Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Tidak timbul isu Letak Jawatan - President PAFA






Ipoh : Sidang akhbar oleh President PAFA di Pejabat PAFA.

Petang ini telah diadakan satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh President PAFA yang mana ia menyaksikan satu perlantikan ahli majlis yang baru iaitu Yb Kesavan yang telah diterima oleh semua Ahli Majlis yang menghadiri mesyuarat tersebut.Dato Seri Nizar menjelaskan bahawa mesyuarat hari ini diadakan dan telah membincangkan apakah halatuju PAFA dan keputusan ahlijawatankuasa yang lain dalam pelbagai isu yang melibatkan PAFA,bagi memudahkan pemain-pemain utnuk terus memberikan performent yang baik.Dan untuk itu kita telah pun mengenalpasti beberapa kelemahan-kelemahan dan beberapa perkara yang baik untuk kita laksanakan.

Dato Seri juga mengangkal desas desus yang tersebar di akhbar yang mana menyatakan bahawa timbul pelbagai isu tentang PAFA yang mana Beliau menyifatkan bahawa ia tidak berapa tepat dan segala macam permasaalahan mengenai isu dan juga organisasi PAFA telah diselesaikan di dalam mesyuarat tersebut.Beliau juga memuji ketangkasan dan kebijaksanaan ahli-ahli majlis juga kematangan mereka dalam menangani isu.Ia yang sememangnya bertujuan untuk memajukan Sukan Bola Sepak Perak,maka President dan Timbalan President telah berbincang dalam suasana profesional dan akhirnya ia mencapai keputusan yang menampakkan kemajuan buat PAFA.

Dato Seri juga menafikan perkara-perkara yang tidak betul berkenaan dengan PAFA dimasa-masa yang kebelakangan yang banyak dimainkan dan digembar gemburkan.Dato Seri juga mengajak para penyokong,peminat dan semuanya untuk sama-sama kita memberikan ransangan semula kepada PAFA dan juga Pasukan Bola sepak Perak bagi menghadapi musim akan datang.Untuk itu beberapa lantikan pengurus dan jutulatih yang baru telahpun kita buat dahulu dan beberapa lantikan ahli majlis baru telah kita SAH kan dalam mesyuarat hari ini.

Beliau juga menyatakan bahawa dalam mesyuarat petang ini ,PAFA akan terus berjuang untuk mempertingkatkan pretasi Bola Sepak Perak.Dato Seri juga merakamkan penghargaan kepada M Karathu yang merupakan bekas jurulatih Perak yang telah banyak menyumbangkan ilmu bagi memantapkan Pasukan Bola Sepak Perak pada musim yang lalu.

Dato Seri Nizar juga menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana membantu menaikan PAFA yang mana Beliau menegaskan bahawa PAFA tidak akan menyelitkan apa-apa elemen politik di dalam sisitem pentadbiranya.

Dato seri juga menyatakan kepada pihak media bahawa semalam Beliau telah hadir dalam mesyuarat FAM yang dipengerusikan oleh President FAM iaitu Tuanku Sultan Ahmad Shah,dan Beliau telah menerangkan kepada Tuanku Sultan tentang kedudukan PAFA dalam konteks ruang yang diberikan kepada Beliau.Tuanku Sultan juga telah memberikan lonjakan penghormatan dan juga satu gaya ransangan kepada Dato Seri Nizar yang mana Tuanku Sultan tidak mahu melihat adanya eleman politik didalam corak pengurusannya.

Dato Seri turut ditanya mengenai perkara adakah berlaku di dalam mesyuarat ini usul bagi mendesak Beliau melepaskan jawatannya sebagai President PAFA,dan Beliau menjawab bahawa tidak timbul dan tidak ada langsung satu usul yang bersifat demikian sambil dipersetujui oleh beberapa lagi ahli majlis yang hadir di dalam sidang media tersebut.

Sidang Media berakhir sekitar jam 6.00 petang.

1 comments:

ajiNoBN berkata...

tlg add blog saya :http://infotambahan.blogspot.com/.
kita kawan..dari bkt gantang..he he he