Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




OUT...!!..IN..!!

PKR telah membuat beberapa perubahan kepada kepimpinan PKR di peringkat negeri bagi memantapkan lagi gerak kerja parti.

Pengerusi PKR Sabah kini beralih tangan kepada Thamrin Zaini bagi menggantikkan Azmin Ali, manakala di Sarawak pula, Baru Bian mengambil alih baton Pengerusi PKR Sarawak daripada Mustafa Kamil Ayub.

Pelantikan mereka yang merupakan anak jati Sabah dan Sarawak, diharapkan dapat menjadikan PKR lebih mantap dan diterima oleh masyarakat di sana.

Mustafa Kamil Ayub yang terpelanting di Sarawak, telah dipilih sebagai Pengerusi PKR Perak bagi menggantikkan Hj Osman.

Yahooo!!! Hj Osman.... OUT!!!

Mamat ni memang patut digugurkan. Takda satu benda pun yang dibuatnya untuk PKR Perak selain menyibuk tunjuk muka ke hulu ke hilir apabila ada majlis besar yang melibatkan Anwar atau pemimpin-pemimpin besar Pakatan Rakyat. Other than that.... ermmm.... eilek!!

Heboh bagai nak rak cerita DUN akan dibubarkan bagi satu lagi pilihan raya tetapi apa yang mamat ni buat bagi mempersiapkan PKR untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya tersebut? Habuk pun tarak!!!

Itu ler... dulu, elok-elok Hj Ismail jadi kapala PKR Perak, ditukarkan hamba Allah tu. Kadang-kadang pelik tengok cara PKR memilih pemimpin mereka. Yang komited, rajin, boleh buat kerja, jujur dan tak sombong serta mesra akar umbi dan rakyat digugurkan dan dilantik pulak orang macam Hj Osman yang memang tak semiak dan takda tokoh sebagai pemimpin to lead PKR negeri Perak.

Sekarang.. apabila dah tau tembelang Hj Osman, baru nak lantik yang lain. Siapa lagi, kalau bukan Mustafa Kamil Ayub. Kata demer, dia ni lebih kurang Hj Osman jugak. Suka terperap dekat Anwar dan tak berapa gemor turun padang memesrakan diri dengan akar umbi dan rakyat. Dia ni kata demer, lebih sesuai jadi pemimpin parti tetapi dia bukan pemimpin rakyat. Yang orang mahu ialah pemimpin rakyat, yang boleh menjiwai perasaan dan susah payah orang bawah serta rakyat.

Apa-apa pun, siapalah kita untuk mempertikaikan pilihan pucuk pimpinan PKR pusat. Suka tak suka, itulah pilihan yang telah diberikan kepada PKR Perak. So, just hope for the best.

Bagilah dia peluang. Mana tau kut-kut dia telah muhasabah diri dan ambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan diri yang diperkatakan orang tentang dirinya. Mungkin dia sudah berubah atau akan berubah demi kebaikan PKR Perak. Kita mesti sentiasa berbaik sangka dengan orang.

Don't worry... kita bagi dia chance tapi sekiranya dia buat 'slack', kita hentam dia. Yang dia buat betul atau baik, kita sokong tapi kalau dia lari daripada landasan, kita tegur dan beri kritikan membina. Tapi.... kalau dia masih ego, degil dan besar kepala, kita kempen untuk nyahkan dia melalui tulisan-tuliasan kita. Kita dedahkan kelemahan-kelemahan dia sehingga dia tersingkir.

So, for the time being, kita terima apa yang diberikan kepada kita dengan harapan Mustafa Kamil Ayub akan membawa perubahan yang positif kepada usaha untuk memantapkan PKR Perak.

M3M

2 comments:

ummu asiah berkata...

ooohhh...dia ker penggantinya...:((

harap adalah perubahan...rakyat mengharapkan perubahan...

jangan sama saja atau lagi teruk...

kalau tidak rakyat yang teruk

buktikan...

fawi berkata...

Sya..

kasi ler dia chance dulu...mana tau kot4 boleh buat perubahan..
teman pong harap sgt PKR dapat menyusun barisan yg lebih mantop, sejarah membuktikan main tangkap muat akhirnya makan diri..cari postman bodoh, waiter pong ader...dl lagi...at the end sakit pala....

cabuts