Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sebahagian manusia diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah; dan sebahagiannya lagi (yang ingkar) ditimpa kesukaran (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan itu pemimpin-pemimpin mereka selain dari Allah, serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayahNya. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau". (Al-A’raf: 30-31)
Sejak dari pagi beratus kiriman Selamat Tahun Baru yang dihantar kepada sya.Semuanya dari rakan-rkan yang bersemangat nak menjejakan kaki untuk tahun 2010 ini.Tak kurang juga dengan ajakan dan jemputan makan malam serta berkumpul bersama rakan-rakan lama untuk menyambut kehadiran Tahun Baru.Namun semuanya sya tolak dengan hormat dan penuh prinsip yang mana bagi sya tiada istilah BARU jika yang LAMA kita tak mampu UBAH dan PERBETULKAN.
Kebanyakkan negara-negara di dunia ini akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya, kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru.
Kepelbagaian acara sambutan tahun baru juga menyebabkan sesetengah dari masyarakat keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang daripada sebarang ajaran agama yang sebenar?
sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.
Persoalan sya mudah siapa yang menyuruh kita menyambut Tahun Baru ini..??Ayat Al-Quran yang mana yang mewajibkan hambanya untuk menyambutnya..??Bukan mahu berbicara seolah sya ni baik sangat namun atas akal yang dikurniakan oleh Allah swt sya bersyukur kerana masih mampu berfikir.
Untuk itu kepada semua ingin sya berkongsi agar Tahun Baru ini hadir dengan seribu Rahmat dan Keberkatan dan bukan seribu KESESATAN..
Cabaran dan dugaan menunggu di depan, sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan dan kesenangan atau kealpaan. Tidak ada yang mengetahui, selain Allah. Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri dan sedaya upaya melakukan yang terbaik setiap hari.
Umat Islam juga harus menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak, memperbaikan cara dan mengukuhkan keimanan dengan mencontohi peribadi Rasulullah saw.
Akhir kata ayuh bersama kita fahami maksud hadis ini:
"Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah". (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
0 comments:
Catat Ulasan