Maka kelihatanlah tulisan-tulisan yang bersifat marah dan kecewa terhadap MP-MP PR yang sehingga hari ini ia masih berlarutan.Terlalu banyak hentaman dan kata-kata berbaur kemarahan yang dilontarkan.Sememangnya kita mengerti bahawa itu yang kita mahu dan kita harapkan untuk kebaikan semua akan tetapi ia tidak menjadi kenyataan secara zahirnya.
Sememangnya semua MP-MP yang tidak hadir perlu bertanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan akan tetapi kita rakyat sewajarnya membuka sedikit ruang buat semua mereka membela diri.Kesilapan tetap kesilapan ia telah terjadi namun masih mampu kemenangan itu kita kecapi,buat semua MP-MP yang ada ambilah sedikit iktibar.Kita membawa harapan Rakyat dan Rakyat dambakan perubahan bukan kesilapan.Kita di medan juang banyak benda yang diluar dugaan yang sama sekali kita tak dapat pastikan ia terjadi akan terjadi ..buat semua kita tidak sempurna,kesilapan bukan petanda kekalahan..terima kesilapan perbaiki kelemahan menuju kejayaan..
Buat MP-MP yang Hadir..Tahniah sya Ucapkan...!
0 comments:
Catat Ulasan