Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Masjid jadi sasaran UMNO...!

5 Muharram 1431
Cina Islam

Saya sangat terpanggil untuk membangkitkan Isu ini kerana buka untuk membela mana-mana pihak namun kebenaran sebenarnya sesuatu yang mesti di tegakkan. Atas prinsip itu saya kira apapun tindakan untuk kebaikan ummah khususnya dalam soal mengimarahkan mesjid mesti di lakukan pembelaan.

Sebenarnya masaalah ini tidak lain berpunca dari rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO di Perak dan menyebabkan isu perlantikan mesjid terpalit sama bila usaha dilakukan untuk menghalang senarai yang telah siap dipilih dan diserahkan kepada Raja Muda Perak cuba ditukar.

Sebenarnya usaha untuk menukar senarai yang sudah hampir di sahkan itu melalui liku-liku yang sangat panjang dan rumit.

Bila senarai yang telah disahkan oleh Raja Muda Perak di umumkan, UMNO telah menuduh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Dato’ Mohamad Nor Mansor memotong nama-nama yang telah diperkenankan oleh DYTM Tuanku Raja Muda dan memasukkan nama-nama pemimpin Pas sebelum senarai itu dihantar semula ke pejabat JAIP. Kemudian JAIP akan membuat senarai baru tanpa merujuknya semula kepada OBJ.

Satu tuduhan yang tidak berasas demi menyampaikan niat jahat dan jelas UMNO telah sekali mempolitikkan mesjid. Sebenarnya Senarai itu adalah yang telah disahkan oleh DYTM Raja Musa Perak termasuklah yang dipertikaikan Di Parlimen Tanjung malim.

Tuduhan tanpa bukti yang jelas ini tersiar luas dalam media Pro BN dan kita tidak dapat membaca kenyataan tersebut dalam keadaan Pengarah JAIP pada satu masa semacam kena tutup mulut.

Sekadar dakwaan tanpa ada bukti yang kukuh dan sekadar mengatakan siap PAS dan UMNO dalam senarai AJK Mesjid yang terpilih adalah sesuatu tuduhan yang boleh dipertikaikan dan mempunyai niat jahat.

Tambahan pula perlu diingatkan bahawa Pengarah JAIP adalah juga Setiausaha Majlis Agama Islam Perak yang dsipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Malah tidak semudah tuduhan pihak Pengarah dan pegawainya menukar nama yang telah diperkenankan oleh Raja Muda Perak sedangkan semua pihak cuma diapi-apikan dengan hasrat UMNO yang cuba mempolitikan mesjid sekian lama dengan cuma beralasan antaranya senarai Pengerusi dan Setiausaha Masjid di Mukim Slim dan Behrang Ulu dalam Parlimen Tanjong Malim didapati berlainan dari senarai asal.

Paling berat bila pihak UMNO menuduh senarai baru itu diserahkan kepada PTA yang kemudiannya mengaturkan majlis penyerahan tauliah secara tergesa-gesa bagi mengelakkan gerakan mereka dikesan. Selepas tauliah disampaikan, senarai Jawatankuasa Qariah itu akan dipamerkan di masjid-masjid.

Sedangkan kita semua sudah maklum senarai AJK mesjid telah tertangguh perlantikan sejak tahun 2007 lagi, apakah salah untuk mengumumkan senarai baru yang ditunggu-tunggu sejak beberapa tahun.

Sebenarnya Pengarah JAIP dan PTA bertegas dengan senarai tersebut kerana memang telah mendapat perkenan DYTM Raja Muda, dan tidak timbul isu meminda senarai asal yang telah diperkenankan oleh baginda.

Tindakan UMNO mempertikai senarai yang diumumkan adalah bagi saya telah menderhakai perkenan DYTM Raja Muda Perak.

dari blog Yb Idham Lim

Untuk menjelaskan lebih lanjut , saya suka untuk menyambung tulisan ini dbagi menjelaskan bagaimanakah prosuder sebenar perlantik AJK Mesjid di Perak..Bersambung...

2 comments:

PAPA GOMO berkata...

PAS telah membina 3 buah MASJID selama 19 tahun memerintah Kelantan. Ketiga tiga Masjid itu juga selama 19 tahun ini jugalah masih lagi belum siap siap sama sekali. Malah Masjid Darul Anwar yang bersebelahan rumah NIK AJIS juga masih lagi belum siap walaupun sudah bertahun kutipan derma di adakan bagi membina Masjid itu. http://www.papagomo.com/2009/12/trkini-ceramah-tan-sri-isa-samad-dan.html

mosabit berkata...

woitt...biar tak siap siap...dari cepat siap tapi runtuh?....

masji masjid tu adalah hasil huluran derma.....kalau banyak dapat jalanlah projek..kalau kurang derma kena tunggu sampai cukup......