : Aku bertanya kepada Rasullullah saw,Apakah DOSA yang paling besar disisi Allah swt? Rasullullah saw bersabda : Engkau menjadikan iaitu menganggap ada yang sebanding dengan Allah swt sedangkan dialah yang menciptakan kamu.
`Kita akan meniupkan ROH 1 Malaysia kesetiap Negeri di Malaysia ini '.
Dalam acara sebentar tadi juga ICON ataupun Replika 1 Malaysia dibangunkan dari Rebahan dan dibiarkan tegak berdiri menandakan bahawasanya 1 sembahan berbentuk berhala 1 malaysia telah didirikan oleh Najib untuk menjadi sembahan terbaru buat Rakyat di Malaysia.Walaupun replika ini tidak mempunyai rupa paras seperti berhala-berhala yang lain namun sya suka memetik ucapan akhir Najib sebentar tadi yang mana dia menyatakan bahawa
`Kita akan meniupkan ROH 1 Malaysia kesetiap Negeri di Malaysia ini '.
Apakah ia masih belum jelas..???Replika itu tidak mempunyai sifat namun ia mempunyai ROH dan Najib sememangnya mahu Rakyat terima bahawa dialah yang memberikan ROH kepada 1 Malaysia,maka hanya Najib jugalah yang mampu untuk mematikan nya..!!
sya akhiri ia dengan ayat dibawah :
Hadis ini diriwayatkan pula oleh Al barqoni sholehnya dengan tambahan:
"Dan yang aku khuwatirkan terhadap umatku tiada lain adalah adanya pemimpin yang menyesatkan, dan ketika terjadi pertumpahan darah diantara mereka, maka tidak akan berahir sampai datangnya hari kiamat, dan hari kiamat tidak akan kunjung tiba kecuali ada diantara umatku yang mengikuti orang musyrik, dan sebahagian lain yang menyembah berhala, dan sungguh akan ada pada umatku 30 orang pendusta, yang mengaku sebagai Nabi, padahal aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi lain setelah aku, meskipun demikian akan tetap ada segolongan dari umatku yang tetap tegak membela kebenaran, dan mereka selalu mendapat pertolongan Allah taala, mereka tidak tergoyahkan oleh orang-orang yang menelantarkan mereka dan memusuhi mereka, sampai datang keputusan Allah s.w.t.".
sya akhiri ia dengan ayat dibawah :
Hadis ini diriwayatkan pula oleh Al barqoni sholehnya dengan tambahan:
"Dan yang aku khuwatirkan terhadap umatku tiada lain adalah adanya pemimpin yang menyesatkan, dan ketika terjadi pertumpahan darah diantara mereka, maka tidak akan berahir sampai datangnya hari kiamat, dan hari kiamat tidak akan kunjung tiba kecuali ada diantara umatku yang mengikuti orang musyrik, dan sebahagian lain yang menyembah berhala, dan sungguh akan ada pada umatku 30 orang pendusta, yang mengaku sebagai Nabi, padahal aku adalah penutup para Nabi, tidak ada Nabi lain setelah aku, meskipun demikian akan tetap ada segolongan dari umatku yang tetap tegak membela kebenaran, dan mereka selalu mendapat pertolongan Allah taala, mereka tidak tergoyahkan oleh orang-orang yang menelantarkan mereka dan memusuhi mereka, sampai datang keputusan Allah s.w.t.".
Ingatlah !!
Jangan menyeru kepada asobiah,jangan berperang atas asobiah ,Jangan mati dalam asobiah.Sesiapa yang berada di bawah asobiah maka berhati hatilah dengan kekaburan asobiah.Sesungguhnya asobiah juga boleh melahirkan fitnah dan berkemungkinan besar,batasan malumat akan menjadi mendung dan boleh membawa seseorang dalam kejahilan..
4 comments:
Ini adalah satu kaedah untuk perpaduan..tak ada syirik pun dalam 1 Malaysia..atau saudara sendiri tak paham apa itu syirik..
Perpaduan amat dituntut dalam Islam
jgn kerana politik, menidakkan yang hak..
Allahuakbar
pada pendapat saya lahkan...apa yang dimaksudkan dengan penulis ni syirik ialah apabila najib cakap...."tiada BN tiada pembangunan..."..Keranamu BN.."...tanpa BN Malaysia tak maju...undilah BN nescaya masaa depan terjamin..undi Pas tiada pembangunan..bla bla bla...ini bermaksud...c Najib ni mengajar rakyat2 Malaysia bergantung pada BN walhal...apa yang dikecapi oleh BN ni takkan terjadi hanya dengan IZIN ALLAH....inilah yang cuba dikatakn mensyirikkan Malaysia..mengajar rakyat supaya memberi 100% kepercayaan bahawa BN boleh melakukan APA-APA aja..dengan KUASA yg mereka ada..seolah-olah mereka boleh tunaikan segala2nya tanpa pertolongan ALLAH....
Kalau Gomo lah....Jika benar dakwaan
Anwar dan pemimpin pakatan pembangkang yang lain dapat membuktikan
pembabitan Dato Sri Najib dalam kes pembunuhan Altantuya, sure Gomo dan
ramai lagi rakyat Malaysia ni suruh Dato Sri Najib letak jawatan
sebagai PM. N...amun kenalah bagi bukti yang masuk dek akal, bukan sekadar
cakap je....
http://www.papagomo.com/2009/10/najib-altantuyaapa-takda-modal-lain-ke.html
"Najib seolah-olah menjadi TUHAN baru atas muka bumi ini apabila dia mengumumkan mahu mewujudkan satu lagi BANGSA yang dipanggil BANGSA 1 MALAYSIA.Apakah ia TIDAK bertentangan dengan HUKUM ALLAH swt..??"
HUKUM ALLAH yang mana satu yang bertentangannya? hukum usaha untuk menyatupadukan ummah dengan gagasan dan fahaman perpaduan?
"Kerana apabila Rakyat mengingati 1 Malaysia maka apa yang akan tersimpan dalam pemikiran kita ialah ia adalah sesuatu yang dicipta oleh seorang Manusia ynag bernama Najib Tun Razak.Maka apabila sesuatu yang baik itu terjadi atas nama 1 Malaysia maka merka akan mengatakan inilah Jasa 1 Malaysia dan inilah JASA Pemimpin kita dan seterusnya berlakulah SYIRIK terhadap Allah swt."
umat Islam tidaklah sejahil ini untuk mengagungkan Najib. Mereka masih sedar yang baik dan yang buruk semua datang dariNya MELALUI MANUSIA.
Siapa yang bertungkus lumus mendapatkan kita merdeka? bukankah kita akan cakap si polan dan si polan dan si polan? tapi kita masih ingat bahawa berlakunya sesuatu masih tetap atas izinNya.
"Dalam acara sebentar tadi juga ICON ataupun Replika 1 Malaysia dibangunkan dari Rebahan dan dibiarkan tegak berdiri menandakan bahawasanya 1 sembahan berbentuk berhala 1 malaysia telah didirikan oleh Najib untuk menjadi sembahan terbaru buat Rakyat di Malaysia."
dekat kuil mana die letak berhala untuk disembah ini??
"`Kita akan meniupkan ROH 1 Malaysia kesetiap Negeri di Malaysia ini '."
its an art term of language. us ur creative mind instead of spinning the words.
meniupkan ROH di maksudkan sebagai menanam dalam diri( sbb tu pakai ROH) semangat untuk perpaduan melalui usaha 1Malaysia. SYIRIKkah usaha perpaduan itu?
**saya pasti TIDAK akan jadi seorang berbangsa 1Malaysia (Setakat ini) namun saya tidak setuju langsung dengan tulisan saudari ini.
Catat Ulasan