Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Tradisi Tahun Baru yang diteruskan...


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sebahagian manusia diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah; dan sebahagiannya lagi (yang ingkar) ditimpa kesukaran (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan itu pemimpin-pemimpin mereka selain dari Allah, serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayahNya. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau". (Al-A’raf: 30-31)

S
ejak dari pagi beratus kiriman Selamat Tahun Baru yang dihantar kepada sya.Semuanya dari rakan-rkan yang bersemangat nak menjejakan kaki untuk tahun 2010 ini.Tak kurang juga dengan ajakan dan jemputan makan malam serta berkumpul bersama rakan-rakan lama untuk menyambut kehadiran Tahun Baru.Namun semuanya sya tolak dengan hormat dan penuh prinsip yang mana bagi sya tiada istilah BARU jika yang LAMA kita tak mampu UBAH dan PERBETULKAN.

Kebanyakkan negara-negara di dunia ini akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya, kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru.
Kepelbagaian acara sambutan tahun baru juga menyebabkan sesetengah dari masyarakat keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang daripada sebarang ajaran agama yang sebenar?

sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.

Persoalan sya mudah siapa yang menyuruh kita menyambut Tahun Baru ini..??Ayat Al-Quran yang mana yang mewajibkan hambanya untuk menyambutnya..??Bukan mahu berbicara seolah sya ni baik sangat namun atas akal yang dikurniakan oleh Allah swt sya bersyukur kerana masih mampu berfikir.

Untuk itu kepada semua ingin sya berkongsi agar Tahun Baru ini hadir dengan seribu Rahmat dan Keberkatan dan bukan seribu KESESATAN..

Cabaran dan dugaan menunggu di depan, sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan dan kesenangan atau kealpaan. Tidak ada yang mengetahui, selain Allah. Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri dan sedaya upaya melakukan yang terbaik setiap hari.

Umat Islam juga harus menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak, memperbaikan cara dan mengukuhkan keimanan dengan mencontohi peribadi Rasulullah saw.

Akhir kata ayuh bersama kita fahami maksud hadis ini:

"Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

1 Malaysia lakar satu lagi Kejayaan...!!Syabas Najib..


PUTRAJAYA: Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.

Sya :

Dengan ini SAH la sudah dan BENAR la apa yang dilaungkan oleh Najib Tun Razak kepada Rakyat iaitu Rakyat DiDAHULUKAN,Pencapaian DIuTAMAKan.

Apa yang dia DULUKAN Rakyat..??Kenaikan barang,Kenaikan Minyak dan semua kenaikan yang sama waktu dengannya...

Apa yang dia uTAMAKan..??Enjin kapal terbang,budget 1 Malaysia dan yang juga sama waktu dengannya...

Rakyat dapat apa..??Dapat tengok jer la..nak TAK NAK kena hadap jugak...!!

So untuk menjatuhkan UBN,apa yang penting ..???...KERJASAMA..!!!

Islam dan Kebersihan..Dimana kita??


Perintah Al-Quran untuk melakukan ibadah yang kemudian dikaitkan dengan kebersihan, menunjukkan bahwa keduanya tak dapat dipisahkan karena saling melengkapi. Oleh karena itu, antara ibadah dengan kebersihan terhadap hubungan timbal balik di mana kebersihan dinilai sebagai ibadah, dan ibadah itu sendiri dianggap tidak sah atau sempurna tanpa melalui kebersihan.Peraturan-peraturan ini jelas menunjukan soal, syarat dan mekanisme agar ibadah yang dilakukan dapat memberikan sesuatu yang positif bagi kehidupan pelakunya. Sesuatu itu dimaksud tidak hanya diharapkan pada saat berlakunya ibadah, akan tetapi yang lebih penting lagi adalah di luar ibadah.Ibadah-ibadah yang diatur dalam Al-Quran khusus yang berkaitan dengan ibadah kepada Allah di antaranya adalah shalat, puasa, haji dan lain-lain. Hal yang paling menarik dari ibadah-ibadah ini ialah adanya penentuan syarat-syarat sebelum pelaksanaan ibadah. Syarat-syarat ini pada umumnya mengarah kepada sifat bersih baik lahir mahupun batin.

Firman Allah “Tidak Kuciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu”. Kedudukan fiqh dalam ayat ini adalah mengatur tata cara pengabdian manusia kepada Allah sebagai Zat Yang Maha Suci dan Maha Bersih, dan karenanya pengabdian ini tidak akan membuahkan hasil yang baik jika manusia tidak mensucikan dan membersihkan dirinya terlebih dahulu. Artinya, sifat-sifat Allah yang bersih dan suci hanya dapat dilakukan oleh orang-orang yang bersih dan suci. Bila kebersihan dikaitkan dengan ibadah sebagaimana disebutkan Al-Quran dalam ibadah shalat, berarti menjaga kebersihan termasuk sesuatu yang diwajibkan, sama halnya dengan kewajiban shalat itu sendiri. Ini juga termasuk salah satu alasan para ulama ketika mengeluarkan kaidah fiqh mala yatimmu al-wajib illa bihi fahuwa wajib yang artinya ‘apabila suatu kewajiban tidak sempurna tanpa melibatkan sarana yang lain, maka sarana yang lain itu juga hukumnya adalah wajib’. Kebersihan dengan ibadah maka kebersihan itu sendiri adalah termasuk sebahagian dari ibadah, apalagi kebersihan dijadikan sebagai salah satu syarat sah.

Akan tetapi yang lebih penting lagi nilai-nilai dimaksud dapat diterapkan di luar waktu ibadah.

Memelihara Kebersihan Alam Sekitar

Umat Islam sangat berhati-hati dalam menjaga lpersekitaran terdekat mereka agar tetap bersih. Satu contoh tentang itu disebutkan dalam surah al-Hajj. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. untuk memelihara Ka’bah agar tetap bersih untuk orang-orang beriman yang berdo’a di sekitar tempat itu,

"Dan (ingatlah) ketika Kami memberikan tempat kepada Ibrahim di tempat Baitullah (dengan mengatakan), ‘Janganlah kamu menyekutukan sesuatu pun dengan Aku dan sucikanlah rumah-Ku ini bagi orang-orang yang thawaf, dan orang-orang yang beribadah dan orang-orang yang ruku dan sujud.’" (al-Hajj [22]: 26.Sebagaimana dikehendaki ayat tersebut, kebersihan persekitaran tempat suci yang sejenis (mushala, masjid, majelis taklim, Ed.) harus dipelihara, terutama sekali bagi orang-orang beriman lainnya yang hendak menunaikan ibadah untuk mendapatkan ridha Allah. Karena itu, semua orang beriman yang mengikuti langkah Ibrahim a.s. harus menjaga tempat tinggal mereka agar tetap bersih dan rapi, sebab hal itu dapat menyenangkan hati mereka.

Konsep qur`ani tentang kebersihan jelas berbeda dengan pemahaman orang-orang yang tidak beriman. Allah memerintahkan orang-orang beriman supaya "bersih dan suci" baik lahir maupun batin. Dengan kata lain, hal ini bukanlah bersih dalam pengertian klasik atau kuno, melainkan sebuah upaya berkesinambungan.

Menurut kaidah ini, penggambaran Al-Qur`an tentang kehidupan di surga juga bersifat perintah.Persekitaran syurga sudah dibersihkan dari segala bentuk kotoran yang dapat kita lihat di sekitar kita. Surga adalah sebuah tempat yang penuh dengan kebahagiaan, dengan kebersihan yang sempurna. Tiap perincian yang terwujud di sana berada dalam keserasian yang sempurna dengan setiap perincian lainnya. Dalam cahaya ilustrasi seperti ini, insan beriman sentiasa harus berupaya menjaga persekitaran mereka agar bersih dan mengalihkan kenangan mereka pada tempat-tempat yang mengingatkan mereka kepada surga. al-‘Ilmi. Hal. 57).

Akhirnya, renungilah seruan Ilahi untuk hamba-hamba-Nya bagi menjaga alam sekitar khususnya bukit-bukau dan gunung-ganang ciptaan terindah Tuhan menerusi ayat yang bermaksud: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)

Hal ini disokong pula dengan hadis Nabi SAW bermaksud; Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa. 2004. (Rujuk: Jami’ al-Tirmizi. Kitab al-Fitan. Hadis No. 2191. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dauliyyah).

Tubuh Siasatan Diraja Siasat 2Bekas PM-DS dr Chua Jui Meng



29.12.2009 Hutan Melintang : Bertempat di Dewan Cina Hutan Melintang telah diadakan Majlis Makan Malam Kemenangan anjuran PKR.Ia telah dihadiri oleh YB Kesavan,Yb Gobalakrishnan,Dato Seri Chua Jui Meng,Yb Lee Boon Chai dan juga Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.Dato Chua Jui Meng didalam ucapannya menggesa agar Najib Tun Abdul Razak menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyisat 2 bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir dan juga Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai penyelewengan wang Rakyat yang telah lama diketahui akan kebenarannya oleh semua semasa mereka memegang tampuk pemerintahan.Namun Dato Chua juga mengatakan yang Najib pastinya tidak berani untuk menyiasat kedua-dua bekas PM itu kerana bimbang nasib yang sama akan berlaku keatasnya apabila beliau bersara kelak.Turut diperjelaskan ialah isu minyak dan juga beberapa isu semasa yang lain yang mana ia menceritakan mengenai apa yang berlaku di Negara kita kini.

Dato Seri Nizar juga dalam ucapannya menekan kan soal kehilangan enjin pesawat TUDM yang hilang yang mana ia dipersoalkan apabila Menteri Pertahanan yang ada menafikan bahawa ia hilang semasa Beliau iaitu Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan.Ia memperjelaskan bahawa beliau sendiri mengakui bahawa enjin tersebut hilang sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan.Sehubungan dengan itu Dato Seri menyatakan kepada Rakyat bahawa ia bukan sahaja melibatkan soal keselamatan akan tetapi ia juga turut melibatkan isu ketulusan pemimpin yang ada apabila benda sepenting itu mampu bolos dari pengawasan keselamatan dan sekaligus memperlihatkan tahap sebenar sistem keselamatan di Negara kita.

Pelbagai lagi soal yang masih belum diketahui umum dirungkai dan diperjelaskan oleh para penceramah.

Jersi dan Pasukan baru dilancarkan

Presiden PAFA disambut oleh pemain

Wakil SPECS
Presiden PAFA
Proses menandatangai perjanjian
Memetrai perjanjian dengan wakil SPECS
Sesi perkenalan jersi baru Pasukan Perak
pihak pengurusan sesi 2010
Barisan pemain bergambar bersam pengurusan

29.12.2009 Ipoh : Bertempat di Ipoh Perade telah berlangsung satu majlis Pelancaran Jersi dan Pasukan Bola Sepak Liga Super 2010.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil Specs yang menaja Pasukan Bole Sepak Peak untuk saingan tahun 2010.Dato Seri selaku President Pafa telah hadir sama bagi merasmikannya dan menandatangani surat perjanjian bersama dengan Syarikat SPECS.

Majlis diakhiri dengan memperkenalkan 6 jersi dan memperkenalkan para pemain yang akan beraksi tahun hadapan.Dalam majlis tersebut juga telah diperkenalkan barisan pengurusan dan juga jurulatih baru skuad Kejor Yob Kejor iaitu Raja Azlan.

Di dalam majlis tersebut Dato Seri meletakan harapan kepada skuad ini yang mana dengan kembalinya K.Nathakumar ke Perak akan membawa skuad ini terus mara dan memenangi saingan tahun 2010.

SB pun nak ikut Dato Seri ke Pulau Sangga...???


dalam gambar ni dia seorang jer yg SB yang lain tu member PR

Kisah ni bermula disini.Korang kenal gambar kat atas ni.??Mungkin ada yang kenal dan ada yang tak kenal..meh aku nak bagi kenal.Lelaki yang pakai baju t-shirt belang biru tu SB atau lebih dikenali sebagai (Siput B***).Mulanya aku tak perasan dia datang tapi bila ku pandang memang sah la mamat ni yang selalu mukanya aku lihat di Ipoh.

Mamat ni dalam program PR selalu duduk dengan pihak wartawan dan juga kalangan penyokong PR.Muka nampak baik sangat susah nak tafsir dia ni spesis tu tapi itu lah dia sebenarnya.Semalam dia memunculkan dirinya di jeti tempat kami menunggu bot untuk ke Pulau Sangga di Kuala Sepetang.Aku difahamkan yang jeti untuk orang awam tunggu bot bukan ditempat yang kami tunggu tu dan kami disitu sebab ia memang dah ditempah khas untuk perjalanan Dato dan Datin Seri ke Pulau Sangga.Kat sini korang kena faham bahawa dah memang tak patut la dia ada kat situ kan..??

Bila dia sampai dia kata nak keseberang bersama dengan keluarganya tapi kenapa disitu..??Keluarga dia aku tak nampak.Bila dia salam dengan Dato Seri dan bila ditanya datang dari mana, dia cakap Ipoh,satu fakta yang benar.Bila bot kami sampai dia ni pun dengan buat muka selamba nak jugak naik bot bersama dengan kami akan tetapi aku yang dari awal dah bagitahu Pegawai Khas Dato tentang mamat ni terus diorang pun tak kasi peluang.Sampai di kuala Sangga aku tunggu jugak kut dia nak sampai kesitu tapi dari awal sampai abis dia tak munculkan diri.Kalau betul dia niat nak kesitu dengan keluarga dia kenapa tak sampai-sampai..??

Ini merupakan taktik terbaru dia sama macam kovensyen Pakatan Rakyat Perak hari tu,bila dia sama nak masuk dan mendaftar sebagai press.Bila tanya mana tag media dia jawab tertinggal..Adoiyai benda penting pun boleh lupa ker..apalah..!jadi buat masa ni kepada mamat ni carilah taktik baru yer sebabnya kalau jumpa aku mesti kantoi la...oppsss!!

Persoalannya..Kenapa dia disitu..??Apa agendnya..??Siapa yang hantar dia kesitu..??

Kuala Sangga yang Mundur..Bukti UBN ULUkan Rakyat..!

27.12.2009 Kuala Sangga : Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin dan Datin Seri Fatimah Taat berserta keluarga telah meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai program ziarah penduduk di Pulau Sangga yang mana ia terletak didalam Parlimen Bukit Gantang dan di dalam Dun Kuala Sepetang.Kami menaiki pengangkutan yang disediakan dan berlepas dari jeti Kuala Sepetang kira-kira jam 2.30 petang dan tiba setengah jam selepas itu.

Kuala Sangga merupakan salah satu Pulau yang terletak agak jauh dengan Kuala Sepetang.Majoriti penduduk disana ialah terdiri daripada penduduk berbangsa cina.Kami difahamkan Kuala Sangga telah berusia 125 tahun.Di sana juga ditempatkan 300 biji rumah dan sebuah Sekolah yang mana sekolah berkenaan hanya mempunyai 47 orang murid sahaja.Dato Seri dan Datin sempat meluangkan masa mengelilingi kawasan sekitar bagi melihat kekurangan hidup yang dialami oleh penduduk disana.Dato Seri selaku Ahli Parlimen telah memberikan sebuah tangga bagi kegunaan penduduk disana yang mana ia diperlukan bagi kerja-kerja seharian mereka.

Walaupun Kuala Sangga telah berusia 125 tahun,ia masih lagi tidak mendapat tempat dalam arus kemodenan Negara.Kawasannya yang terpencil seolah-olah dinafikan hak mereka bagi mendapatkan bekalan elektrik yang sempurna.Untuk pengetahuan semua bekalan elektrik disana hnya menggunakan mesin generator yang mana ia menampun keseluruhan rumah dikawasan tersebut.Penggunaan minyak diesel yang menjangkau rm 30.00 sehari juga turut agak membebankan penduduk disana.Untuk itu Dato Seri Ir Hj Nizar telah menyampaikan bantuan kewangan kepada wakil penduduk bagi membantu mereka meringankan beban untuk menampung pembelian minyak tersebut.Pelbagai lagi kisah yang sempat kami kongsikan bersama dengan wakil penduduk yang mana ia memperlihatkan bahawa dalam arus kemajuan Negara masih ada yang hidup dengan kekurangan.

Selepas Dato dan Datin Seri melihat kawasan persekitaran di kuala Sangga,kami bertolak balik ke Jeti Kuala Sepetang.

Mungkin inilah yang dinyatakan UBN Rakyat diULUkan,Pencapaian DiuTAMAKan..Syabas UBN..!


Pengaruh Dato Seri Nizar terus DIGERUNI..!!

"tahniah dan mulai sedar kesilapan yang dilakukan sebelum ini". -zambry

itu komen menteri besar Perak, Dato seri dr zambry Abdul Kadir berhubung tindakan Dewan Pemuda Pas Perak yang mula menjalinkan persahabatan dengan media arus perdana.

kenyataan itu dibuat menerusi laporan sebuah akhbar tempatan menerusi aktiviti persahabatan boling yang diadakan oleh Dewan pemuda pas perak bersama media Perak.

sebelum ini, Pas Perak pernah mempertikaikan akan ketulusan media arus perdana dalam menyampaikan liputan atau laporan mengenai pihak pembangkang yang lebih ke arah prospek negatif .

Sya

artikel diatas sya petik dari laman blog ini yang mana ia ditulis selepas satu perlawanan
persahabat yang dianjurkan oleh dewan Pemuda Pas Perak bersama rakan media di sebuah pusat bowling di Ipoh pada malam Rabu yang lalu.Ramai yang telah hadir termasuk wakil media arus perdana yang sama-sama bermain dalam suasana yang harmoni dan semangat kesukanan juga meletakan fahaman idologi politik jauh dari persekitaran.Turut hadir sama ialah Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin MB Perak yang sudi melapangkan masa hadir bagi bersama dengan semua yang hadir.

Artikel diatas ditulis selepas gambar dan berita yang ditulis di dalam akhbar sinar harian pada hari Jumaat yang lalu.Maka terkejut la bilik berita RTM(mana tau orang dalam bagi tau ) apabila melihat gambar dan cerita tersebut keluar untuk tatapan pembaca Sinar Harian.Apa lagi terus ditugaskan salah seorang wartawan mereka mendapatkan reaksi si zambry tu,maka terhasil la artikel diatas ni.

Persoalannya apa kena mengena si zambry ni dengan program tersebut,lantaklah kalau pemuda pas nak buat apa pun.Sekurangnya bak kata ekau(zambry) `Mulai sedar dari kesilapan'..sedap jer bahasanya yer..Orang ada asas agama memang sentiasa ingat dan berubah bukan macam ekau yang Allah swt tutup pintu hati sampai `TAK Sedar dari Kesilapan' aku tambah lagi `TAK Sedar diri sama'...

Lagi satu yang kami pertikaikan berita yang dihantar oleh wartawan semua yang kemudiannya di edit oleh si Editor yang akhirnya menghasilkan berita yang memang tak berguna..So Maknanya bukan wartawan yang salah tapi Editor yang tak betul..Ada faham zambry??

Salah satu sebab diaorang nak zambry komen pasal hal ni ialah pasalnya diaorang takut satu perak baca kisah Dato Seri Ir Hj Nizar dan Pemuda Pas main Bowling dengan Media..!So nak nampakan macam si zambry tu prihatin so RTM selaku lidah rasmi pun mendapatkanlah komen kurang cerdik si zambry ni..

Soalan aku :

  • Apakah si Zambry rasa tercabar apabila Wartawan Arus Perdana sekarang ni pun dah mula nampak condong kepada Pakatan Rakyat Perak??
  • Apakah Zambry juga takut dengan pengaruh Dato Seri Nizar terhadap Media Arus Perdana selepas ini..??


Ini antara gambar yang aku simpan( malam tu aku sorang jer yang amik gambar ) sebab dapat tahu isu ni pun diaorang nak manipulsi jugak..layan..!

Dato Seri turut sama hadir dalam program ini
Dato Seri merasmikan Perak Darul Kartun
Wakil Media menerima cenderahati
Semua Media dan Pemuda Pas yang hadir bergambar kenangan

p/s : dengor kata zambry pun nak buat gak program ngan media tapi main aci kejor...hihiihihihi..

Hasan Ali tak tidur malam..??

dari http://bongkarsauh.blogspot.com

Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu.

Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang wajib dirungkai segera.

Katakan, memang benar Umno yang menganjurkannya, apa sikap PAS Selangor terutama Hassan Ali?


Sya :

Pak Hassan aku tak nak cakap banyak satu jer aku nak pesan.....Lu PIKIR La SENDIRI..!!!

UMNO Perak DERHAKA kepada SULTAN..??

UMNO yang berpura-pura taat setia menjunjung titah Raja dengan slogan “Daulat Tuanku” sekali lagi menzahirkan sifat derhakanya kepada DYMM Sultan Perak, apabila beria-ia membantah perlantikan AJK kariah (masjid) negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2009-2012.

UMNO yang terlucut kuasanya di negeri Perak pada 8 Mac 2008, dan kembali berkuasa melalui rampasan kuasa pada 5 Februari 2009, tidak pernah berubah perangai dengan sifat tamaknya untuk membolot kuasa di semua bidang dan ruang, hatta di bidang pentadbiran kariah masjid di seluruh negeri Perak yang tertakluk di bawah bidang kuasa Sultan.

Sudahlah ketua-ketua kampung yang dipilih dengan suara rakyat secara demokrasi semasa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR), kesemua mereka dipecat sebaik sahaja Zambry menjadi MB kerajaan rampasan kuasa UMNO.

Kini AJK kariah yang telah dipersetujui perlantikannnya bagi seluruh negeri Perak oleh persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak, hendak dirampas kuasa pula oleh UMNO, terutamanya di beberapa daerah pentadbiran agama seperti Slim River, Sungai Siput, Kuala Kangsar, Lenggong dan Bagan Serai.

Jahil Perlembagaan
Saya tak fikir pemimpin-pemimpin UMNO peringkat Bahagian dan Negeri begitu jahil hingga tidak mengetahui langsung Perlembagaan Negeri Perak yang memperuntukan DYMM Sultan adalah ketua agama Islam negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak, dipengerusikan sendiri oleh DYTM Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Zambry sendiri menjadi ahli Majlis itu bersama beberapa orang besar istana dan pegawai-pegawai kanan kerajaan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang.

Zambry sebagai MB sepatutnya menasihati anak buahnya supaya tidak membantah keputusan yang telah dibuat oleh persidangan Majlis itu.

Akan tetapi beliau tidak bersuara mengingatkan orang-orang UMNO, bahkan dia sepatutnya memberi amaran kepada mereka bahawa perbuatan orang-orang UMNO membantah perlantikan AJK kariah yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda itu adalah bererti menderhaka kepada Sultan, kerana Tuanku Raja Dr Nazrin Shah adalah mewakili Paduka Baginda Sultan Azlan Muhibbudin Shah yang menjadi ketua agama Islam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Langgar Undang-undang

Sebenarnya UMNO sejak lebih 50 tahun berkuasa tidak pernah mematuhi kehendak Enakmen atau Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri yang mereka buat sendiri dalam Dewan Undangan semasa mereka berkuasa. Undang-undang itu dibuat hanya untuk menghalang pihak-pihak lain, sekiranya kedudukan kuasa mereka boleh terjejas. Zambry MB UMNO itu tahu bahawa senarai AJK kariah yang dikemukakan partinya tidak dibuat berdasarkan Kaedah-kaedah J/kuasa Kariah 1998, iaitu mengikut kaedah 3 (1) yang memperuntukkan bahawa Pegawai Tadbir Agama (PTA) dan Penghulu, setelah berunding dengan Orang Besar Jajahan (OBJ) hendaklah mencadangkan kepada Majlis, melalui Pengerusi J/kuasa Agama Islam (kini Zambry sendiri penjawatnya) senarai nama cadangan AJK kariah bagi jawatan yang dinyatakan dalam sub-kaedah (2) yang berkaitan.

UMNO selama-lamanya menyalahguna kuasa dengan mengemukakan senarai AJK kariahnya sendiri tanpa melalui PTA dan Penghulu apatah lagi OBJ, padahal UMNO pun tahu bahawa sebahagian mereka yang berkenaan itu tak kurang juga semangat UMNOnya, namun yang penting bagi UMNO bersikap: “Pergi jahanamlah” dengan prosedur atau kaedah-kaedah perundangan itu. Sikap UMNO sedemikian itu mereka cuba tunjukkan juga pada masa kerajaan PR dahulu hingga menyebabkan senarai AJK kariah yang dikemukakan oleh rakyat yang mewakili pelbagai kelompok masyarakat dan aliran politik tidak sempat diluluskan oleh Majlis Agama Islam kerana hendak melayani kerenah UMNO.

Merujuk kepada kenyataan rasmi mengenai permasalahan perlantikan AJK kariah berkenaan yang dikeluarkan oleh pengarah Jabatan Agama Islam Perak Dato’ Sheikh Mohd Nor Mansor Al-Hafiz bertarikh 21 Disember 2009, jelaslah membuktikan bahawa UMNO Perak cuba hendak menimbulkan permasalahan dan fitnah terhadap pentadbiran Agama Islam Perak khususnya terhadap PTA yang kononnya memandai-mandai menukarkan nama-nama dalam senarai AJK yang telah diluluskan dengan menggantikannya dengan nama-nama baru yang tidak disenaraikan. Padahal apa yang sebenarnya berlaku bahawa senarai yang dikemukakan UMNO tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan, maka kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah 1998 digunakan bagi mengemukakan senarai nama cadangan AJK kariah yang kemudian diluluskan oleh Majlis.

Memohon Ampun

Bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh bantahan UMNO Perak dan tuduhan yang tidak berasas ini, Zambry selaku MB UMNO dan Kerajaan BN hendaklah mengeluarkan kenyataan mempertahankan keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak mengenai perkara ini dan menyeru orang-orang UMNO supaya memohon ampun kepada DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda Perak atas perbuatan derhaka mereka itu dan janganlah lagi sibuk merebutkan jawatan AJK kariah atau jawatan pegawai-pegawai masjid seperti jawatan imam dan bilal. Zambry sendiri patut sedar dan menyedarkan orang-orang UMNO bahawa amalan mempertikaikan keputusan Majlis dalam perkara-perkara seperti ini boleh memesongkan fokus atau tumpuan Majlis daripada tugasnya yang lebih utama seperti perancangan memakmurkan masjid-masjid itu dan mempertingkatkan kerja-kerja dakwah terutama dalam menghadapi dan menangani gejala sosial dan murtad di kalangan masyarakat Islam di negeri Perak.

Dalam isu yang terang-terang mempertikai kuasa mutlak DYMM Sultan seperti ini SS Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Hj Harussani Hj Zakaria sewajarnya orang yang pertama mendokong dan mempertahankannya. Setakat ini nampaknya belum kedengaran suaranya yang selalunya amat peka dan cepat memberi kenyataan dalam isu-isu yang melibatkan pakatan politik yang tak serasi dengan UMNO/BN. Beliaulah orang yang sepatutnya menasihatkan UMNO supaya jangan menghabiskan masa berebut-rebut jawatan AJK kariah dan tidak mahu pula berebut-rebut datang ke masjid untuk berjamaah atau mengikuti kuliah pengajian. Tan Sri Dato’ Mufti Perak itu tentu bersetuju dengan saranan ini kerana beliau sendiri pernah memberitahu saya yang beliau sendiri pernah dihalang menyampaikan kuliah pengajian di sebuah masjid di kawasan Ipoh yang AJKnya terdiri dari orang-orang UMNO yang menganggap masjid itu sebagai hak mereka.

-http://usahmadawang.blogspot.com

Masjid jadi sasaran UMNO...!

5 Muharram 1431
Cina Islam

Saya sangat terpanggil untuk membangkitkan Isu ini kerana buka untuk membela mana-mana pihak namun kebenaran sebenarnya sesuatu yang mesti di tegakkan. Atas prinsip itu saya kira apapun tindakan untuk kebaikan ummah khususnya dalam soal mengimarahkan mesjid mesti di lakukan pembelaan.

Sebenarnya masaalah ini tidak lain berpunca dari rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO di Perak dan menyebabkan isu perlantikan mesjid terpalit sama bila usaha dilakukan untuk menghalang senarai yang telah siap dipilih dan diserahkan kepada Raja Muda Perak cuba ditukar.

Sebenarnya usaha untuk menukar senarai yang sudah hampir di sahkan itu melalui liku-liku yang sangat panjang dan rumit.

Bila senarai yang telah disahkan oleh Raja Muda Perak di umumkan, UMNO telah menuduh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Dato’ Mohamad Nor Mansor memotong nama-nama yang telah diperkenankan oleh DYTM Tuanku Raja Muda dan memasukkan nama-nama pemimpin Pas sebelum senarai itu dihantar semula ke pejabat JAIP. Kemudian JAIP akan membuat senarai baru tanpa merujuknya semula kepada OBJ.

Satu tuduhan yang tidak berasas demi menyampaikan niat jahat dan jelas UMNO telah sekali mempolitikkan mesjid. Sebenarnya Senarai itu adalah yang telah disahkan oleh DYTM Raja Musa Perak termasuklah yang dipertikaikan Di Parlimen Tanjung malim.

Tuduhan tanpa bukti yang jelas ini tersiar luas dalam media Pro BN dan kita tidak dapat membaca kenyataan tersebut dalam keadaan Pengarah JAIP pada satu masa semacam kena tutup mulut.

Sekadar dakwaan tanpa ada bukti yang kukuh dan sekadar mengatakan siap PAS dan UMNO dalam senarai AJK Mesjid yang terpilih adalah sesuatu tuduhan yang boleh dipertikaikan dan mempunyai niat jahat.

Tambahan pula perlu diingatkan bahawa Pengarah JAIP adalah juga Setiausaha Majlis Agama Islam Perak yang dsipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Malah tidak semudah tuduhan pihak Pengarah dan pegawainya menukar nama yang telah diperkenankan oleh Raja Muda Perak sedangkan semua pihak cuma diapi-apikan dengan hasrat UMNO yang cuba mempolitikan mesjid sekian lama dengan cuma beralasan antaranya senarai Pengerusi dan Setiausaha Masjid di Mukim Slim dan Behrang Ulu dalam Parlimen Tanjong Malim didapati berlainan dari senarai asal.

Paling berat bila pihak UMNO menuduh senarai baru itu diserahkan kepada PTA yang kemudiannya mengaturkan majlis penyerahan tauliah secara tergesa-gesa bagi mengelakkan gerakan mereka dikesan. Selepas tauliah disampaikan, senarai Jawatankuasa Qariah itu akan dipamerkan di masjid-masjid.

Sedangkan kita semua sudah maklum senarai AJK mesjid telah tertangguh perlantikan sejak tahun 2007 lagi, apakah salah untuk mengumumkan senarai baru yang ditunggu-tunggu sejak beberapa tahun.

Sebenarnya Pengarah JAIP dan PTA bertegas dengan senarai tersebut kerana memang telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda, dan tidak timbul isu meminda senarai asal yang telah diperkenankan oleh baginda.

Tindakan UMNO mempertikai senarai yang diumumkan adalah bagi saya telah menderhakai perkenan DYTM Raja Muda Perak.

dari blog Yb Idham Lim

Untuk menjelaskan lebih lanjut , saya suka untuk menyambung tulisan ini dbagi menjelaskan bagaimanakah prosuder sebenar perlantik AJK Mesjid di Perak..Bersambung...

UMNO perjuang Islam Sebenar..???

Antara MAAL HIJRAH dan HIJRATUL RASUL pengertian yang hilang Maknanya....!

21.12.2009 Hulu Kuang :Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah meraikan satu program penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim Sekolah Budi Mulia Nurul Huda di Sek.Agama Rakyat Muhammadiah Ulu Kuang Chemor.Seramai 41 orang anak-anak yang terlibat dalam menerima sumbangan berbentuk keperluan persekolahan yang bakal tiba tahun hadapan.Turut hadir dalam program ini ialah Sdr Hj Mustafa Kamil Ayub dan juga Ust Zulkifli Ibrahim mewakili PKR.

Dato Seri dalam ucapannya mengatakan bahawa sewajarnya kita memberikan penumpuan kepada anak-anak ini yang mana ia menjadi tuntutan keatas kita.Beliau memetik ingatan dari Rasullullah saw yang menyatakan bahawa dihari akhirat kelak apabila dikumpulkan semua anak-anak yatim ini tanpa mengira bangsa dan agama maka Rasullullahlah yang akan menjadi ketua bagi mereka,oleh itu janganlah kamu mengherdik mereka kerana perumpamaan bagi mereka yang mendustakan agama ialah bagi mereka yang mengherdik anak yatim.Sewajarnya bagi kita menunjukan perasaan kasih dan sayang terhadap mereka.Dato Seri turut menyentuh hal ekonomi yang mana Beliau menyatakan bahawa jika dilihat kepada dasar ekonomi yang ada sewajarnya golongan ini telah mendapat pembelaan yang sepatutnya dan tidak lagi terpinggir dalam soal bantuan dan taraf hidup mereka.

Mengulas mengenai Tahun islam iaitu Awal Muharam Beliau turut menerangkan mengenai satu bentuk fahaman yang telah lama diajar dan dididik oleh Kerajaan yang ada dalam menyampaikan pengertian dan maksud kepada Awal Muharan itu.Jika dilihat hari ini kebanyakkan dari kita menggunakan pengertian Maal Hijrah dalam menterjemahkan kisah perpindahan Rasullullah dari Mekah ke Madinah.Namun sebenarnya ayat yang tepat yang menerangkan mengenai kisah ini ialah apa yang terkandung di dalam kitab-kitab suci al-quran dan buku-buku islam iaitu Hijratul Rasul ( perpindahan Nabi Muhammmad saw ) dan bukannya Maal Hijrah yang membawa maksud bersama Hijrah dan ia tidak menggambarkan pengertian bagi hijrah itu sendiri.Maal Hijrah juga merupakan sesuatu yang dilakuakn mengikut musim dan waktu tertentu seperti mana yang diamalkan oleh pemerintah hari ini.Ia dijadikan aktiviti tahunan bagi menggambarkan yang kononya kita menghayati erti kata Hjrah itu akan tetapi sebenarnya didalam islam itu sendiri tidak ada suruhan bagi perbuatan berbentuk anugerah mahupun yang lainnya.

Berlainan pula jika kita memahami maksud hijratul rasul yang membawa maksud suatu hari yang diingat oleh kita akan kisah dan peristiwa yang melibatkan junjungan besar nabi Muhammad saw yang diperintah oleh Allah swt untuk berpindah dari Kota Mekah ke Madinah sebagai simbolik kepada penghijrahan dari erti kata perpindahan dari jahilliah kepada islam,dari syirik kepada tauhid kepada Allah swt dan ia merupakan amalan yang berterusan dan tidak bermusim kerana demi untuk menjaga akidah islam.Apa yang dibuat kini sebenarnya tidak menggambarkan pengertian tersebut akan tetapi hanya dilakukan bagi memperlihatkan bahawa kita memahaminya namun dalam masa yang sama ia sama sekali telah memesongkan kita.Sesuai dengan ayat Allah swt yang bermaksud bahawa hijrah itu diletakan diantara iman dan juga jihad,itu sudah terang menunjukan bahawa bagi mereka yang faham akan pengertian dan maksudnya pastilah dapat memikirkan apakah iman dan jihad itu juga bermusim dan dibuat hanya pada satu keadaan dan tidak secara berterusan.Sesungguhnya ia membawa maksud bahawa Iman,Hijrah dan Jihad itu dilakukan tanpa hari perlaksanaan melainkan ia dilakukan dengan berterusan tanpa mengira waktu dan tempatnya.

Walaupun pada ketika ini hijrah yang pada fizikalnya sudah tiada akan tetapi ia diteruskan atas erti kata menukar minda masyarakat dan fahaman mereka serta menambah baik kefahaman terhadap ilmu Allah swt dan ia dilakukan secara berterusan.

Kesimpulannya bagi kita semua untuk memperhatikan sesuatu itu dengan lebih teliti agar apa yang kita lakukan dan kita fahamkan tidak terkeluar dari pengertian sebenar yang berlandaskan al-quran dan sunnah Rasullullah swt.

MPN Perak Sdr Mustafa Kamil Ayub beramah mesra dengan hadirin yang ada
Ketibaan Dato Seri Ir Hj Nizar disambut oleh Rakyat yang dari awal menunggunya
Sumbangan turut disampaikan oleh Sdr Mustafa Kamil Ayub
Dato Seri Nizar bersama anak-anak yatim
Penduduk Hulu Kuang bergambar bersama Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin.

1 Malaysia Pembunuh Anak Saya..!

Saya Ibarat Hilang Sebelah Tangan-En Vasudevan
sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin
En Vasudevan dari Gopeng : Beliau merupakan bapa kepada salah seorang mangsa yang telah menemui ajal dalam tragedi Jambatan Gantung Kuala Dipang yang lalu.Beliau hadir pada program ini untuk menyatakan bahawa betapa sedih dan hampanya hidup beliau sekarang dalam mengenang anak yang telah pergi.Sehingga kini guru-guru dan juga guru besar sekolah anak beliau masih tidak mengunjngi mereka apalagi menghulurkan bantuan sejak tragedi berlaku.En.Vasu juga menyatakan bahawa program tersebut telah Membunuh anak beliau dan menyifatkan mereka yang membawa anak beliau ke program tersebut sebagai Pembunuh.Beliau turut menyatakan bahawa sekiranya ibubapa tidak menghantar anak mereka maka mereka dituduh tidak menyokong saranan kementerian pendidikan namun apabila Beliau menghantar anaknya maka ini yang terjadi.

Kerajaan hanya mampu lihat,namun kami yang merasa.
sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin
En Nathan dari Mambang Di Awan : Beliau juga merupakan individu yang turut kehilangan ank di dalam tragedi tersebut.Beliau menyatakan sekiranya Yb Siva dan rakan-rakan tidak bertindak membongkar dan menyiasat kes ini pasti mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya.Beliau turut mempertikaian mengapa kem tersebut di buat di kawasan hutan dan mengapa ia dibuat berhampiran dengan sungai.Tindakan menyelamat yang turut dikatan lambat merupakan punca salah satu dari punca anak beliau mati.Mungkin mereka ( Kerajaan ) hnya mampu melihat penderitaan kami namun yang melaluinya ialah kami.Beliau mengakhiri ucapannya dengan ucapan penghargaan kepada Pemimpin PR yang selama ini membantu mereka.

Saya Hanya Lihat anak saya 30 saat.
sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin

`Saya tidak akan mengulanginya lagi'..!Ia merupakan kata-kata yang keluar dari bapa ketiga mangsa tragedi ini yang mana baru-baru ini beliau menerima surat dari Kem Latihan Khidmat Negara yang memanggil abang sulung mangsa untuk menghadirkan diri dalam program tersebut.Beliau mengatakan cukup sekali beliau kehilangan seorang anak dan ia tidak akan berlaku lagi.Beliau yang mana ketika tragedi itu telah menghantar kedua-dua anaknya ke program Kem 1 Malaysia tersebut.

Diakhir ucapan kesemua mereka ini ialah penghargaan tidak terhingga kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang sudi hadir dan menghulurkan bantuan sejak dari mula hingga kini.Untuk makluman kes ini masih berjalan yang mana saman berjumlah 2.5 juta telah difailkan.Mereka turut mengatakan bahawa jawapan dan keputusan sewajarnya dituntut agar segala persoalan berkaitan hal ini dijawab.

Didalam program ini juga Ds Nizar telah menyampaikan sedikit sumbangan daripada pimpinan PR kepada ketiga-tiga keluarga mangsa dan juga beberapa ahli Unit Amal.

Dato Seri Ir Hj Nizar bergambar dan Pimpinan Pakatan Rakyat bergambar bersama keluarga mangsa dan Unit Amal
Dato Seri Ir Hj Nizar menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ahli unit Amal yang membantu ketika tragedi

Isu Jambatan Gantung di Kuala Dipang diperjelaskan..!

Jambatan Turun Dari Langit Hadiah Dari Pihak Tertentu Untuk Jabatan Pendidikan-Yb Sivakumar
20.12.2009 Kampar : Malam ini di bertempat di Dewan Tokong Kuan Yin Mambang Di Awan telah diadakan program penerangan isu semasa berkaitan isu tragedi Kuala Dipang yang mana ia telah melibatkan 3 nyawa baru-baru ini.

Yb Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa tersebut di dalam ucapannya telah menerangkan mengenai 3 perkara penting yang terkandung di dalam laporan siasatan yang mana ia telah diserahkan kepada Yb Lim Kit Siang untuk dibawa ke parlimen.

Antaranya beliau menyebut bahawa isu yang paling penting ialah mengenai soal kelulusan jambatan gantung yang dibina di Sek.Keb Kuala Dipang tersebut yang mana sepatutnya ia dibina dengan kekuatan 10 tan akan tetapi ia hanya dibina dengan kekuatan 1 tan sahaja.Beliau juga menyentuh soal keselamatan yang disifatkan telah diabaikan oleh pihak terbabit sepanjang program tersebut.Kemudahan-kemudahan asas seperti jaket keselamatan yang seharusnya menjadi bahan yang paling penting hanya disimpan di dalam simpanan sekolah terbabit dan tidak digunakan.

Yb Siva juga menyatakan kekesalannya mengenai jumlah guru yang dipanggil untuk hadir dalam program tersebut yang tidak menepati jumlah yang sepatutnya.Beliau mengatakan bahawa sekiranya murid-murid yang tidak mengcukupi mampu dipaksa dan diusahakan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Kinta bagi mencukupkan kuota yang ada namun bagi mencari guru untuk tujuan itu kenapa ia tidak diusahakan.

Yb Sivakumar juga menyifatkan tindakan tidak tepat kerana zambry hanya mengambil tidakan mengarahkan tindakan menyenarai hitamkan kontraktor yang terbabit dari menerima dan menjalankan projek di Negeri ini.Yb Sivakumar juga mengatakan mengapa sehingga kini mereka yang meluluskan projek ini dan juga Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan tidak dikenakan tindakan berhubung dengan isu ini dan mengapa sehingga kini kes ini masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Yb Chan Lee Kang turut hadir dalam program ini
Ust Misbahul Munir
Keluarga Mangsa Tragedi Jambatan Gantung

Mahkamah Rayuan Dalang...????

ADOIYAI..!!!!!
Mahkamah RAYUAN merupakan bapak segala Mahkamah yang didalamnya terletak segala keputusan.Sehingga kini segala kekemelutan berpunca daripada Mahkamah Rayuan...!!
Kes Dato Seri Nizar dan Negeri Perak menjadi mangsa pertama....Sudah diistihar menang tapi ditahan dari memiliki trofi hanya kerana mahkamah rayuan...!
Dun Kota Siputeh...sampai sekarang sunyi dan sepi...????
kes SPRM diberi kuasa untuk menyoal siasat tahanan selepas waktu pejabat,juga angkara mahkamah rayuan...Apakah peristiwa 14 akan berulang...???
Adakah ini semua kerana mereka UMNO/BN telah GAGAL dengan Plan A maka berubah ke Plan B...Iaitu MEMPERGUNAKAN Mahkamah RAYUAN...????
Sampai bilakah persoalan akan tinggal persoalan....????

Jadikan kesilapan satu kekuatan..!

Sejak malam Isnin yang lalu pelbagai rasa tidak puas hati dikalangan Rakyat mula kelihatan.Ini semua adalah gara-gara dari satu peristiwa yang dianggap penting oleh Rakyat namun ia tidak terjadi mengikut keadaan.Semua sedia maklum bahawa malam isnin yang lalu di parlimen telah diadakan satu proses undian untuk menolak budget 2010 yang dibentangkan oleh Najib Tun Razak akan tetapi keputusan malam itu tidak berpihak kepada PR yang mana mereka menang tipis dengan undian sebanyak 3 undi secara keseluruhan.

Maka kelihatanlah tulisan-tulisan yang bersifat marah dan kecewa terhadap MP-MP PR yang sehingga hari ini ia masih berlarutan.Terlalu banyak hentaman dan kata-kata berbaur kemarahan yang dilontarkan.Sememangnya kita mengerti bahawa itu yang kita mahu dan kita harapkan untuk kebaikan semua akan tetapi ia tidak menjadi kenyataan secara zahirnya.

Sememangnya semua MP-MP yang tidak hadir perlu bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan akan tetapi kita rakyat sewajarnya membuka sedikit ruang buat semua mereka membela diri.Kesilapan tetap kesilapan ia telah terjadi namun masih mampu kemenangan itu kita kecapi,buat semua MP-MP yang ada ambilah sedikit iktibar.Kita membawa harapan Rakyat dan Rakyat dambakan perubahan bukan kesilapan.Kita di medan juang banyak benda yang diluar dugaan yang sama sekali kita tak dapat pastikan ia terjadi akan terjadi ..buat semua kita tidak sempurna,kesilapan bukan petanda kekalahan..terima kesilapan perbaiki kelemahan menuju kejayaan..

Buat MP-MP yang Hadir..Tahniah sya Ucapkan...!

BN sememangnya mudah LUPA..!!









Berusia 62 tahun seorang tua dan isterinya yang dikenali dengan nama Kua Bong Sing atau uncle kua telah mendiami rumah ini sejak lama dahulu.Sehinggakan beliau sanggup menjadikan rumah beliau sebagai bilik gerakan MCA cawangan terong di dalam Parlimen Bukit Gantang.Beliau yang merupakan ahli MCA dan penyokong BN sejak 20 tahun yang lalu seolah-olah hanya sekadar menjadi ahlinya.Untuk pengetahuan semua Kerusi Dun Terong telah dimenangi oleh Yb Rosli,dan Dun Terong merupakan kubu tradisi bagi BN.Namun secara faktanya kebanyakan dari penduduk miskin di sekitar Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada penduduk di dalam Dun Terong.

Uncle Kua merupakan individu yang sanggup mewakafkan rumahnya sendiri sebagai Bilik Gerakan MCA sejak 20 tahun yang lalu.Sesiapa sahaja yang melintasi pekan Terong pasti akan melihat rumah uncle Kua yang berada dideretan rumah-rumah kedai disana.

Pada 12.12.2009 yang lalu,uncle Kua telah mengadu keperitan hidupnya kepada Pegawai Khas Dato Seri Nizar di dun Terong.Untuk pengetahuan semua Uncle Kua lumpuh sejak beberapa tahun yang lalu kerana ditimpa kemalangan dan memerlukan sebuah kerusi roda sebagai memudahkan pergerakannya.Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin yang telah diberitahu oleh pegawainya dan telah berbesar hati menghulurkan bantuan dengan menyediakan sebuah kerusi roda dan sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Dato Seri ketika bersama Rakyat di Parlimen Beliau tempoh hari.

Beliau menyatakan bahawa sumbangan mahupun bantuan yang diberikan bukan hanya untuk rakyat yang menyokong PR namun boleh disifatkan bahawa Dato Seri Nizar merupakan Pemimpin Rakyat yang membantu Rakyat tanpa mengira parti dan kefahaman mereka.Uncle Kua bukan ahli ataupun penyokong BN yang pertama telah dibantu oleh Dato Seri Nizar akan tetapi telah ramai yang mendapat bantuan dari Beliau.Prinsip yang diamalkan oleh Dato Seri Ir Hj Nizar amat memudahkan bagi Rakyat tanpa mengira Parti,Pemikiran dan Kefahaman Politik mereka memohon sebarang bantuan kepada Beliau.

20 tahun bersama BN memberikan sokongan kepada Adun Terong tidak menampakan bahawa nasib uncle Kua terbela.Bayangkan sekiranya Uncle Kua yang sememangnya ahli MCA dan sanggup berbuat apa sahaja demi BN tidak mendapat pembelaan sewajarnya,apakah kita mengharapkan BN mampu membela nasib rakyat yang lain.Kami juga difahamkan bahawa YB Rosli walaupun tinggal di Bukit Gantang namun Beliau jarang turun ke DUN nya untuk bersama-sama dengan Rakyat.

Nasib Uncle Kua hanya boleh diibaratkan seperti Basikal Tua ini...

Apakah pemimpin dari BN yang kita harapkan lagi untuk memimpin..???Anda Fikirlah sendiri..??