Preview
Remove image

Doa Kami...

Firman Allah Swt“ Janganlah kamu cenderung kepada KEZALIMAN kelak kamu akan disambar oleh api neraka.”

Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk
neraka jahannam dalam keadaan hina dina! -Surah Al-Mukmin ayat 60




BN sememangnya mudah LUPA..!!









Berusia 62 tahun seorang tua dan isterinya yang dikenali dengan nama Kua Bong Sing atau uncle kua telah mendiami rumah ini sejak lama dahulu.Sehinggakan beliau sanggup menjadikan rumah beliau sebagai bilik gerakan MCA cawangan terong di dalam Parlimen Bukit Gantang.Beliau yang merupakan ahli MCA dan penyokong BN sejak 20 tahun yang lalu seolah-olah hanya sekadar menjadi ahlinya.Untuk pengetahuan semua Kerusi Dun Terong telah dimenangi oleh Yb Rosli,dan Dun Terong merupakan kubu tradisi bagi BN.Namun secara faktanya kebanyakan dari penduduk miskin di sekitar Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada penduduk di dalam Dun Terong.

Uncle Kua merupakan individu yang sanggup mewakafkan rumahnya sendiri sebagai Bilik Gerakan MCA sejak 20 tahun yang lalu.Sesiapa sahaja yang melintasi pekan Terong pasti akan melihat rumah uncle Kua yang berada dideretan rumah-rumah kedai disana.

Pada 12.12.2009 yang lalu,uncle Kua telah mengadu keperitan hidupnya kepada Pegawai Khas Dato Seri Nizar di dun Terong.Untuk pengetahuan semua Uncle Kua lumpuh sejak beberapa tahun yang lalu kerana ditimpa kemalangan dan memerlukan sebuah kerusi roda sebagai memudahkan pergerakannya.Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin yang telah diberitahu oleh pegawainya dan telah berbesar hati menghulurkan bantuan dengan menyediakan sebuah kerusi roda dan sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Dato Seri ketika bersama Rakyat di Parlimen Beliau tempoh hari.

Beliau menyatakan bahawa sumbangan mahupun bantuan yang diberikan bukan hanya untuk rakyat yang menyokong PR namun boleh disifatkan bahawa Dato Seri Nizar merupakan Pemimpin Rakyat yang membantu Rakyat tanpa mengira parti dan kefahaman mereka.Uncle Kua bukan ahli ataupun penyokong BN yang pertama telah dibantu oleh Dato Seri Nizar akan tetapi telah ramai yang mendapat bantuan dari Beliau.Prinsip yang diamalkan oleh Dato Seri Ir Hj Nizar amat memudahkan bagi Rakyat tanpa mengira Parti,Pemikiran dan Kefahaman Politik mereka memohon sebarang bantuan kepada Beliau.

20 tahun bersama BN memberikan sokongan kepada Adun Terong tidak menampakan bahawa nasib uncle Kua terbela.Bayangkan sekiranya Uncle Kua yang sememangnya ahli MCA dan sanggup berbuat apa sahaja demi BN tidak mendapat pembelaan sewajarnya,apakah kita mengharapkan BN mampu membela nasib rakyat yang lain.Kami juga difahamkan bahawa YB Rosli walaupun tinggal di Bukit Gantang namun Beliau jarang turun ke DUN nya untuk bersama-sama dengan Rakyat.

Nasib Uncle Kua hanya boleh diibaratkan seperti Basikal Tua ini...

Apakah pemimpin dari BN yang kita harapkan lagi untuk memimpin..???Anda Fikirlah sendiri..??

3 comments:

-thethinker- berkata...

kalau lah semua pemimpin PR mengamalkan sikap tolong sesiapa yg sepatutnya ditolong , tak kira kaum , tak kira pegangan politik... tak lama lagi , bungkus laa umno dan kroni..

Bravo Nizar.... anda adalah MB saya !!

PAPA GOMO berkata...

lo..takda modal lain ke?? ha ha ha...
apa? Srikandi PKR? cit...apasal si wee choo keong MDP kutip pakai PKR?
ha ha ha

Pihak Syarikat Evergreen Sdn Bhd yang telah di kaitan dengan seorang berpengaruh politik di Wilayah Persekutuan sebenarnya telah MENCABAR Wee Choo Keong agar berani tampil membuktikan Tuduhan tidak berasas nya itu. Jika benar apa yang Wee Choo Keong nyatakan tidak perlulah untuknya BERSEMBUNYI dan terus MENYIMPAN bukti yang ada. Dedahkan pada Media dan Rakyat akan hal ini. Berani kerana benar, takut kerana salah! http://www.papagomo.com/2009/12/terkini-laporan-polis-menyangkal.html

taipingmali berkata...

ish ish..memang patut lah pas buat rumah batu kat dia,,,,,bagi elaun seribu ringgit sebulan...baru lah betulll