Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Siapa PESONG Siapa..????

Banner ini antara yang dipasang dari berpuluh-puluh yang lain,apa yang membuatkan ia menjadi menarik ialah tulisan ayat di atas banner ini yang mana ia tertulis `Tolak Pas usah Biarkan Diri Anda terus Dipesongkan '...Emmm mereka seolah - olah mentafsirkan bahawa selama ini Rakyat telah dipesongkan oleh Pas dan apa pula pandangan anda mengenai Banner keluaran UMNO ini....

Baik sama-sama kita lihat gambar dibawah ini pula....


Diatas ini koleksi banner-banner yang dipasang apa yang menambah persoalan sya ialah siapa yang memesongkan Akhlak dan Akidah Rakyat di Negara ini..Apa yang tetulis dalam Banner ini ialah perkataan `Selama 63 Tahun BN Melindungi anda Jangan Musnahkan Keamanan Negara' dan juga `Selama 63 Tahun Kami Hidup Aman Bersama BN '....Cuba kita renungkan ayat diatas ini apakah ia Tidak MEMESONGKAN AKIDAH KITA...???

Ungkapan yang seolah-olahnya memperbesarkan dan Mengagungkan BN sebagai pembela juga sebagai Penyebab kepada Keamanan Negara ini.Dengan perkataan -perkataan seperti ini maka kita dapat mentafsirkan bahawa BN mahu Rakyat yang ada menanamkan dalam diri mereka bahawa BN lah yang menjadi TUHAN dan penentu hidup dan juga yang menjaga Rakyat dinegara ini...Lihatlah dan fikirkanlah SIAPA yang SEBENARNYA MEMESONGKAN RAKYAT...!!!


N31 Berani Membuat Perubahan...!!!

0 comments: