Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




UMNO perjuang Islam Sebenar..???

Antara MAAL HIJRAH dan HIJRATUL RASUL pengertian yang hilang Maknanya....!

21.12.2009 Hulu Kuang :Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah meraikan satu program penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim Sekolah Budi Mulia Nurul Huda di Sek.Agama Rakyat Muhammadiah Ulu Kuang Chemor.Seramai 41 orang anak-anak yang terlibat dalam menerima sumbangan berbentuk keperluan persekolahan yang bakal tiba tahun hadapan.Turut hadir dalam program ini ialah Sdr Hj Mustafa Kamil Ayub dan juga Ust Zulkifli Ibrahim mewakili PKR.

Dato Seri dalam ucapannya mengatakan bahawa sewajarnya kita memberikan penumpuan kepada anak-anak ini yang mana ia menjadi tuntutan keatas kita.Beliau memetik ingatan dari Rasullullah saw yang menyatakan bahawa dihari akhirat kelak apabila dikumpulkan semua anak-anak yatim ini tanpa mengira bangsa dan agama maka Rasullullahlah yang akan menjadi ketua bagi mereka,oleh itu janganlah kamu mengherdik mereka kerana perumpamaan bagi mereka yang mendustakan agama ialah bagi mereka yang mengherdik anak yatim.Sewajarnya bagi kita menunjukan perasaan kasih dan sayang terhadap mereka.Dato Seri turut menyentuh hal ekonomi yang mana Beliau menyatakan bahawa jika dilihat kepada dasar ekonomi yang ada sewajarnya golongan ini telah mendapat pembelaan yang sepatutnya dan tidak lagi terpinggir dalam soal bantuan dan taraf hidup mereka.

Mengulas mengenai Tahun islam iaitu Awal Muharam Beliau turut menerangkan mengenai satu bentuk fahaman yang telah lama diajar dan dididik oleh Kerajaan yang ada dalam menyampaikan pengertian dan maksud kepada Awal Muharan itu.Jika dilihat hari ini kebanyakkan dari kita menggunakan pengertian Maal Hijrah dalam menterjemahkan kisah perpindahan Rasullullah dari Mekah ke Madinah.Namun sebenarnya ayat yang tepat yang menerangkan mengenai kisah ini ialah apa yang terkandung di dalam kitab-kitab suci al-quran dan buku-buku islam iaitu Hijratul Rasul ( perpindahan Nabi Muhammmad saw ) dan bukannya Maal Hijrah yang membawa maksud bersama Hijrah dan ia tidak menggambarkan pengertian bagi hijrah itu sendiri.Maal Hijrah juga merupakan sesuatu yang dilakuakn mengikut musim dan waktu tertentu seperti mana yang diamalkan oleh pemerintah hari ini.Ia dijadikan aktiviti tahunan bagi menggambarkan yang kononya kita menghayati erti kata Hjrah itu akan tetapi sebenarnya didalam islam itu sendiri tidak ada suruhan bagi perbuatan berbentuk anugerah mahupun yang lainnya.

Berlainan pula jika kita memahami maksud hijratul rasul yang membawa maksud suatu hari yang diingat oleh kita akan kisah dan peristiwa yang melibatkan junjungan besar nabi Muhammad saw yang diperintah oleh Allah swt untuk berpindah dari Kota Mekah ke Madinah sebagai simbolik kepada penghijrahan dari erti kata perpindahan dari jahilliah kepada islam,dari syirik kepada tauhid kepada Allah swt dan ia merupakan amalan yang berterusan dan tidak bermusim kerana demi untuk menjaga akidah islam.Apa yang dibuat kini sebenarnya tidak menggambarkan pengertian tersebut akan tetapi hanya dilakukan bagi memperlihatkan bahawa kita memahaminya namun dalam masa yang sama ia sama sekali telah memesongkan kita.Sesuai dengan ayat Allah swt yang bermaksud bahawa hijrah itu diletakan diantara iman dan juga jihad,itu sudah terang menunjukan bahawa bagi mereka yang faham akan pengertian dan maksudnya pastilah dapat memikirkan apakah iman dan jihad itu juga bermusim dan dibuat hanya pada satu keadaan dan tidak secara berterusan.Sesungguhnya ia membawa maksud bahawa Iman,Hijrah dan Jihad itu dilakukan tanpa hari perlaksanaan melainkan ia dilakukan dengan berterusan tanpa mengira waktu dan tempatnya.

Walaupun pada ketika ini hijrah yang pada fizikalnya sudah tiada akan tetapi ia diteruskan atas erti kata menukar minda masyarakat dan fahaman mereka serta menambah baik kefahaman terhadap ilmu Allah swt dan ia dilakukan secara berterusan.

Kesimpulannya bagi kita semua untuk memperhatikan sesuatu itu dengan lebih teliti agar apa yang kita lakukan dan kita fahamkan tidak terkeluar dari pengertian sebenar yang berlandaskan al-quran dan sunnah Rasullullah swt.

MPN Perak Sdr Mustafa Kamil Ayub beramah mesra dengan hadirin yang ada
Ketibaan Dato Seri Ir Hj Nizar disambut oleh Rakyat yang dari awal menunggunya
Sumbangan turut disampaikan oleh Sdr Mustafa Kamil Ayub
Dato Seri Nizar bersama anak-anak yatim
Penduduk Hulu Kuang bergambar bersama Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin.

0 comments: