Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




Tubuh Siasatan Diraja Siasat 2Bekas PM-DS dr Chua Jui Meng



29.12.2009 Hutan Melintang : Bertempat di Dewan Cina Hutan Melintang telah diadakan Majlis Makan Malam Kemenangan anjuran PKR.Ia telah dihadiri oleh YB Kesavan,Yb Gobalakrishnan,Dato Seri Chua Jui Meng,Yb Lee Boon Chai dan juga Dato Seri Mohd Nizar Jamaluddin.Dato Chua Jui Meng didalam ucapannya menggesa agar Najib Tun Abdul Razak menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menyisat 2 bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir dan juga Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai penyelewengan wang Rakyat yang telah lama diketahui akan kebenarannya oleh semua semasa mereka memegang tampuk pemerintahan.Namun Dato Chua juga mengatakan yang Najib pastinya tidak berani untuk menyiasat kedua-dua bekas PM itu kerana bimbang nasib yang sama akan berlaku keatasnya apabila beliau bersara kelak.Turut diperjelaskan ialah isu minyak dan juga beberapa isu semasa yang lain yang mana ia menceritakan mengenai apa yang berlaku di Negara kita kini.

Dato Seri Nizar juga dalam ucapannya menekan kan soal kehilangan enjin pesawat TUDM yang hilang yang mana ia dipersoalkan apabila Menteri Pertahanan yang ada menafikan bahawa ia hilang semasa Beliau iaitu Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan.Ia memperjelaskan bahawa beliau sendiri mengakui bahawa enjin tersebut hilang sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan.Sehubungan dengan itu Dato Seri menyatakan kepada Rakyat bahawa ia bukan sahaja melibatkan soal keselamatan akan tetapi ia juga turut melibatkan isu ketulusan pemimpin yang ada apabila benda sepenting itu mampu bolos dari pengawasan keselamatan dan sekaligus memperlihatkan tahap sebenar sistem keselamatan di Negara kita.

Pelbagai lagi soal yang masih belum diketahui umum dirungkai dan diperjelaskan oleh para penceramah.

0 comments: