Yb Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa tersebut di dalam ucapannya telah menerangkan mengenai 3 perkara penting yang terkandung di dalam laporan siasatan yang mana ia telah diserahkan kepada Yb Lim Kit Siang untuk dibawa ke parlimen.
Antaranya beliau menyebut bahawa isu yang paling penting ialah mengenai soal kelulusan jambatan gantung yang dibina di Sek.Keb Kuala Dipang tersebut yang mana sepatutnya ia dibina dengan kekuatan 10 tan akan tetapi ia hanya dibina dengan kekuatan 1 tan sahaja.Beliau juga menyentuh soal keselamatan yang disifatkan telah diabaikan oleh pihak terbabit sepanjang program tersebut.Kemudahan-kemudahan asas seperti jaket keselamatan yang seharusnya menjadi bahan yang paling penting hanya disimpan di dalam simpanan sekolah terbabit dan tidak digunakan.
Yb Siva juga menyatakan kekesalannya mengenai jumlah guru yang dipanggil untuk hadir dalam program tersebut yang tidak menepati jumlah yang sepatutnya.Beliau mengatakan bahawa sekiranya murid-murid yang tidak mengcukupi mampu dipaksa dan diusahakan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Kinta bagi mencukupkan kuota yang ada namun bagi mencari guru untuk tujuan itu kenapa ia tidak diusahakan.
Yb Sivakumar juga menyifatkan tindakan tidak tepat kerana zambry hanya mengambil tidakan mengarahkan tindakan menyenarai hitamkan kontraktor yang terbabit dari menerima dan menjalankan projek di Negeri ini.Yb Sivakumar juga mengatakan mengapa sehingga kini mereka yang meluluskan projek ini dan juga Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan tidak dikenakan tindakan berhubung dengan isu ini dan mengapa sehingga kini kes ini masih tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
0 comments:
Catat Ulasan